Khidmat Nasihat
Salam. Saya ingin mendapatkan maklumat tentang bentuk ayat menurut Tatabahasa Dewan. Saya sudah merujuk tetapi tidak menemui sebarang istilah bentuk ayat. Saya menyimpulkan bentuk ayat merangkumi ayat dasar, ayat terbitan, ayat tunggal dan ayat majmuk. Jika betulkan jika saya salah. Terima kasih. | Puan, Untuk makluman, ayat terbahagi kepada dua golongan, iaitu ayat dasar dan ayat terbitan. Ayat dasar adakalanya disebut sebagai ayat inti yang daripadanya dapat dibentuk atau diterbitkan berbagai-bagai ayat lain, yang disebut sebagai ayat terbitan. Setiap ayat, sama ada ayat dasar atau ayat terbitan, mengandungi berbagai-bagai jenis dan ragam ayat, seperti ayat penyata, ayat tanya, ayat majmuk, ayat aktif, ayat pasif dan sebagainya. 1"> | Tatabahasa | 15.05.2019 |
Apakah penjelasan bagi perkataan "samping"? Bila perkataan "samping" boleh digunakan? Adakah ia boleh digunakan bersama kata sendi nama "di"? | Menurut kamus terbitan terkini DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1951) samping1 kata nama sisi atau sebelah kiri atau kanan: Luruskan tangan di atas kepala, kemudian gerakkannya ke samping kiri dan kanan. di samping a di sisi atau di sebelah: Dia duduk di samping suaminya sambil menikmati minum petang. b selain atau juga: Pertemuan sedemikian mendedahkannya pada corak penulisan baharu di samping dapat berkenal mesra dengan rakan penulis yang lain. c bersama-sama atau bergandingan dengan: Hidup di samping baginda banyak menyimpulkan kenangan manis dan duka. Lebaran yang diraikan Syafie pada tahun ini tetap meriah dan bermakna di samping keluarga tercinta. Sila dapatkan maklumat tentang kata terbitan dan contoh penggunaannya dalam kamus ini. | Makna | 24.05.2023 |
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close