| APAKAH KEPENTINGAN PROSES PENYUNTINGAN DALAM PENULISAN MANUSKRIP?DAN HURAIKAN SECARA TERPERINCI. | Kepentingan penyuntingan manuskrip : ialah menyemak fakta, menyemak penggunaan bahasa dari segi tatabahasa, ejaan, tanda baca, dll., menyelaraskan persembahan teks seperti tajuk, subtajuk, jadual, rajah, nota kaki, bold, italic, dll., juga semakan dari segi penerbitan seperti rupa taip, saiz taip, jarak dan tinggi teks. | Makna | 25.09.2006 |
| Menyemak dan meminta kelulusan ejaan papan tanda untuk permohonan lesen perniagaan. | Untuk perkhidmatan pengesahan iklan papan premis perniagaan, sila layari laman web dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, sila teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. Sila rujuk panduan pelanggan untuk maklumat lebih lanjut. | Lain-lain | 05.11.2020 |
| Menyemak ayat di bawah.kalau betul minta kebenaran,kalau salah minta penjelasan.tolong. 1.Ali seorang yang baik tetapi kawannya buruk. 2.Rakyat perlulah hormat-menghormati antara satu sama lain agar bertolak ansur. 3.Kawasan kediaman itu tempat tinggal saya. 4.Tanah Melayu pernah dijajah oleh kuasa-kuasa besar seperti portugis,belanda dan jepun. 5.Manifesto bertujuan memancing undi,hanya kata-katanya bermunasabah. 6.Ekonomi negara semakin meruncing.Dalam kegawatan ekonomi ini,rakyat perlu membudayakan amalan berjimat-cermat danmenyedari betapa ertinya budaya menabung. 7.Semangat cintai alam melambangkan tanggungjawab seseorang bangsawan. | Ayat yang betul dan gramatis ialah seperti berikut: 1.Ali seorang yang baik tetapi kawannya berperangai buruk. 2.Rakyat perlulah hormat-menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain. 3.Kawasan kediaman itu, tempat tinggal saya. 4.Tanah Melayu pernah dijajah oleh kuasa-kuasa besar seperti Portugis, Belanda dan Jepun. 5.Manifesto pilihan raya sesebuah parti politik adalah bertujuan untuk memancing undi. 6.Ekonomi negara kini semakin meruncing. Dalam suasana kegawatan ekonomi, rakyat perlu membudayakan amalan berjimat-cermat dan menyedari betapa pentingnya budaya menabung. 7.Semangat mencintai alam sekitar adalah tanggungjawab semua termasuk golongan bangsawan. | Tatabahasa | 10.09.2018 |
| menyemak ejaan untuk banner terima kasih | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 17.11.2015 |
| Menyemak tajuk poster seperti di lampiran. | Pembetulan: 1. Sehingga tukar kepada hingga 2. Diperolehi kepada diperoleh 3. Kuasa beli 4. Tertakluk pada terma dan syarat Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 21.09.2015 |
| Menyemak penggunaan bahasa dalam poster yang akan dikeluarkan seperti di lampiran. | Betulkan ejaan kemas kini dan mengemas kini. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 21.09.2015 |
| MENYEMAK PENGGUNAAN SECARA BETUL BAHASA DIATAS PAPAN IKLAN UNTUK PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN DAN PAPAN IKLAN | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan Khidmat Nasihat DBP. | Lain-lain | 05.01.2015 |
| menyemak kata 'benefisiari' sama ada sudah didaftar sebagai bahasa melayu atau belum? | Perkataan benefisiari telah diterima dalam bahasa Melayu dan terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. | Istilah | 05.02.2011 |
| MENYEMAK EJAAN UNTUK TENGAHARI. ADAKAH EJAAN TENGAH HARI ATAU TENGAHARI? SILA BANTU SECEPATNYA. TERIMA KASIH | Ejaan tengah hari ditulis dua perkataan. | Tatabahasa | 10.07.2009 |
| Adakah perisian tatabahasa untuk menyemak penulisan bahasa melayu dengan betul yang dicadangkan oleh dewan bahasa untuk digunakan. terima kasih | Untuk makluman tuan, DBP belum pernah menerbitkan perisian khusus bagi menyemak tatabahasa, selain Dewan Eja yang digunakan untuk menyemak ejaan. | Lain-lain | 23.01.2013 |