Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.la/] | مڽلق

Definisi : 1. menyingkap (tudung, selubung, dll), membuka, menying­singkan: kain yg menutupi betisnya diselak hingga ke paras lutut; Tun Tuah pun segera ~ pen-duanya; 2. menyebak (buku dll), membuka: buku itu diselaknya lepas semuka ke semuka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.la/] | مڽلق

Definisi : mendesak (supaya lekas dll), menggesa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.la/] | مڽلق

Definisi : mengunci dgn selak, mengancing: daun pintu diselak perlahan-lahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.la/] | مڽلق

Definisi : 1 menarik tudung sesuatu supaya terbuka; me­­nyingkap: Dia ~ kainnya utk me­nunjukkan bisul di betisnya. 2 membuka halaman buku; menyebak buku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nye.la/] | مڽلق

Definisi : mengunci pintu dgn selak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selak
Kata Terbitan : penyelak, berselak, menyelak, menyelak, menyelak, terselak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
seekor ular yang menyelak di celah-celah akar telah berjaya ditangkap. adakah "menyelak" betul digunakan dalam ayat ini? kamus dewan tidak ada rujukan. terima kasih.Lihat menyelak">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=menyelak, tuan akan temukan maksud dan contoh penggunaan perkataan menyelak dalam pangkalan data kami termasuklah Kamus Dewan. Untuk makluman tuan perkataan menyelak tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa29.07.2013
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terdapat banyak ungkapan dan ayat contoh “hingga ke”. Antara ungkapan itu ialah “panjangnya hingga ke pinggang” (di bawah masukan blaus, hlm. 195), “dari selatan hingga ke utara” (di bawah masukan daksina, hlm. 305) dan “dari pinggang hingga ke paras lulut” (di bawah masukan samping II, hlm. 1382). Antara ayat contoh yang mengandungi “hingga ke” terdapat pada halaman 617 (di bawah masukan jejak, menjejaki), 1418 (di bawah masukan selak, menyelak) dan 1392 (di bawah masukan sara, menyara). Susunan berturutan “hingga ke” dalam ungkapan dan ayat contoh itu gramatis atau tidak?Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama (ke) yang lain. Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis.Tatabahasa06.12.2009

Kembali ke atas