Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.rah] | مڽره

Definisi : 1. menggantungkan nasib kpd, bertawakal kpd, berserah: jangan lekas ~ kpd takdir; 2. = ~ kalah tidak melawan atau menentang lagi, mengaku kalah: biarlah darahnya dihirup drpd ~ kalah; 3. = ~ diri memberikan diri kpd yg berkuasa (orang salah, orang yg ditewaskan dlm peperangan, dll): beberapa orang pengganas telah ditembak mati atau ~ diri; 4. tidak membantah atau menentang, menurut (mengikut) sahaja: akhirnya ia ~ kpd kehendak Raden Menteri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.rah] | مڽره

Definisi : tidak membantah atau tidak me­nentang; menurut saja: Akhirnya dia ~ kpd kehendak raja itu. ~ diri merelakan diri ditangkap atau ditawan oleh pihak yg berkuasa (bkn orang salah, pihak yg kalah dlm peperangan dll). ~ kalah mengaku kalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serah
Kata Terbitan : berserah, menyerah, menyerahkan, terserah, penyerahan, serah2, terserah-serah,

Puisi
 

Putik cempedak buah cempedak,
     Tetak buluh berduri;
Adik tidak abang tidak,
     Kerana tubuh menyerah diri.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Linggi diserang,
     Riau yang alah.

Bermaksud :

Menyerah tanpa berjuang.

 

Lihat selanjutnya...(2)

31

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
makna pasrahBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud pasrah ialah menyerah; memasrahkan menyerahkan: kepada-Nyalah kita pasrahkan doa dan harapan; terpasrah terserah; kepasrahan keadaan menyerah diri (nasib) kpd Tuhan: ~ doa utk menunggu saat-saat berkabung.Istilah08.07.2010
Tuan, Saya ingin bertanya tentang imbuhan suatu perkataan. Contohnya, perkataan "menyerah" yang berasal dari kata dasar" serah" ini, mempunyai imbuhan "men" atau "meny". Terima kasih atas perhatian.Kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s termasuk di dalam jenis me-. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar berubah menhadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k dan ny bagi s, seperti contoh yang berikut;
pesan= memesan, tetap= menetap, tari = menari, salin= menyalin, sinar= menyinar, serah= menyerah.

Untuk makluman, tiada imbuhan awalan meny- dalam tatabahasa bahasa Melayu.
Tatabahasa01.02.2013
Saya ingin kepastian berkaitan tatabahasa beberapa ayat serta pertanyaan terjemahan yang akan saya kemukakan di bawah. 1. "Pada tahun 1942, pentadbiran British di Singapura telah menyerah kalah secara rasmi kepada / terhadap Jepun. Kata 'kepada' atau 'terhadap' yang lebih sesuai? 2. "Kedai itu beroperasi di bawah SOP yang ditetapkan" atau "Kedai itu beroperasi bawah SOP yang ditetapkan" Adakah SOP itu konkrit atau abstrak sebab saya keliru dengan penggunaan di kerana di digunakan menyatakan objek konkrit. SOP dikatakan konkrit? 3. Apakah terjemahan sesuai untuk "multiplayer mode" dan "single player mode". Ia merupakan istilah digunakan dalam permainan video.

1. Jawapan yang betul ialah Pada tahun 1942, pentadbiran British di Singapura telah menyerah kalah secara rasmi kepada Jepun

2.   Ya, SOP ialah konkrit. Oleh itu,  ayat yang betul ialah Kedai itu beroperasi di bawah SOP yang ditetapkan.

3. 
 Sehingga kini masih belum ada lagi istilah tersebut dalam data kami. Oleh yang sedemikian, sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaaan tuan/puan, kami mencadangkan multiplayer mode ialah mod berbilang  pemain, manakala single player mode ialah mod pemain tunggal.

Lain-lain16.10.2020
Asalamualaikum. Mohon bantuan pengesahan istilah yang betul dan lazim digunakan untuk Majlis Serah Tugas...atau Majlis Serah Terima Tugas atau Majlis Serah Menyerah Tugas atau semua betul? Terima kasih Ridwan Yahaya STRIDE, Kementerian PertahananFrasa yang betul ialah "Majlis Serah Tugas".Tatabahasa28.07.2016
apakah langkah langkah yang perlu dilalui untuk menerbit sebuah buku secara persendirian?

PertamaL Penulis perlu mencari penerbit dan berbincang tentang syarat yang ditentukan oleh kedua-dua pihak.

Kedua: Menyunting manuskrip sehingga bersih dan menyediakan segala bahan yang terkandung dalam manuskrip

Ketiga: Menyerah bahan yang bersih dan lengkap kepada penerbit untuk di aturhuruf, baca pruf, naskhah sedia kamera, cetak dan jilid.

Keempat: Serah buku terbit kepada pengedar untuk jualan atau penulis sendiri mengedar dan menjual buku yang telah terbit. Membayar segala kos yang terlibat atau membuat perjanjian dengan penerbit untuk berkongsi kos pengeluaran dan berkongsi keuntungan.

Lain-lain23.09.2009
Contoh ayat bagi perkataan "Ketimbang" yang sesuai untuk digunakan dalam subjek Bahasa Melayu.
Dikongsikan contoh ayat yang dipetik daripada data Korpus DBP untuk penggunaan kata KETIMBANG.

Contoh ayat I: Mereka lebih prihatin terhadap haiwan itu ketimbang anak tunggal sendiri.
(Mereka lebih prihatin terhadap haiwan itu daripada anak tunggal sendiri.)


Contoh ayat II:Hasil penelitian Fei Lin menunjukkan bahawa siswa dapat meraih nilai lebih baik saat diberi tugas kelompok ketimbang tugas individu.
(Hasil penelitian Fei Lin menunjukkan bahawa siswa dapat meraih nilai lebih baik saat diberi tugas kelompok berbanding dengan tugas individu.)

Contoh ayat III: Maka jadilah mereka orang-orang yang lebih tahu menyerah ketimbang menentang!
(Maka jadilah mereka orang-orang yang lebih tahu menyerah daripada menentang!).

 

Berdasarkan sampel-sampel ayat tersebut saya pasti saudara memahami pola ayat yang sesuai dan dapat membina ayat yang tepat untuk penggunaan kata KETIMBANG (bersinonim dengan kata "daripada" atau "berbanding dengan").

 

Makna27.07.2025
Huraikan contoh-contoh perwatakan personaliti waja diri yang terdapat dalam watak Jeha dan Lahuma dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnom AhmadContoh perwatakan personaliti waja diri yang terdapat dalam watak Jeha dan Lahuma dalam Ranjau Sepanjang Jalan.

Watak Lahuma dan Jeha merupakan gambaran perjuangann hidup dari sebuah keluarga petani miskin yang menjadi  proto-type dari petani miskin yang lain. sifat umum yang terdapat pada mereka ialah; 
- menyerah segala nasih kepada Allah SWT. Rintangan atau ranjau dalam kehidupan mereka sebagai petani adalah suatu yang wajar. Lahuma dan Jeha sebagai protagonis perlu menghadapi cabaran dari alam yang menimbulkan pelbagai konflik jiwa kepada mereka.
- Lahuma mencintai isteri dan anak-anaknya tanpa batas dan cinta itu dicurahkan melalui pekerjaannya.   Pengarang melukiskan Lahuma sebagai seorang petani miskin yang penuh tanggungjawab terhadap sawah yang menghidupkan keluargannya. Lahuma merupakan watak dinamis yang sanggup menghadapi maut dalam perjuangannya. Sungguhpun kesakitan ditikam duri nibung ia masih ingin menumpukan perhatiannya terhadap bendangnya yang belum selesai.

Watak Jeha pula lambang dari isteri petani yang setia, yang cintanya tak terbatas dan pengorbanannya tak bertepi.
walau bagaimanapun kualiti kewanitaannya masih tetap ada seperti di menjadi lemah semangat bola terkena geroh ular senduk, fikirannya terganggu oleh kematian Lahuma yang menyebabkan segala tanggungjawab terpikul di bahunya.
Fikirannya terganggu oleh perderitaan yang tidak terselesaikan dan akhirnya menjadi gila dan dikurung tetapi masih memperlihatkan cinta kasinya terhadap suami yang telah mati dan terhadap sawahnya.
Sastera21.03.2012
Yang mana betul, "mententeramkan" atau "menenteramkan"?

Perkataan yang betul ialah Menenteramkan. Kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s termasuk di dalam jenis me-. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k dan ny bagi s, seperti contoh yang berikut; pesan= memesan, tetap= menetap, tari = menari, salin= menyalin, sinar= menyinar, serah= menyerah.

Tatabahasa10.10.2018
Erti Simpulan Bahasa a) Jalan Buntu b) Jalan Tengah c) Lepas Tangan d) Campur TAngan e) Angkat Tangan f) Bangkai Bernyawa g) Simpul Mati h) Atas Angin i) Jalan Belakang

Makna Simpulan Bahasa: a) Kegagalan mencapai per­setujuan dan sebagainya dalam perundingan dan lain-lain. b) Keputusan (pendapat) yang diambil antara dua (atau beberapa) pendapat yang berbeza. c) Tidak masuk campur dalam sesuatu hal. d) Mengambil bahagian dalam atau memasuki hal orang (kejahatan dan lain-lain). e) Menyerah kalah. f) Orang yang terlibat dalam penagihan dadah yang teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kepada ke­luarga, masyarakat dan sebagainya. g) Ikatan yang susah diurai. h) Berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain. i) Cara melakukan sesuatu dengan tidak mengikut peraturan yang telah ditentukan.

Lain-lain10.05.2009
apakah makna peribahasa batu loncatan,batu api,bau-bau bacang,bahasa pasar,bendera putih,dan buah fikiran?Batu loncatan bermaksud pangkalan untuk tempat memulai sesuatu usaha. batu api bermaksud tukang hasut. bau-bau bacang bermaksud ada pertalian saudara(tetapi sudah jauh). bahasa pasar bermaksud bahasa kacukan, iaitu bahasa Melayu seperti yang dituturkan oleh orang bukan Melayu apabila bertutur dengan orang Melayu yang tidak menguasainya  atau seperti yang dituturkan oleh orang Melyu yang diketahui tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul. Bendera putih bermaksud tunduk atau menyerah kalah. Buah fikiran bermaksud pendapat, pertimbangan.    Lain-lain13.03.2008
12

Kembali ke atas