Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (mér) Kl menghisap susu ibu (oleh kanak­kanak kecil). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mer


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya ingin mendapat kepastian berhubung perkataan 'merubah' yang menerima imbuhan 'mer' sedangkan imbuhan ini tidak wujud dalam tatabahasa bahasa Melayu. Manakala perkataan 'merbahaya' pula salah dari segi tatabahasa. Terima kasih.Dalam bahasa Melayu tidak ada awalan meR-, yang ada ialah awalan meN- atau beR-, oleh itu kata terbitan yang betul ialah mengubah atau berubah (bukan merubah). Begitu juga dengan kata merbahaya yang salah pembentukan katanya, yang betul ialah berbahaya (awalan beR-). Tatabahasa05.05.2009
Salam sejahtera, Adakah "Mere Receipt" sesuai diterjemahkan sebagai "Resit tanda", "Resit Mer" atau "Resit semata-mata"? Jika tidak, sila nyatakan pendapat anda. "Merereceipt" adalah sejenis resit yang dikeluarkan oleh pihak bank. Contoh ayat: The terms of the Contract of Mere Receipt Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang mere receipt dalam pangkalan data kami. Kami juga tidak menemukan sebarang maklumat melalui carian di internet.Penyemakan dan penterjemahan12.01.2018
Khidmat nasihat DBP menjelaskan bahawa perkataan "merbahaya" tidak wujud sebab tiada imbuhan "mer". Tetapi perkataan "merbahaya" masih banyak digunakan di bawah seksyen istilah DBP seperti hazardous material ialah "bahan merbahaya" dan sebagainya. Mohon jelaskan. Terima kasihPerkataan merbahaya pernah digunakan pada waktu dahulu.  Sekarang tidak lagi digunakan.  Perkataan yang betul ialah marabahaya yang bermaksud bermacam-macam bencana atau bahaya.

1. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, memang ada merakamkan istilah merbahaya tetapi ditulis sebagai merbahaya -> marabahaya. Untuk makluman saudara, tanda  anak panah  (->) bererti lihat. Oleh itu perkataan yang betul ialah marabahaya.
Istilah21.07.2014
Saya mahu tahu imbuhan bagi perkataan ubah. Bolehkan menulis merubah?? Adakah imbuhan 'mer'? Setahu saya hanya ada mengubah. Dalam lirik lagu Siti - Bukan Cinta Biasa ada menggunakan ejaan merubah. Contoh: Andai ku bisa merubah semua Hingga tiada orang terlukaTidak ada imbuhan mer_.  Imbuhan yang betul ialah meng-  --> mengubahEjaan21.05.2014
Assalamualaikum... Saudara, Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang perkataan 'merubah'. Mengapa perkataan ini diterima sedangkan tiada imbuhan 'mer' dalam bahasa Melayu? Terima kasih.Di bawah entri ubah kata terbitan yang ada antaranya ialah berubah, mengubah, perubahan dan mengubahkan, manakala kata terbitan merubah berasal dari kata dasar rubah yang bermaksud  berubah menjadi lain, atau bertukar rupa, warna, dan lain-lain. Tatabahasa03.08.2009
Mana yang betul? 1. Mengesan gas berbahaya. 2. Mengesan gas merbahaya.Mengesan gas berbahaya.
 
Dalam tatabahasa bahasa Melayu, tiada imbuhan mer-.
Tatabahasa05.09.2012
Apakah bezanya perkataan 'merbahaya' dan 'berbahaya' dan bagaimanakah penggunaannya?

Encik Choo,

 

Perkataan yang betul ialah berbahaya. dalam bahasa Melayu tidak ada imbuhan 'mer', tetapi imbuhan 'ber'. Contoh penggunaan: Jalan raya itu berbahaya kepada orang awam kerana banyak kenderaan berat menggunakan jalan ini.  

Tatabahasa16.04.2010
Terima kasih untuk jawapan yang telah diberikan. Bagaimana pula dengan perkataan berikut (dipenggalkan mengikut suku kata)? fisiologi, nasional, Tae kwan do, skuasy, akuarium, raspberi, paus, arkeologi, sfera, (Pokok) jemerelang: je me re lang atau je mer e lang?Penggalan suku kata adalah seperti yang berikut:
(fi-si-o-lo-gi), (na-si-o-nal), (Tae-kwan-do), (skua-sy), (a-ku-a-ri-um), (rasp-be-ri), (pa-us), (ar-ke-o-lo-gi), (sfe-ra), (Po-kok) (je-me-re-lang).
Tatabahasa19.04.2013
Cikgu DBP, kenapakah "merbahaya" adalah salah dan "berbahaya" adalah betul?
Perkataan yang betul ialah berbahaya. dalam bahasa Melayu tidak ada imbuhan 'mer', tetapi imbuhan 'ber'. Contoh penggunaan: Jalan raya itu berbahaya kepada orang awam kerana banyak kenderaan berat menggunakan jalan ini.  
Ejaan19.05.2014
Salam.. Kesesuaian ayat pada papantanda.. i) 'Selekoh Merbahaya' atau 'Selekoh Berbahaya'

Salam sejahtera,

Perkataan yang betul ialah berbahaya. dalam bahasa Melayu tidak ada imbuhan 'mer', tetapi imbuhan 'ber'. Contoh penggunaan: Jalan raya itu berbahaya kepada orang awam kerana banyak kenderaan berat menggunakan jalan ini.


Jadi, jawapan yang tepat ialah 'Selekoh berbahaya'

Tatabahasa11.11.2012
12

Kembali ke atas