Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.ta.kan] | مڽاتاکن

Definisi : 1. menjadikan nyata, me­ne­rangkan, menjelaskan: di dlm buku ini ada dinyatakan dgn ringkas perihal mengubat penyakit yg biasa terjadi; 2. menampakkan, menunjukkan: Ya Tuhanku, hendaklah engkau ~ kebesaran-Mu akan hamba-Mu; 3. mem­beritahu, melaporkan, memaklumkan: Ismail berjumpa dgn pegawai tingginya utk ~ ke­tibaannya; berkali-kali ia ~ keinginannya hendak bertukar kerja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.ta.kan] | مڽاتاکن

Definisi : 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Boleh­kah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3 memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,

Peribahasa

Kalau seperti kundur labu,
     boleh dibelah.

Bermaksud :

Untuk menyatakan kebenaran sesuatu perkara. kundur = labu besar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Ada kekeliruan ejaan. Kamus Dewan Ed. 4 menyatakan ejaan "insya Allah" ada tanda sempang, "insya-Allah". Tetapi, dalam rujukan Khidmat Nasihat, ada yg menyatakan ejaan yg betul "insyaAllah" dan ada yg menyatakan "insya-Allah". Rujukan prpm di sini http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=insya-allah&d=10. Mohon pencerahan. T.k.Ejaan yang betul ialah insya-Allah. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Ejaan24.07.2013
BGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMBEZAKAN PENGGUNAAN AYAT KOMPLEMEN DAN RELATIF YANG GRAMATIS.ADAKAH PENGGUNAAN KATA KERJA TRANSITIF 'MEMBERITAHU ' BOLEH DIIKUTI 'BAHAWA'?BAGAIMANA PULA AYAT...MENYATAKAN YANG DAN MENYATAKAN BAHAWA.TQ

Cara untuk membezakan penggunaan ayat komplemen dan ayat relatif adalah dengan merujuk penggunaan kata hubung yang digunakan dalam ayat tersebut. Ayat komplemen menggunakan kata hubung bahawa dan untuk, manakala ayatrelatif menggunakan kata hubung yang (penanda relatif). Kata kerja transitif hendaklah diikuti dengan objek, bukan kata hubung (bahawa). Kedua-dua kata tersebut boleh digunakan dalam membina ayat, cuma kata hubung bahawa digunakan dalam membina ayat majmuk pancangan.

Tatabahasa09.09.2008
DBP menyatakan air sebagai diftong, dan cair sebagai vokal berganding, bolehkah jelas lebih lanjut mengapa sebegini? Terima kasih.Setelah berbincang dengan pakar bahasa, air dan cair merupakan vokal berganding. Kami memohon maaf atas kekeliruan tersebut.Tatabahasa22.01.2013
assalamualaikum .. boleh menyatakan ciri-ciri penulisan surat berkesan dari segi penjelasan dan ketelitian .. tolong jelaskanCiri-ciri penulisan surat yang berkesan ialah mempunyai wacana yang jelas, tepat, betul, lengkap, koheran, kohesi; juga mengggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, istilah, tanda baca, laras bahasa yang sesuai.Yang paling utama, hendaklah menggunakan format surat yang tepat iaitu surat rasmi ataupun surat tak rasmi. Saudara, boleh merujuk buku-buku yang berkaitan untuk maklumat lanjut.Lain-lain18.02.2013
Rakan saya menyatakan “amin” bermakna aman, “aamin” bererti meminta perlindungan, “amiin” bermaksud jujur dan “aamiin” ya Allah, kabulkan doa kami. Dia mencadangkan agar kita menggunakan ejaan “aamiin” untuk maksud mengaminkan doa. Apakah pandangan DBP?Amin ialah perkataan bahasa Arab dan dieja sedemikian. Bahasa Melayu tidak memberikan penambahan vokal bagi perkataan yang disebut panjang, sebaliknya satu vokal melambangkan satu jenis sebutan.Ejaan07.03.2012
Ada rakan-rakan yang mengatakan bahawa penggunaan kata ganda untuk menunjukkan bilangan lebih daripada satu (plural) tidak diamalkan lagi. Contohnya: Soalan yang berbunyi - Namakan jenis-jenis haiwan yang terdapat di hutan; rakan menyatakan cukup dengan menyatakan: Namakan jenis haiwan sahaja (kerana perkataan jenis pun menggambarkan banyak). Ada kah ini benar?Hal ini lebih kepada gaya penulisan. Walau bagimanapun gaya penulisan terkini ada kewajarannya kerana bagi situasi yang jelas seperti ayat contoh yang saudara berikan tak perlu lagi dijamakkan.Lain-lain07.01.2013
Ada buku rujukan tatabahasa menyatakan penggunaan perkataan "ia" merujuk kepada manusia sahaja. Ada juga mahzab yang menyatakan perkataan "ia" boleh merujuk kepada benda dan binatang. Mohon penjelasan DBP.

Kata ganti nama ia merujuk manusia dan benda yang dibicarakan tetapi tidak termasuk binatang. Lazimnya binatang tidak menggunakan kata ganti nama ia, dan nama binatang tersebut diulangi beberapa kali apabila merujuk binatang tersebut.  

Tatabahasa07.07.2010
DBP, (i) Kata sendi nama 'diguna' untuk menyatakan tempat, arah dan masa. (ii) Kata sendi nama 'digunakan' untuk menyatakan tempat, arah dan masa. Ayat yg mana satukah adalah tepat? Penggunaan inbuhan 'di__kan' . Terima kasih DBPBerdasarkan contoh soalan yang diberi, persoalannya adalah tentang pengguanan kata diguna atau digunakan. Dalam hal ini penggunaan yang betul ialah kata digunakan. Untuk mendapat maklumat tentang apitan di-...-kan, lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 202.Tatabahasa12.08.2010
penggunaan perkataan kekangan untuk menyatakan masalah ruang bagi tujuan permohonan ruang.Kekangan bermaksud halangan/sesuatu yg mengekang (menghalang dll). Dalam konteks ayat tersebut,  kekangan untuk menyatakan masalah ruang bagi tujuan permohonan ruang ialah halangan/sesuatu yang menghalang permohonan ruang itu diluluskan.Makna01.04.2010
Apakah perbezaan antara pernyataan dan penyataan? Terima kasihPenyataan bermaksud perbuatan menyatakan, dan pernyataan bermaksud kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman dan pernyataan juga bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkaraMakna26.04.2013
12345678910...

Kembali ke atas