Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.pu.kan] | مڽاڤوکن

Definisi : 1. menyapu utk orang lain; 2. memakai sesuatu utk menyapu, menyapu dgn; 3. melumurkan (melumaskan, meng­gosokkan, dll) sesuatu pd (sesuatu permukaan dsb): maka oleh si pelulut ubat guna drpd Hang Nadim itu disapukannya pd tubuh Tun Teja; selepas pembersihan waktu hendak tidur, sapukan krim itu nipis-nipis pd muka dan leher; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.pu.kan] | مڽاڤوکن

Definisi : 1 menyapu utk orang lain. 2 menyapu dgn; memakai sesuatu utk menyapu; melumaskan: ~ jem pd roti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyapukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul ? 1. Dia menyapukan ubat pada permukaan luka. 2. Dia menyapukan ubat di permukaan luka.Yang betul ialah: Dia menyapukan ubat pada luka. Kata sendi nama pada digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 274-276 untuk maklumat lanjut.   Tatabahasa24.04.2008
Menyapu sampah atau menyapukan sampah -Emak menyapu sampah di halaman rumah. -Emak menyapukan sampah di halaman rumah.Emak menyapu sampah di halaman rumah.Tatabahasa29.04.2014
Dia menyapu jem pada roti atau Dia menyapukan jem pada roti Apakah perbezaan antara ayat -ayat di atas?

Kata dasar “sapu” boleh menerima awalan meN- dan meN-…-kan. Namun dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan “menyapu” tidak sesuai digunakan.

Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1964 - 1965,  menyatakan perkataan “menyapu” bermaksud “membersihkan sesuatu, mengesat, mengelap dan mencecah.”, manakala perkataan “menyapukan” bermaksud “melumurkan sesuatu kepada sesuatu yang lain.”

Oleh yang demikian, ayat yang lebih tepat ialahDia menyapukan jem pada roti.”

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 432 - 575.

Tatabahasa15.10.2024

Kembali ke atas