Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.su.kan] | مڽوسوکن

Definisi : 1. menyusui: mereka menye­rahkan kanak-kanak yg baru lahir kpd perempuan lain utk disusukan; 2. mem­biarkan menghisap susu (menyusu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyusukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul? 1 Kakak membantu ibu menyusukan adik. 2 Kakak membantu ibu untuk menyusukan adik. 3 Kakak membantu ibu menyusui adik. 4 Kakak membantu ibu untuk menyusui adik.Ayat yang betul ialah 1. Kakak membantu ibu menyusukan adik.Tatabahasa08.04.2013
Tuan/Pun, Mohon nasihat pihak puan/tuan mengenai gantinama yang sesuai dalam ayat di bawah bagi "they". Source: Therefore, if your child is pregnant or breastfeeding, they cannot take part in this study. Target: Oleh itu, jika anak anda hamil atau sedang menyusukan bayi dengan susu badan, dia tidak boleh mengambil bahagian dalam kajian ini. Bolehkah kita menggantikan "dia" kepada "mereka" dalam ayat di atas walaupun hanya seorang anak sahaja yang menyertai kajian ini. Sekian, terima kasih.

Gunakan ganti diri dia untuk merujuk kepada seorang peserta kajian.

Makna24.07.2021

Kembali ke atas