Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nying.kir.kan] | مڽيڠکيرکن

Definisi : 1. menjauhkan (menghindar­kan) dr: pergaulan di sekolah dan di tempat kerja lazimnya tidaklah dapat disingkirkan; ~ diri dr keindahan dan kelazatan hidup di kota; 2. membuangkan, mengesampingkan, menyisihkan: utk mengolah sebuah berita secara jujur, pemberita harus ~ pendapat dan fikiran sendiri; sekularisme ~ nilai-nilai yg diperoleh dlm usaha-usaha utk mencari objektiviti dan ilmu yg dapat dimanfaatkan; 3. menyelamatkan ke tempat yg lebih aman, mengungsikan; 4. ki menjatuhkan (orang dr jawatannya), mengeluarkan (orang sbg ahli sesuatu badan dll): parti tersebut sedang mengambil langkah ~ anggota-anggota yg terlibat dlm perarakan haram itu; 5. ki menghilangkan (jiwa orang), melenyapkan, menghabisi: setiap orang yg menentang Hitler disingkirkan; 6. mengelilingi sambil berjengkek-jengkek (spt ayam jantan meng­edari ayam betina); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nying.kir.kan] | مڽيڠکيرکن

Definisi : mengelilingi atau menge­dari sambil berjengkek-jengkek (spt ayam jantan ketika hendak mengawan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nying.kir.kan] | مڽيڠکيرکن

Definisi : 1 menjauhkan sesuatu dr; mengetepikan; menghindarkan: Mereka setuju ~ segala perselisihan an­tara mereka. 2 menye­lamatkan sesuatu dgn membawanya ke tempat lain; mengasingkan; memindahkan: Mereka telah ~ anak-anak dan isteri mereka ke kota. ~ diri menjauhkan diri. 3 melucuti seseorang drpd jawatannya atau drpd sesuatu badan: Presiden yg baru itu telah ~ lima orang pegawai kanan tentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyingkirkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Setahu saya, kata tanya tidak harus wujud dalam ayat penyata, tetapi pada praktikalnya kita sukar untuk menyingkirkan segala kata tanya dalam ayat penyata. Misalnya: Ahmad rambang mata kerana tidak tahu kasut mana yang harus dipilihnya. Bagaimanakah kita dapat menyingkir kata tanya dalam ayat seumpama ini? terima kasihAyat yang gramatis: Ahmad rambang mata kerana tidak tahu kasut yang harus dipilihnya. - kata tanya mana tidak perlu hadir dalam ayat ini kerana menjadi lewah bagi ayat tersebut.Tatabahasa06.12.2010
salam apakah perbezaan antara mengetepikan dengan mengenepikan.sekian terima kasih

Perkataan yang betul ialah 'mengetepikan' yang bermaksud memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan mengetepikan kain-kain buruk yang berselerak di rumah itu; 2. tidak mementingkan, mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka terpaksalah dia mengetepikan  harga dirinya; 3. tidak mengendahkan, tidak mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya mengetepikan  idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak mengetepikan Datuk Bendahara; 5. mengeluarkan (drpd pertandingan dsb), menyingkirkan, mengesampingkan: Belanda dgn Rusia telah mengetepikan  semua pasukan terkemuka dunia; 6. membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa mengetepikan  keputusan Mahkamah Tinggi. Tiada perkataan 'mengenepikan kerana kata dasarnya ialah 'ketepi'. Oleh itu, huruf yang gugur hanya di awal, iaitu 'k'. 

Tatabahasa11.10.2010
apakah perbezaan penggunaan antara perkataan sedar dan menyedari? Bilakah sesuai menggunakan istilah sedar dalam ayat?Mengikut Kamus Dewan Bahasa makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf, mengerti. 2. ingat kembali, bangun atau jaga (drp. tidur), siuman semula. Contoh ayat:  kau pun sedar bahawa penduduk kampung ini sudah lama menyuruh aku menyingkirkan kau dari sini. Menyedari pula ialah mengetahui (dengan rasa insaf), menginsafi. Contoh ayat: dia mula menyedari bahawa perbuatannya itu adalah satu dosa.



Sastera06.04.2013

Kembali ke atas