| maksud serta penggunaan perkataan selenggara dan senggara. Apa perbezaan antara 2 perkataan ini? | Tuan Jol, Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata selenggara dan senggara pada asasnya mempunyai mana yang sama. Hal ini demikian, kerana kata selenggara dan senggara ialah sesuatu perbuatan mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan: ladang yg luas diselenggarakan mengikut pengetahuan sains; 2. menjalankan, melaksanakan (rancangan, perintah, dll). Penjelasan terperinci tentang kedua-dua kata ini boleh dirujuk dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan; penyenggaraanperbuatan menyenggarakan, pengendalian, pengurusan; lihat juga selenggara. | Istilah | 25.03.2009 |
| Salam sejahtera, Saya keliru dengan penggunaan penyenggaraan dan penyelenggaraan? Boleh jelaskan penggunaan kedua-dua perkataan ini? | Tiada perbezaan antara senggara dengan selenggara. Senggara; menyenggarakan bermaksud mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan; Selenggara; menyelenggarakan bermaksud 1. mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan 2. melaksanakan, menjalankan (rancangan, perintah dan lain-lain) 3. membela, memelihara, menjaga, merawat 4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dan lain-lain). Penyelenggaraan bermaksud 1. perbuatan menyelenggarakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan 2. pemeliharaan, pengawasan. Penyenggaraan bermaksud perbuatan menyenggarakan, pengendalian, menyelenggarakan. | Makna | 27.01.2011 |
| Definasi keberkesanan, budaya, senggaraan dan tentera darat yang betul di dalam bahasa melayu. | Keberkesanan ialah perihal berkesan. Budaya bermaksud tamadun, peradaban atau kemajuan fikiran, akal budi dan sebagainya. Senggaraan atau penyenggaraan ialah perbuatan menyenggarakan atau mengendalikan sesuatu. Tentera darat ialah bahagian angkatan perang yang bertugas di daratan | Makna | 06.04.2010 |
| Apakah perbezaan penggunaan penyenggaraan dan penyelenggaraan. berikan contoh ayat penggunaan bagi kedua-dua perkataan ini. Sekian, terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud penyenggaraan bermaksud perbuatan (cara, hal dan sebagainya) menyenggara atau menyenggarakan sesuatu, perbuatan menyenggarakan, pengendalian, pengurusan, selenggara (Contoh ayat: penyenggaraan bangunan) manakala penyelenggaraan pula bermaksud perbuatan (cara, hal dan sebagainya) menyelenggara, menyelenggarakan sesuatu. (Contoh ayat: penyelenggaraan seminar tersebut telah berjalan dgn lancar. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kedua-dua kata ini membawa maksud yang sama.
| Makna | 26.02.2018 |
| apakah perbezaan penyenggaraan dan penyelenggaraan. mohon bantuan untuk sertakan bersama contoh, kesesuaian ayat digunakan dan info terperinci. Terima kasih. | Kata penyenggaraan dan penyelenggaraan mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun penyelenggaraan mempunyai makna tambahan. Makna sesuatu kata di dalam kamus dipecahkan mengikut konteks penggunaannya oleh masyarakat. Berikut merupakan makna berserta ayat contoh bagi kata penyenggaraan dan penyelenggaraan dalam Kamus Dewan Perdana: senggara سڠݢارا [səŋ·gɑ·rɑ] menyenggarakan مڽڠݢاراکن [mə·ɲəŋ·gɑ·rɑ·kɑn] [psf: disenggarakan, senggarakan] kt memelihara atau menjaga (bangunan, kenderaan, jalan raya dan lain-lain) secara teratur supaya berada dalam keadaan yang baik: Kos menyenggarakan taman laut itu agak tinggi, maka caj terpaksa dikenakan kepada pengunjung.◆Setiap jurutera akan menyenggarakan pesawat yang mengalami kerosakan dengan bantuan mekanik.◆Landskap boleh direka secara ringkas supaya senang untuk disenggarakan. penyenggaraan ڤڽڠݢاراءن [pə·ɲəŋ·gɑ·rɑ·ɑn] n perbuatan menyenggarakan sesuatu: Penyenggaraan itu dijalankan di hangar Malaysia Airlines. selenggara سلڠݢارا [sə·ləŋ·gɑ·rɑ] menyelenggara مڽلڠڬارا [mə·ɲə·ləŋ·gɑ·rɑ] ktt memelihara atau menjaga bangunan, kenderaan, jalan raya dan sebagainya secara teratur supaya berada dalam keadaan yang baik: Kerja-kerja menyelenggara akan dimulakan segera. menyelenggarakan مڽلڠݢاراکن [mə·ɲə·ləŋ·gɑ·rɑ·kɑn] [psf: diselenggarakan, selenggarakan] 1 kt memelihara atau menjaga (bangunan, kenderaan, jalan raya dan sebagainya) secara teratur supaya berada dalam keadaan yang baik: Sepuluh orang pekerja ditugaskan untuk menyelenggarakan kawasan taman istana ini setiap hari.◆Landasan kereta api diselenggarakan oleh pekerja mahir. 2 kt mengatur dan mengurus (pertandingan, pameran dan lain-lain) supaya lancar dan sempurna: Pegawai ini telah ditugaskan untuk menyelenggarakan pameran buku agama Islam.◆Kursus kepimpinan ini diselenggarakan oleh Jabatan Perdana Menteri. 3 kt mengurus dan mengerjakan (ladang, kilang dan lain-lain) supaya berjalan dengan baik Syarikat menghabiskan banyak wang untuk menyelenggarakan kilang dan peralatannya.◆Ladang yang luas wajar diselenggarakan mengikut pengetahuan sains. 4 kt menjalankan atau melaksanakan (rancangan, perintah dan lain-lain) Parlimen harus menyelenggarakan tanggungjawab secara berkesan. penyelenggaraan ڤڽلڠݢاراءن [pə·ɲə·ləŋ·gɑ·rɑ·ɑn] 1 n hal atau perbuatan menyelenggara atau menyelenggarakan: Pengetahuan dan kemahiran penyelenggaraan komputer sangat penting pd masa kini. 2 n hal atau perbuatan mengawasi atau menjaga kesihatan, keselamatan dsb: Para doktor terlatih bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan kesihatan pesakit yang mendapatkan rawatan di sini. | Makna | 08.08.2025 |
| Apakah perbezaan selenggara dan senggara? Selenggaraan dan penyenggaraan? | Salam sejahtera, Tuan, Senggara dan selenggara sama sahaja maksudnya, perkataan senggara apabila menerima sisipan "el" menerbitkan kata selenggara. Begitu juga dengan senggaraan atau penyenggaraan yang mempunyai maksud sama iaitu perbuatan menyenggarakan atau mengendalikan sesuatu. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 04.01.2018 |
| apa maksud penyenggaraan dan penyelenggaraan | . Kamus Dewan mentakrifkan kata penyelenggaraan ialah perbuatan menyelenggarakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan: cara-cara ~ pemerintahan; 2. pemeliharaan, pengawasan: ia di rumah sakit dan dlm ~ tuan doktor. Penyenggaraan ialah perbuatan menguruskan, menyenggarakan, pengendalian, pengurusan; selenggara. | Makna | 29.05.2009 |
| Salam, ingin bertanya mengenai penggunaan senggara & selenggara, saya telah baca semua q&a dan faham ia sisipan 'el' dan adalah varian spt guruh/gemuruh. Q: adakah ada prioriti/praktis/lebih formal/lebih baik penggunaan antara salah satu perkataan senggara/selenggara dalam tulisan spt panduan penggunaan, dokumen rasmi atau signage? atau diterima umum sbg 100% sama taraf penggunaan? terima kasih & selamat tahun baru 2022 | Kata “senggara” dan “selenggara” mempunyai maksud yang sama iaitu mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan. Dalam penulisan rasmi, kata “senggara” (menyenggarakan, disenggarakan, tersenggara, penyenggaraan dan penyenggara) dan "selenggara" (menyelenggara, menyelenggarakan, diselenggarakan, terselenggara, penyelenggaraan, selenggaraan dan penyelenggara) sama tarafnya dan boleh digunakan untuk merujuk maksud yang sama.
| Tatabahasa | 04.01.2022 |
| Salam, 1. Saya ingin bertanya frasa Alat Ganti atau Alat ganti. Adakah G pada Ganti tersebut perlu dibuat huruf besar atau tidak? 2. Saya ingin bertanya adakah wujud perkatan Senggaraan yang merujuk kepada Penyelenggaraan. Perkataan Senggaraan digunakan secara meluas di tempat saya bertugas. Contoh : Kontrak Perkhidmatan Senggaraan serta menghantar Alat Ganti Kenderaan. Sekian, terima kasih | Penggunaan huruf G besar atau G kecil bergantung pada fungsi perkataan dalam ayat/frasa. Sebagai contoh: 1) Kedai Alat Ganti Kenderaan Berat – perkataan “Ganti” sebagai tajuk untuk keterangan aktiviti perniagaan pada papan iklan premis 2) Adik bermain dengan alat ganti motosikal Abang – perkataan “ganti” sebagai perkataan biasa, bukan nama khas. Senggara dan selenggara sama sahaja maksudnya. Perkataan “senggara” apabila menerima sisipan "el" menerbitkan perkataan “selenggara”.” Senggaraan/ penyenggaraan atau penyelenggaraan mempunyai maksud sama, iaitu perbuatan menyenggarakan atau mengendalikan sesuatu. | Tatabahasa | 15.11.2018 |