Bagaimanakah cara menentukan sama ada kita perlu menggunakan tanda koma atau noktah pada dialog? Contohnya dialog seperti di bawah: "Kita dapat membantu meluaskan pasaran," Zaim menyampuk membenarkan kenyataan Wafiq. | Ejaan yang betul: "Kita dapat membantu meluaskan pasaran," Zaim menyampuk membenarkan kenyataan Wafiq. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Gaya Dewan, halaman 76. | Ejaan | 11.10.2011 |
Saya belum habis bercakap, jangan menyampuk / sampuk. Adakah kata kerja di belakang 'jangan' harus diletakkan imbuhan? Terima kasih. | Selepas kata perintah "jangan", perkataan yang hadir selepas itu tidak semestinya kata kerja terbitan/kata imbuhan. Perkataan yang hadir selepas kata "jangan" boleh sama ada kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk atau kata ganda. Contoh: 1. Jangan buang sampah di sini. 2. Jangan berludah di sini. 3. Jangan buka pintu semasa kereta api bergerak. | Tatabahasa | 30.05.2013 |
Yang manakah yang betul? 1 Nama pelajar-pelajar yang mengambil bahagian telah disenarikan. 2 Nama-nama pelajar yang mengambil bahagian telah disenaraikan? 3 Jangan bising di dalam kelas. 4 Jangan buat bising di dalam kelas. 5 Jangan berbising di dalam kelas. (Kalau bukan 345, tolong berikan ayat yang betul bersamaan dengan don't make noise in class.) 6 Adakah meningkah dan menyampuk kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif? | Yang betul ialah 'Nama-nama pelajar' dan 'Jangan bising'. Perkataan meningkah intransitif dan perkataan menyampuk ialah kata kerja transitif. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 28.04.2009 |
tolonglah saya !!!!! saya dah baca tatabahasa dewan banyak kali tetapi masih ada benda yang saya kurang memahami , persoalan saya APA BEZA DENGAN IMBUHAN APITAN ME-KAN DENGAN AWALAN ME ,,, BAGAIMANA CARA PENGUNAAN YANG BETUL MENGIKUT TATABAHASA BM,,, TOLONG TERANG DENGAN JELAS BERSAMA CONTOHNYA,,,,,,,,,,,, TOLONG SAYA | Awalan meN ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif, contoh memasak, menyampuk dan sebagainya, manakala imbuhan apitan meN-...-kan terdapat dalam empat golongan kata, iaitu kata nama (KN), kata adjektif (KA), kata kerja (KK), dan kata tugas (KT) untuk membentuk kata kerja transitif, contohnya menghambakan (KN), meninggikan (KA), membelikan (KK transitif ), menidurkan (KK tak transitif), dan membiasakan (KT). Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 191 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 17.06.2009 |