1. Berdiri tegak semasa menyanyi lagu 2. Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Yang mana betul? | Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku. | Tatabahasa | 17.10.2015 |
1. Frasa nama yang manakah betul? a. ( Semua hadirin / hadirin )berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku. 2. berdekatan dengan sekolah / berdekatan sekolah | 1. Hadirin berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku - hadirin bermaksud sekalian yang hadir. 2. Berdekatan sekolah - berdekatan bermaksud dekat dengan sesuatu. | Tatabahasa | 09.12.2014 |
Apakah terjemahan bagi 'music cover' dan 'piano cover' berdasarkan contoh ayat di bawah. 1) Dia menyanyikan 'music cover' lagu 'Sahabatku' yang dinyanyikan oleh Kumpulan Devotees. 2) Dia memainkan 'piano cover' lagu 'My Love' yang dipopularkan oleh Kumpulan Westlife. | Cadangan terjemahan berdasarkan konteks ayat yang diberikan bagi music cover ialah "menyanyikan semula lagu" manakala piano cover ialah "memainkan semula muzik dengan piano". | Makna | 02.02.2022 |
salah sejahtera, "Penyertaan hanya terbuka kepada peserta berketurunan Cina & India, menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa melayu & memenuhi syarat-syarat penyertaan yang lain" adakah ayat "memenuhi syarat-syarat penyertaan yang lain" sesuai digunakan? jika tidak, boleh pihak tuan cadangkan ayat yang lebih gramatis.. terima kasih | Salam sejahtera, Penyertaan hanya terbuka kepada peserta berketurunan Cina dan India, menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Melayu dan memenuhi syarat-syarat penyertaan yang lain. Ayat tersebut boleh digunakan kerana tidak terdapat kesalahan di dalamnya. | Lain-lain | 05.08.2015 |
1 Apakah penjodoh bilangan untuk hantu? 2 Yang mana betul? a) Marilah kita menyanyikan lagu Negaraku? b) Marilah kita nyanyikan lagu Negaraku? c) Janganlah kamu meniru perbuatannya. d) Janganlah kamu tiru perbuatannya. | 1. Tidak semua benda perlukan penjodoh bilangan, lebih-lebih lagi benda yang ghaib seperti hantu. 2. Yang betul ialah "Marilah kita menyanyikan lagu Negaraku" kerana ini ayat aktif. 3. Yang betul ialah "Janganlah kamu meniru perbuatannnya" kerana ini ayat aktif | Lain-lain | 30.04.2009 |
Irama ‘Bapaku Pulang’ untuk menyanyikan lagu 'Tempat Perlindunganku’ tidak boleh dimuat turun. Diharap irama tersebut dapat diadakan semula | Kami memerlukan maklumat yang jelas, domain yang gagal memuat turun kedua-dua lagu tersebut. Sila hubungi kami semula. | Lain-lain | 09.04.2014 |
Penyanyi baharu itu berusaha untuk menyanyikan lagu bernada tinggi itu dengan ____ baik. A) betul B) paling C)sebegitu D) sehabis. soalan saya bagaimanakah cara hendak memilih jawapan bagi soalan sebegini? | c) Sebegitu baik | Tatabahasa | 04.07.2008 |
Kata kerja mana paling sesuai digunakan? ( mengalunkan / menyanyikan ) syair Terima kasih :) | Syair dikategorikan dalam puisi tradisional. Oleh itu, kata kerja “mendendangkan” lebih sesuai digunakan untuk membentuk frasa kerja, iaitu “mendendangkan syair” yang bermaksud membaca puisi dengan berlagu. Walau bagaimanapun, kata kerja “mengalunkan” juga boleh digunakan untuk membentuk frasa kerja tersebut. *Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana terbitan DBP 2021, halaman 505. | Tatabahasa | 24.07.2023 |
Yang manakah betul? Majlis sambutan Hari Kanak-kanak dimulakan dengan ( menyanyikan / nyanyian ) lagu Negaraku. | Majlis sambutan Hari Kanak-kanak dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. | Tatabahasa | 17.10.2011 |
a)Batu itu saya lontar ke dalam sungai. b)Tikar itu dianyam oleh nenek saya. ~Adakah ayat-ayat ini ayat pasif? a)Mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku @ lagu " Negaraku". b)Meng Kiat membawa pen,pemadam dan pembaris.Adakah di depan perkataan dan perlu letak tanda baca"koma(,)? | 1. Batu itu saya lontar ke dalam sungai. Tikar itu dianyam oleh nenek saya. - kedua-duanya ayat pasif 2. Mereka sedang menyanyikan lagu "Negaraku". 3. Tidak perlu tanda koma sebelum dan. | Tatabahasa | 21.07.2011 |