Slm, Boleh tak puan/tuan check ayat di bawah ini betul ke tak. Thanks. -Burung merak terkenal dengan bulu ekornya yang bermata. -Burung merak akan mengembangkan bulu ekornya untuk menghasilkan bentuk kipas semasa upacara mencari pasangan. | Burung merak terkenal dengan bulu ekornya yang bermata. Burung merak akan mengembangkan ekornya untuk menghasilkan bentuk kipas semasa mencari pasangan. | Tatabahasa | 29.08.2016 |
Bolehkah beri maksud bagi peribahasa di bawah ini, kerana saya sudah cari banyak buku rujukan atau peribahasa tetapi masih tidak dapat cari... 1 kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari 2 dendam tak sudah 3 ambil mudah 4 merak mengigal di hutan Terima kasih. | Sdr. Gan, 1. maksudnya- jika berkasih sayang biarlah daripada mula kita bercinta hinggalah ke akhir hayat. bukannya sampai separuh jalan berpisah. 2. bermaksud seseorang yang berdendam dengan seseorang dan tidak mahu pula memaafkannya sampai bila-bila 3. Melakukan sesuatu kerja dengan tidak mahu berfikir panjang, asal siap sudah 4. yang ini saya pernah dengar tetapi pada ketika ini masih belum dapat berikan maknanya. | Makna | 01.12.2010 |
Adakah bandingan semacam tergolong dalam peribahasa? | Bandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan. Bandingan semacam pada umumnya digunakan dengan perkataan macam, seperti, bagai dan laksana. Contohnya adil macam hakim, angkuh macam merak dan bebas macam burung. Manakala peribahasa pula adalah bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu (Kamus Pelajar Edisi Kedua).Contoh peribahasa "ibarat sudah jatuh ditimpa tangga". | Tatabahasa | 09.06.2014 |
Adakah bandingan semacam tergolong dalam peribahasa ? | Salam sejahtera, Bandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan. Bandingan semacam pada umumnya digunakan dengan perkataan macam, seperti, bagai dan laksana. Contohnya adil macam hakim, angkuh macam merak dan bebas macam burung. Manakala peribahasa pula adalah bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu (Kamus Pelajar Edisi Kedua).Contoh peribahasa "ibarat sudah jatuh ditimpa tangga". Sekian, terima ksih. | Tatabahasa | 17.03.2018 |
Tolong beri takrif - Bandingan Semacam berserta senarai bandingan semacam | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Namun melalui carian di Internet, kami temukan beberapa maklumat yang boleh membantu saudara. Bandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan. Bandingan semacam pada umumnya digunakan dengan perkataan macam, seperti, bagai dan laksana. Contohnya adil macam hakim, angkuh macam merak dan bebas macam burung.
| Tatabahasa | 13.03.2013 |
Sama erti / makna - Oneng-oneng, berbarau, berbotok, cecawi, cecekak, dedalu, dedamak, dedaru, dedaup, memaya, tetuban. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. oneng-oneng - anak piut (keturunan yg kelima) 2. berbarau - nama sejenis burung, Pycnonotus zeylanicus 3. berbotok - perkataan "berbotok" tidak ada dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah bebotok yang bermaksud sejenis lauk ikan yang dirempahi, dibungkus dengan daun, dan dikukus. 4. cecawi - beberapa jenis burung, Dicrurus spp. 5. cecekak - perkataan ini tidak ada dalam pangkalan data kami 6. dedalu - 1. sejenis tumbuhan (pokok), dalu; 2. sejenis tumbuhan (pokok), Salix tetrasperma; 7. dedamak - perkataan ini tidak ada dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah dedamak bulu, dedamak asam, dedamak air yang merujuk kepada jenis tumbuhan 8. dedaru - sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Icacinaceae, kayunya sesuai dibuat perabot, papan lantai, dll, samala (di Sabah), Cantleya corniculata. 9. dedaup - 1. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar jambul merak, akar suluh, Bauhinia cornifolis; 2. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kangkatuk, kempaga, Bauhinia flammifera; 3. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kait-kait rimba, katup-katup, Bauhinia bidentata. 10. memaya - sejenis tumbuhan (pokok), Homa-lanthus populneus. 11. tetuban - selaput pembungkus janin (dalam kandungan) dan tembuni | Makna | 02.04.2014 |