Kraftangan Malaysia sedang menyelaras pindaan akta bagi Institut Kraf Negara. Mohon pandangan ke atas penggunaan perkataan yang sesuai untuk diguna pakai di dalam akta nanti. Disertakan petikan pindaan akta seperti berikut: a) mengadakan kemudahan-kemudahan latihan termasuk pusat pengajian berasaskan kemahiran kraf.... atau mengadakan kemudahan-kemudahan latihan termasuk pusat pendidikan berasaskan kemahiran kraf. yang mana lebih sesuai pengajian atau pendidikan. mohon pencerahan | Pendidikan bermaksud perihal mendidik, pengajian bermaksud perihal mengaji. Jika yang dimaksudkan ialah perihal mendidik, maka perkataan yang sesuai ialah pendidikan. Kata kerja pendidikan lebih banyak digunakan, malah akta yang dirujuk ialah Akta Pendidikan dan kementerian yang bertanggungjawab ialah Kementerian Pendidikan Malaysia.
| Tatabahasa | 18.05.2017 |
boleh saya tahu perkataan yang paling tepat untuk saya gantikan perkataan KONDUSIF.berikut adalah petikan ayat yang kami gunakan perkataan tersebut. "Mengawal, menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti industri tembakau berpandukan undang-undang, dasar kerajaan dan peraturan yang ditetapkan untuk mewujudkan persekitaran industri yang stabil dan kondusif" Sekian. | Menurut Kamus Dewan, kondusif bermaksud sesuai, manakala dalam istilah undang-undang bermaksud berfaedah. | Istilah | 23.07.2008 |
Apakah usaha pengantarabangsaan bahasa Melayu yang telah dilakukan oleh DBP sehingga kini. | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sedikit maklumat yang dapat dikongsikan, sesudah penubuhan beberapa pusat pengajian Melayu, diputuskan bahawa perlunya penubuhan sebuah majlis khas untuk menyelaras kegiatan kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu atau singkatannya MABM adalah sebuah majlis khas yang ditubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa di peringkat antarabangsa. Kerajaan Malaysia sentiasa sedar dan amat prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh beberapa pihak di dalam dan di luar negara berhubung dengan pengembangan bahasa ini di peringkat antarabangsa.Walaupun kini MABM sudah tiada lagi, usaha pengantarabangsaan tetap diteruskan dengan jalinan kerjasama pusat bahasa/universiti luar Negara. | Lain-lain | 10.04.2014 |
Salam, Saya ingin buat pengesahan tentang terjemahan dan istilah yang paling tepat. Kementeria saya dalam proses penstrukturan semula dan beberapa bahagian/unit baru ditubuhkan. Antaranya Foresight Technology Division yang antara peranannya a. Melaksanakan penilaian keberkesanan program R&D /STI negara menerusi analisa horizon & trend scanning yang dapat mengenalpasti jurang dan isu-isu baru STI (emerging issues) b. Mengenalpasti dan menyelaras pelaksanaan kajian teknologi masa depan untuk keperluan STI negara agar selaras dengan dasar-dasar dan program utama negara e.g:NKEA,RMK11,ETP & DSTIN c. Menetapkan keutamaan & halatuju R&D/STI dengan mengambil kira peranan kementerian & sektor swasta yang meliputi pelbagai disiplin dan merentasi sektor d. Mengenalpasti kemahiran-kemahiran masa depan berasaskan STI yang diperlukan untuk menjadikan negara lebih kompetitif e. Mengenalpasti bidang ekonomi masa depan bagi meningkatkan penjanaan pendapatan negara Dengan tidak mengabaikan Bahasa Melayu, pihak atasan ingin mengekalkan perkataan Foresight dalam bahasa Inggeris dan Technology dijadikan Teknologi. Soalan, penggunaan yang paling tepat adalah Bahagian Teknologi Foresight (foresight diitalickan) atau Bahagian Foresight Teknologi. Maklumbalas segera dari pihak tuan/puan amat kami hargai. | Berdasarkan penerangan yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Bahagian Teknologi Masa Depan. Nama yang dicadangkan, iaitu "Bahagian Teknologi Foresight" tidak boleh digunakan kerana nama tersebut menggabungkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.01.2017 |
Mana satu antara ejaan berikut yang tepat dalam penggunaan B.Malaysia 1. PERKERJAAN / PEKERJAAN 2. BERKERJA / BEKERJA 3. PERKERJA / PEKERJA 4. Boleh terangkan perbezaan antara penghulu kampung dengan ketua kampung terima kasih | 1. PEKERJAAN 2. BEKERJA 3. PEKERJA 4. Di bawah pentadbiran satu-satu daerah terdapat beberapa buah mukim dan di bawah mukim pula terdapat beberapa buah kampung. Ketua di peringkat mukim ialah Penghulu manakala ketua di peringkat kampung ialah Ketua Kampung. Pegawai Daerah bertanggungjawab menyelaras dan mengawasi segala bentuk pelaksanaan aktiviti serta pentadbiran Penghulu dan Ketua Kampung. | Tatabahasa | 23.04.2014 |
salam satu Malaysia Untuk makluman, saya telah menyiapkan sepuluh judul cerita tradisonal untuk kanak -kanak tetapi saya tidak tahu hendak dihantar ke mana manuskrip tersebut. Baru - baru ini saya telah menghantar email kepada beberapa penerbit ( bersama dengan satu contoh judul cerita ) tetapi sehingga kini saya tidak mendapat sebarang jawapan samada mereka mahu menerina atau menolak karya tersebut. Oleh itu besarlah harapan saya agar pihak DBP dapat membantu saya kerana saya benar -benar berminat untuk mencuba bakat saya dalam bidang penulisan ini. Diharapkan agar pihak tuan sudi memberi panduan kepada saya berhubung dengan tempat penghantaran karya ini. Saya sangat mengharap agar mendapat maklum balas yang amat positif daripada pihak tuan. Sekian terima kasih Saindim Sadah Kota Belud Sabah. | Untuk makluman saudara Bahagian Buku Sastera, DBP bertanggungjawab menyelaras dan mengurus penerbitan buku satera. Sila hubungi Ketua Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel hajijah@dbp.gov.my. | Sastera | 03.08.2011 |