Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.long.kar] | مڽلوڠکر

Definisi : mencari (meme­riksa dll) dgn membongkar-bongkar, mem­bongkar-bongkar atau mengaduk-aduk utk mencari (memeriksa dll) sesuatu: polis Thai baru-baru ini telah ~ satu pangkalan komunis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.long.kar] | مڽلوڠکر

Definisi : membong­kar-bongkar utk menyiasat atau utk mencari sesuatu: Pegawai-pegawai kas­­tam telah ~ bot-bot nelayan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selongkar
Kata Terbitan : menyelongkar, penyelongkaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apapkah yang dimaksudkan dengan 'Power of Search' mengikut istilah undang-undang ?Kami mencadangkan "power of search" diterjemahkan sebagai "kuasa untuk menggeledah", "izin untuk mencari", atau "kebenaran untuk menyelongkar". Sekiranya frasa ini berkaitan bidang undang-undang, padanan yang paling tepat ialah Waran GeledahIstilah31.10.2020
Menggeledah atau menggeladah yang betul? Atau mana satukah yang lebih lazim dipakai?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menggeledah bermaksud memeriksa dengan tujuan mendapatkan sesuatu (barang curian, senjata haram, dan lain-lain), menyelongkar (rumah dan lain-lain), menggeladah. Oleh itu, menggeledah dan menggeladah adalah sama dan kedua-duanya adalah betul. Walau bagaimanapun, yang lazim dipakai ialah menggeledah.Ejaan09.05.2012
Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan sama ada ayat di bawah ini betul atau tidak. 1. Ali berkenan membeli kereta Proton saga tetapi harganya mahal. 2. Parit yang menjadi punca banjir kilat di kawasan perumahan itu. 3. Bernafaslah dengan teratur maka anda menjadi tenang dan bersedia. 4. Anda boleh beri isyarat kepada doktor sekiranya berasa sakit dan tidak selesa ketika sedang dirawat. Ibu melarang Aminah menyelongkar barang-barang kakaknya. Adakah ayat ini, sama maksud dengan ayat di atas? 1) "Jangan selongkar barang-barang kakak kamu, Aminah," kata ibu. 2) " Aminah, kamu dilarang menyelongkar barang-barang kakak kamu," kata ibu.Ayat 1: Tukar perkataan Proton Saga kepada Proton Saga (Huruf besar di pangkal perkataan kata   nama khas). Ali berkenan membeli kereta Proton Saga tetapi harganya mahal.

Ayat 2: Betul

Ayat 3: Gantikan perkataan "maka anda" menjadi untuk. Bernafaslah dengan teratur untuk menjadi tenang dan bersedia.

Ayat 4: Betul

Ayat 1 dan 2 sama maksud dengan ayat "Ibu melarang Aminah menyelongkar barang-barang kakaknya". 
Tatabahasa24.04.2019

Kembali ke atas