Salam sejahtera. Yang berikut manakah betul? 1) menyapu sampah 2) menyapu lantai | Kedua-dua frasa boleh digunakan bergantung pada konteks ayat seperti "Emak menyapu lantai sehingga bersih" dan "Emak menyapu sampah di halaman rumah". | Tatabahasa | 28.02.2015 |
Manakah ayat yang lebih tepat dan gramatis menyapu sampah atau menyapu lantai? | Kedua-dua frasa boleh digunakan bergantung pada konteks ayat seperti Emak menyapu lantai sehingga bersih dan Emak menyapu sampah di halaman rumah. | Tatabahasa | 12.09.2014 |
Mohon nasihat tuan/puan.Adakah perbezaan antara ayat-ayat di bawah: Kakak menyanyi sambil menyapu lantai. Kakak menyapu lantai sambil menyanyi. Perlukah aktiviti utama diletakkan di hadapan iaitu sebelum kata hubung sambil. Terima kasih. | Kedua-dua ayat yang dinyatakan adalah betul. Ayat pertama mengutamakan menyanyi manakala ayat kedua mengutamakan menyapu. Meletakkan yang mana yang utama ditentukan oleh yang mana hendak diutamakan dalam ayat. | Tatabahasa | 02.03.2016 |
Menyapu sampah atau menyapukan sampah -Emak menyapu sampah di halaman rumah. -Emak menyapukan sampah di halaman rumah. | Emak menyapu sampah di halaman rumah. | Tatabahasa | 29.04.2014 |
Siti menyapu di bilik atau Siti menyapu lantai di bilik. Yang mana satu betul? | Ayat yang gramatis ialah Siti menyapu lantai di dalam bilik. | Tatabahasa | 27.07.2012 |
Yang mana satukah merupakan frasa kerja yang betul? "menyapu sampah" atau "menyapu lantai"? | Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 30.03.2010 |
adakah perkataan 'sapu-menyapu' boleh digunakan sebagai kata ganda? | Perkataan sapu-menyapu tidak boleh digunakan sebagai kata ganda. Kata ganda yang betul ialah menyapu-nyapu yang membawa maksud mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap. | Tatabahasa | 07.02.2013 |
Ayat yang mana lebih tepat? 1.Aminah menyapu sampah dengan penyapu di pekarangan rumah supaya kelihatan bersih. 2.Aminah menyapu sampah di pekarangan rumah supaya kelihatan bersih dengan penyapu. Terima kasih. | Ayat yang lebih tepat ialah "1.Aminah menyapu sampah dengan penyapu di pekarangan rumah supaya kelihatan bersih."
| Tatabahasa | 21.07.2014 |
Sila tunjukkan kata dasar dan imbuhan bagi kata-kata berikut. menghenti menyapu menumpang mengangkat meninggi mengajar menggalak menjangkit menengah mengetua mengubu melanggar melanggan | Perkataan menyapu, menumpang, mengangkat, meninggi, mengajar, menjangkit, menengah, melanggar dan melanggan merupakan kata kerja transitif aktif yang menerima awalan meN-. Kata dasar bagi menyapu ialah sapu, tumpang bagi menumpang, angkat bagi mengangkat, tinggi bagi meninggi, ajar bagi mengajar, jangkit bagi menjangkit, tengah bagi menengah, langgar bagi melanggar dan langgan bagi melanggan. Sementara, perkataan menghentikan dan menggalakkan menerima apitan meng-...-kan manakala mengetuai dan mengubui menerima apitan meN-...-i. Kata dasar bagi perkataan menghentikan ialah henti, galak bagi menggalakkan, ketua bagi mengetuai dan kubu bagi mengubui. | Tatabahasa | 30.10.2006 |
Adakah ayat ini betul ? Jika salah tolong betulkan. 1. Kita mesti rajin. Contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk. 2. Kita mesti rajin, contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk. | Ayat yang betul ialah: Kita mesti rajin, contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk. | Tatabahasa | 16.07.2014 |