Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyon.dong] | مڽوندوڠ

Definisi : mencari (menangkap) udang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyondong


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "menyondong" bermaksud "mencari (menangkap) udang". Tetapi dalam PRPM, di bawah istilah Malaysia (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=menyondong), "menyondong" digunakan sebagai kata kerja untuk "condong". Bolehkah kita guna imbuhan kata kerja meny- untuk perkataan "condong", iaitu "menyondong" untuk konteks lain juga?Kata terbitan yang betul ialah mencondong, iaitu menjadi condong. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=mencondong untuk lebih lanjut.Tatabahasa13.03.2015
Mohon beri nasihat mengenai terjemahan untuk perkataan "tilting". Konteksnya ialah "tilting the camera down". Jika saya guna perkataan "condong" sebagai terjemahan bagi "tilt", bolehkah saya guna "menyondong" sebagai terjemahan bagi "tilting"? Dalam PRPM, perkataan "menyondong" bermaksud "mencari (menangkap) udang", tetapi "menyondong" juga digunakan di bawah istilah Malaysia dan membawa maksud condong. "Tilting the camera down" patut diterjemahkan sebagai: 1) Menyondong kamera ke bawah atau 2) Condongkan kamera ke bawahTilting boleh diterjemahkan kepada dongak, condong atau senget bergantung pada konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan12.03.2015

Kembali ke atas