"Kadangkala,aku dan bapa turut menyingsing lengan membantu datuk di kebun." Adakah "menyingsing lengan" merupakan simpulan bahasa | Untuk makluman tidak terdapat simpulan bahasa tentang menyingsing lengan dalam sistem rujukan kami. Maksud menyingsing membawa maksud menyingsingkan menarik ke atas (kain, lengan baju, dan lain-lain) supaya pendek. | Tatabahasa | 27.04.2016 |
apakah maksud dihindari | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna dinihari ialah fajar belum menyingsing, lebih kurang pukul 3-5 pagi, pagi-pagi benar. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 12.04.2009 |
Apakah terjemahan yang tepat bagi "Dawn of the Light" - Fajar kepada Cahaya atau hanya Fajar Cahaya? | "Dawn of the Light" lebih sesuai diterjemahkan sebagai "Fajar Menyingsing". | Makna | 28.08.2019 |
Saya tidak menemukan perkataan menyinsing dan sinsing dalam kamus dewan.Apakah maksud perkataan tersebut | Untuk makluman tidak terdapat perkataan menyinsing dan sinsing. Ejaan yang betul ialah singsing dan menyingsing. Maksud kedua-dua perkataan tersebut ialah 1. menarik ke atas (kain, lengan baju, dll) supaya pendek, menggulung (supaya pendek) 2. hilang (awan, kabus, dll), lenyap, menyisih 3. mulai terbit (fajar), mulai terang 4. menyingkap, mendedahkan | Makna | 26.07.2011 |
1) Adakah simpulan bahasa merupakan kata-kata yang kita warisi dari nenek moyang ataupun kata-kata yang kita boleh cipta sendiri mengikut peredaran zaman. 2) Antara kata-kata yang saya perolehi fajar menyingsing, bulan bahasa, bahasa isyarat dan bintang filem. Ada pihak mengatakan kata-kata ini merupakan simpulan bahasa. Benarkah? | Ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya seperti kaki ayam, telinga kuali, tangkai jering dan sebagainya. Ungkapan seperti fajar menyinsing, bulan bahasa, bahasa isyarat dan bintang filem bukan tergolong dalam simpulan bahasa. | Tatabahasa | 21.07.2010 |