Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyo.ro/] | مڽوروق

Definisi : Kd bersarapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyo.ro/] | مڽوروق

Definisi : 1. masuk ke dlm sesuatu dgn merangkak (membongkok), menyusup atau menyelodok dgn membongkok; 2. ki me­nyembunyikan diri, bersembunyi; ~ di balik lumbung prb menyembunyikan sesuatu hal yg mudah atau sudah diketahui orang; ~ hilang-hilang, memakan habis­-habis prb jika mengerjakan sesuatu pekerjaan rahsia hendaklah pandai-pandai benar me­nyimpannya; sementara ~, ekor habis prb perihal seseorang yg malang nasibnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyo.ro/] | مڽوروق

Definisi : 1 masuk dgn me­rangkak atau dgn membongkok; me­nyu­sup: Ketika berburu, kami ~ dlm semak dan belukar. 2 menyembunyikan diri; bersembunyi: Pijat-pijat biasanya ~ di celah-celah tilam atau di celah-celah katil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sorok
Kata Terbitan : menyorok, menyorokkan, tersorok,

Puisi
 

Ayam todak sendiri batang,
     Sorok menyorok depan perahu;
Abang hendak sendiri datang,
     Suruh-menyuruh saya tak mahu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sementara menyorok ekor habis.

Bermaksud :

Orang yang malang nasibnya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, betulkah penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat ini? - Chu Yong menyorok di belakang seketul batu besar. Terima kasih.

Jika dalam saiz yang kecil lazimnya digunakan sebiji batu, jika dalam bentuk gumpalan seperti tanah boleh digunakan seketul batu dan sekiranya besar sehingga orang boleh menyorok di belakang, tidak perlu  diletakkan penjodoh bilangan.

Tatabahasa11.08.2014
apakah maksud tersusup - sasap?Makna susup-sasap ialah menyorok (masuk) ke sana ke mari.Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1555. Makna02.06.2008
saya ingin mengetahui maksud susup-sasap dengan lebih jelasSusup-sasap bermaksud menyorok (masuk) ke sana ke mari.Makna20.09.2011
Adakah penggunaan kata yang BERHURUF BESAR betul dalam konteks ayat ini? 1) BARISAN pokok-pokok pinang itu memisahkan tanah Pak Ali dengan Pak Seman. (barisan bermaksud "jamak"?) 2) Sikap penjaja yang menyorok barangan menyebabkan KURANG dalam pasaran. (sepatutnya kekurangan?)1) BARISAN pokok-pokok pinang itu memisahkan tanah Pak Ali dengan Pak Seman. Barisan bermaksud deretan dan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. 

2) Sikap penjaja yang menyorok barangan menyebabkan kekurangan bekalan dalam pasaran.
Tatabahasa02.08.2013
takrif pembetung,penyusupan dan sistem pembentunganPembetungan bermaksud kerja-kerja membuat atau membubuh paip untuk saliran air; penyusupan bermaksud perbuatan menyorok ke bawah, dan seistem pembetungan bermaksud sistem penyaliran najis, air kumbahan dan sebagainya ke loji pemprosesannya melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah.Makna29.10.2009
Mohon penjelasan yang manakah ayat yang betul dan yang manakah ayat yang salah? I Saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian tuan menyampaikan hadiah. II Persahabatan di antara Malaysia dan Indonesia telah lama terjalin. III Perbuatan adik saya menyorok di dalam almari memang berbahaya. IV Burung helang itu bersarang di celah dahan yang tinggi.Salam sejahtera, Soalan 1, di atas tukar kepada atas. Soalan 2, betul. Soalan 3, betul. Soalan 4, betul. Sekian, terima kasih.Tatabahasa21.03.2020
Apakah maksud: 1. Jejantung 2. Jari-jari 3. Kipas-kipas 4. Lelabu 5. Pepijat 6. Susup-sasap1. Perkataan jejantung tiada dalam data kami.
2. Antara tujuan penggandaan kata ialah sebagai penanda kesamaan atau keserupaan. Contohnya: jari-jari  atau jejari , bermaksud rupanya seperti jari. Contohnya: Jejari basikal. Kata jamak bagi jari ialah jari-jari atau jari-jemari yang bermaksud anak-anak jari.
3. Kipas-kipas bermaksud banyak kipas.
4. Labu bermaksud a) sj buyung, bekas air, kendi; b) benda bulat perhiasan puncak masjid dll; c) Id bakul bulat yg digantung pd tiang di pelabuhan (utk menandakan kapal sudah boleh masuk);

5. Pepijat ialah nama sejenis kutu yg busuk baunya; kepinding, Cimex lectularius.

6. Susup-sasap bermaksud menyorok (masuk) ke sana ke mari.

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78.

Tatabahasa20.12.2013

Kembali ke atas