| Polemik Tabung Bantuan (TBP) berlaku lima tahun lalu setelah negara kita ( )dengan berita yang menyayat hati, iaitu seorang kanak-kanak, Intan Syafiqah Mohamad Fauzi yang berusia tiga tahun meninggal dunia kerana menghidap bengkak hati sebelum sempat menjalani pembedahan. pilihan A tergempar pilihanB kegemparan pilihan C digemparkan pilihanD mempergemparkan mana satu yang betul Kata "dengan" dalam ayat ini ialah kata apa?kata nama? | Polemik Tabung Bantuan (TBP) berlaku lima tahun lalu setelah negara kita digemparkan dengan berita yang menyayat hati, iaitu seorang kanak-kanak, Intan Syafiqah Mohamad Fauzi yang berusia tiga tahun meninggal dunia kerana menghidap bengkak hati sebelum sempat menjalani pembedahan. Kata dengan ialah kata sendi nama. | Tatabahasa | 31.10.2021 |