perkataan sama erti bagi "merajuk" | Makna bagi merajuk ialah menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap, enggan bekerjasama, enggan bergaul. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. Terima kasih. | Makna | 01.11.2007 |
mencari seerti perkataan : (1)Benci, (2)kandang kuda, (3)cerdik pandai, (4)sifar, (5)merajuk, (6)kena seksa. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan seerti bagi perkataan-perkataan tersebut ialah; benci=tidak suka. Kandang kuda=bangsal kuda. Cerdik pandai= dapat mengerti dgn cepat, cerdik, pintar. Sifar=(angka) kosong. Merajuk= menunjukkan rasa tidak suka. Kena seksa= kesengsaraan (kesusahan, kesakitan, dll) atau kena dera. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan untuk pengetahuan saudara/ saudari, kami tidak menjawab sebarang soalan yang berbentuk teka silang kata. Harap maklum. | Makna | 27.10.2007 |
Guru itu tidak disukai oleh pelajarnya kerana dia seorang yang pelekas/pelekas marah. dalam kamus dewan, pelekas ialah orang yg lekas marah. jadi untuk kata pelekas perlu ke letak pelekas marah atau pelekas sudah cukup? selain marah, apa lagi kata yang boleh digunakan utk menggambarkan pelekas? tq | Pelekas merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah orang yg lekas (marah, merajuk dll). Lekas ialah dlm waktu yg singkat; cepat; segera: ~ pulang kerana hari sudah senja. melekaskan membuat sesuatu supaya lekas; menyegerakan: Utk ~ kerja itu, ia mengambil seorang jurutaip lagi. memperlekas menjadikan lebih lekas. pelekas orang yg lekas (marah, merajuk dll). selekas; ~ mungkin, = selekas-lekasnya paling lekas; secepat mungkin. | Tatabahasa | 31.03.2010 |
Bolehkah anda kenal pasti kesalahan dalam ayat berikut? 1.Kemeja yang tersinggung pada paku di dinding itu diambil oleh kakak untuk dicuci. 2.Ketika berasak-asak hendak menaiki bas, siku Marlia tersinggung kepala seorang kepala kanak. 3.Hati-hati ketika berbicaragadis itu kerana hatinya mudah tersinggung. 4.Kadang-kadang kata-katanya tersinggungperasaan orang lain. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersinggung ditakrifkan sebagai 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati manakala menyinggung ditakrifkan sebagai 1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll). Berdasarkan huraian tersebut, saudara boleh mendapatkan jawapan pada pertanyaan yang dikemukakan. | Tatabahasa | 13.12.2010 |