| Salam sejahtera, Saya keliru dengan penggunaan penyenggaraan dan penyelenggaraan? Boleh jelaskan penggunaan kedua-dua perkataan ini? | Tiada perbezaan antara senggara dengan selenggara. Senggara; menyenggarakan bermaksud mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan; Selenggara; menyelenggarakan bermaksud 1. mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan 2. melaksanakan, menjalankan (rancangan, perintah dan lain-lain) 3. membela, memelihara, menjaga, merawat 4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dan lain-lain). Penyelenggaraan bermaksud 1. perbuatan menyelenggarakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan 2. pemeliharaan, pengawasan. Penyenggaraan bermaksud perbuatan menyenggarakan, pengendalian, menyelenggarakan. | Makna | 27.01.2011 |
| Yang manakah penggunaan kata yang betul: 1. Diselenggara atau Diselenggarakan 2. Menyelenggara atau Menyelenggarakan 3. Merekod atau Merekodkan 4. Ketakdedahan atau Ketidakdedahan | Perkataan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Diselenggarakan 2. Menyelenggarakan 3. Merekodkan 4. Ketakdedahan | Lain-lain | 12.10.2021 |
| Aapakah maksud senggara? | Saudara, Makna senggara ialah mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 07.11.2009 |
| apa maksud penyenggaraan dan penyelenggaraan | . Kamus Dewan mentakrifkan kata penyelenggaraan ialah perbuatan menyelenggarakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan: cara-cara ~ pemerintahan; 2. pemeliharaan, pengawasan: ia di rumah sakit dan dlm ~ tuan doktor. Penyenggaraan ialah perbuatan menguruskan, menyenggarakan, pengendalian, pengurusan; selenggara. | Makna | 29.05.2009 |
| Apakah maksud perkataan lurang | Lurang bermaksud lubang konkrit bertutup di jalan utk membolehkan pekerja memeriksa, membaiki atau menyelenggarakan pembetung dan saliran. | Makna | 21.08.2007 |
| Saya nak tahu makna dan perbezaan ayat Penyenggaraan dan Penyelenggaraan. | Penyenggaraan daripada kata senggara yang bermaksud mengurus,mengendalikan, menyelenggarakan. Penyelenggaraan daripada kata selenggara yang bermaksud mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan . Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kedua-dua kata ini membawa maksud yang sama. | Makna | 30.01.2008 |
| Jelaskan perbezaan antara penyelenggaraan dengan penyenggaraan. | Penyelenggaraan ialah perbuatan menyelenggara sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan,; pemuliharaan, pengawasan. Kata terbitan lain daripada 'selenggara' ialah menyelenggarakan, selenggaraan, penyelenggara. Tiada kata terbitan 'penyenggaraan'. | Makna | 29.03.2008 |
| Assalamualaikum apakah perbezaan antara mengurus dan mentadbir. saya telah mnyemak makna perkataan urus dan tadbir namum masih gagal melihat perbezaan terima kasih | Dalam konteks pentadbiran, mengurus bermaksud menyelenggarakan supaya berjalan dengan baik. Mentadbir bermaksud membuat kerja-kerja mengurus dan mengawal perjalanan sesebuah syarikat dan sebagainya. Berdasarkan maksud yang tersebut, mengurus menjadi sebahagian daripada fungsi mentadbir; manakala mentadbir boleh bermaksud mengurus dan mengawal. | Tatabahasa | 13.05.2015 |
| BOLEH TERANGKAN DGN LEBIH LANJUT MENGENAI KENYATAAN DI BAWAH: Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud mengurus ialah menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun. Menyelenggarakan ialah mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan. Memantau pula ialah memerhatikan dan memeriksa perkembangan. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 26.03.2009 |
| Adakah terdapat perbezaan makna bagi perkataan senggara dan selenggara. | Perkataan selenggara berasal daripada senggara yang telah ditambah dengan sisipan "el". Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, senggara bermaksud mengurus, mengendalikan atau menyelenggarakan. Kedua-dua kata tersebut sama makna dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 25.07.2013 |