Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyen.ta/] | مڽنتق

Definisi : 1. menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: di­sentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyen.ta/] | مڽنتق

Definisi : kuat dan keras (suara orang marah dll): walaupun suaranya itu ~, tetapi saya tidak begitu terkejut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyen.ta/] | مڽنتق

Definisi : menarik kuat-kuat dgn pantas; merenggut; menyentap: Hang Tuah telah ~ keris Taming Sari dr pinggang Hang Jebat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sentak
Kata Terbitan : menyentak, tersentak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih.

Saudara,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: di­sentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi

Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat;

Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau ke­kerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu;

Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn ke­kerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati.

Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut  memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa05.08.2012
DEFINISI TENTANG JENAYAH RAGUTMenurut Kamus Dewan, "Jenayah biasanya dikaitkan dengan perbuatan, kejahatan seperti mencuri, merompak, membunuh dan lain-lain atau perbutan yang salah disisi undang-undang. " Menurut Kamus Dewan, Ragut;meragut "- ialah menarik (menyentak,merabut,mencabut) dengan paksa atau dengan kekuatan. Jenayah ragut boleh ditakrifkan sebagai menarik, menyentak,merabut atau mencabut, kebiasaannya dikaitakan dengan tas tangan dan lazimnya perbuatan ini salah dan tanpa kerelaan mangsa.Makna21.08.2006
Salam. Adakah epilepsi diterjemah sebagai sawan gila babi? Jika ya, saya cadangkan terjemahan ini dimansuhkan kerana terjemahan ini agak melampau. Mohon dikemukakan cadangan saya. Terima kasoh.Epilepsi ialah sejenis penyakit saraf yang  menyebabkan seseorang tidak sedar dengan anggotanya bergerak menyentak-nyentak, (penyakit) gila babi, sawan. Epilepsi juga dikenali sebagai sawan babi. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=epilepsi atau Dewan Eja.Lain-lain03.05.2021
Kelihatan sekawan zirafah sedang meragut daun dari pokok yang tinggi. Adakah betul penggunaan meragut bagi haiwan tersebut?.Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan "meragut" ialah menarik (menyentak, me­ra­but, mencabut) dengan paksa atau dengan ke­kuatan. Oleh itu, berdasarkan cadangan ayat tersebut, perkataan meragut boleh digunakan dalam konteks tersebut.



Tatabahasa11.06.2020
emak______kain di jemuran kerana hujan rintik-rintik mulai turun. (mengandar/ menarik/ mengambil/ mengangkat) tuan, manakah satu jawaban sesuai digunakan ? tq

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

1. mengandar - membawa barang dengan kandar, memikul, membalas

2. menghela supaya bergerak ke arah sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret

3. mengambil - memegang (memungut, memetik, dll) sesuatu serta menyimpannya atau membawa pergi dll, menerima dan menyimpan sesuatu

4. mengangkat -  i. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan ii. membawa pergi atau membawa dari satu tempat ke tempat lain.

Berdasarkan makna yang diberikan dalam Kamus Dewan, perkataan yang paling sesuai ialah mengambil. (emak mengambil kain di jemuran kerana hujan rintik-rintik mula turun)

Makna20.09.2011
Saya ada beberapa persoalan yang ingin dikemukakan kepada pihak tuan seperti yang berikut: 1. Apakah perbezaan di antara imbuhan awalan men.....,imbuhan berapitan men.....kan dan men.....i?Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan imbuhan seperti yang disebutkan di atas? 2. Apakah perbezaan di antara imbuhan awalan di.....,imbuhan berapitan di.....kan dan di.....i?Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan imbuhan seperti yang disebutkan di atas? 3. Manakah penggunaan kata arah yang betul? a.)Di dalam bilik tidur atau di bilik tidur b.)Di dalam rumah atau di rumah? c.)Menyusun buku di atas rak buku atau menyusun buku pada rak buku? 4. Apakah perbezaan maksud di antara kata arah (sisi,tepi,samping dan sebelah?Saya berasa tidak pasti dan waswas dengan penggunaan kata arah yang disebutkan dalam pembentukan ayat? 5. Apakah perbezaan maksud di antara merampas,merenggut,meragut? Sekian sahaja dengan penamatan persoalan saya dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan atas bantuan tuan untuk menyelesaikan kemusykilan saua.

1. Awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif, contohnya "menyala". Apitan  meN-...-kan terdiri daripada empat golongan kata utama, iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata tugas untuk membentuk kata kerja transitif, contohnya "menghambakan". Apitan meN-...i terdiri daripada empat golongan kata utama, iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata tugas boleh menerima apitan ini untuk membentuk kata kerja, contoh "membelakangi". Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, muka surat 151, 191, dan 202.

2. Awalan di- ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga, contohnya "ditulis". Apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan.Segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan -kan. Seperti di-...-kan, apitan di-...-i  ialah bentuk pasif bagi meN-...-i, contohnya "dipelopori". Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, muka surat 175, 202 dan 208.

3. Kedua-dua (a) dan (b) boleh digunakan mengikut konteks. Kata sendi nama di  digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, manakala di dalam ialah penggunaan kata sendi nama di diikuti dengan kata arah dalam bagi menunjukkan kedudukan sesuatu benda itu dengan nyata.

4. Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk meunjukkan hala atau jurusan.  Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 286.

5. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, "merampas" ialah mengambil dengan kekerasan atau merebut. "Merenggut" bermaksud menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dengan kekerasan atau merampas. "Meragut" bermaksud menarik (menyentak, merabut, mencabut) dengan paksa atau dengan kekuatan.

Tatabahasa05.01.2010

Kembali ke atas