1Apakah perbezaan anatara "menyuap" dan "menyuapkan"? a. Saya menyuapkan nenek bubur. b. Saya menyuap nenek bubur. 2Adakah rakyat jelata yang bercakap dengan sultan boleh menggunakan "patik"? atau guna"hamba"? Sekian, terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah Saya menyuap nenek bubur dan Dia menyuapkan bubur ke dalam mulut anaknya. Sila rujuk kamus untuk melihat perbezaan makna antara menyuap dan menyuapkan serta konteks penggunaan kedua-dua kata tersebut. 2. Rakyat jelata yang bercakap dengan sultan membahasakan dirinya patik. | Tatabahasa | 28.01.2015 |
1)Akmal menendang sekuat hati bola itu.2)Nisa menyuap dengan tertib makanan itu. 3)dengan bersukan , badan menjadi sihat. 4)Pak Mail memukul ular itu dengan sebatang kayu. | Ayat pertama dan kedua salah kerana memisahkan kata kerja transitif dengan objeknya. Ayat kedua dan keempat betul kerana mengikut rumus tatabahasa bahasa Melayu. | Tatabahasa | 10.03.2011 |
Adakah struktur ayat di bawah ini betul? Produk yang unik ini mempunyai tiga kompartmen sesuai bagi melatih kanak-kanak untuk belajar makan secara sendiri. | Produk unik ini mempunyai tiga kompartmen yang sesuai bagi melatih kanak-kanak untuk belajar menyuap makanan. | Tatabahasa | 17.03.2014 |
Please help to check the BM translations as below:- 1. Soft and safe for feeding your baby 2. Rounded spoon shape for easy scooping of food 3. Easy-to-grip long handle for easy feeding Cadangan terjemahan:- 1. Sudu yang lembut dan selamat untuk menyuap bayi anda. 2. Kepala sudu berbentuk bulat untuk menyenduk makanan dengan mudah. 3. Pemegang sudu yang panjang mudah dipegang semasa memberi makanan. Sekian, terima kasih. | Padanan terjemahan yang dicadangkan adalah betul penggunaan bahasanya. | Tatabahasa | 26.06.2018 |
1) Soft and safe to use for feeding your baby. 2) Coated with high quality soft and durable silicone material. 3) Perfect size for baby’s mouth. 4) Rounded bowl shape for easy scooping of food. 5) Soft silicone bowl gentle on tender gums. 6) Easy-to-grip long handle for easy feeding. Please help to check the translation in BM as below: 1) Lembut dan selamat digunakan untuk memberikan makan kepada bayi. 2) Dilapisi dengan bahan silikon lembut dan tahan lama yang berkualiti tinggi. 3) Saiz sempurna untuk mulut bayi. 4) Bentuk mangkuk bulat untuk membuat makanan mudah. 5) Sangkar silikon lembut pada gusi lembut. 6) Mudah mengendalikan genggaman yang panjang untuk memberikan makan dengan mudah. Sekian terima kasih :) | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1) (Sudu yang) / Lembut dan selamat digunakan untuk menyuap bayi anda. 2) (Botol dilapisi) /Dilapisi bahan silikon lembut dan tahan lama yang berkualiti tinggi. 3) Saiz sesuai dengan mulut bayi. 4) Mangkuk berbentuk bulat untuk menyenduk makanan dengan mudah. 5) Mangkuk silikon lembut sesuai untuk gusi lembut. 6) Pemegang (botol/sudu) yang panjang mudah dicengkam semasa memberikan makanan. Perkataan dalam kurungan perlu ada jika teks tidak disertakan dengan gambar. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.06.2018 |