Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.rang.ka] | مراڠک

Definisi : membuat atau mengatur rangka (rancangan, rencana, dll) utk sesuatu: malam itu abang ~ jadual utk esok; baginda akan membaca titah diraja yg ~ dasar kerajaan; dia ~ program yg akan diisinya kelak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rangka (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerangka: tulang-tulangan, tengkorak, bengkarak, ragangan, rongkong, bingkai,

2. Bersinonim dengan rancangan: rencana, buram, bagan, draf, rang,

Kata Terbitan : berangka, merangka, merangka-rangka, perangkaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kegagalan murid merangka isi-isi penting dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.Dalam sesuatu penulisan, aspek yang penting ialah isi. Kekuatan isi akan mencerminkan pemikiran dan keseluruhan penulisan yang dihasilkan. Murid-murid perlu didedahkan untuk mengenal pasti antara isi dengan huraian. 

Murid-murid perlu banyak membaca dan membuat rujukan untuk mencari isi bagi karangan. Dengan pembacaan, murid-murid akan mudah merangka isi dan mendapai idea untuk menghasilkan penulisan.
Tatabahasa31.03.2013
Apakah yg dimaksudkan dengan sukan proaktifTidak ada maklumat tentang sukan proaktif dalam pangkalan data kami. Untuk makluman tuan proaktif bermaksud sikap positif (individu, institusi dll) merangka atau melakukan sesuatu tindakan (setelah difikir masak-masak) jauh lebih awal daripada berlakunya sesuatu perkara yang sememangnya memerlukan tindakan yang berkenaan (tindakan tidak dilakukan hanya setelah sesuatu hal itu berlaku).Makna04.07.2013
Assalamualaikum & Selamat sejahtera. Saya Salmi dari Primechem Malaysia Sdn. Bhd. Syarikat kami ingin menukar papan tanda untuk tujuan pengambilan pekerja asing. Soalan saya: 1. Apakah prosedur dan syarat - syaratnya? 2. Berapakah bayaran untuk proses penukaran? 3. Perlukah kami merangka lakaran visual untuk diberikan kepada pihak DBP? Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu dengan kadar segera. Sekian terima kasih, (Ms) Salmi Suhana Binti Mohd Shuhaimi Assistant, HR Address: PTD113388, Jalan Penaga 18, Taman Perindustrian Kota Putri, 81750 Masai, Johor, Malaysia. Tel: +607 388 5566 I Fax: +607 388 5599 Email: salmi.shuhaimi@primechem.com I Skype: pcmjb.hr3 I Website: www.primechem.com _______________________________________1. Pihak tuan hanya perlu membawa lakaran visual iklan untuk kami semak penggunaan bahasa dalam iklan tersebut. Iklan yang disahkan ialah iklan yang mengandungi bahasa kebangsaan atau bahasa kebangsaan bersama-sama bahasa lain. Semua perkataan perlu diterjemahkan dalam bahasa kebangsaan kecuali bagi nama syarikat dan slogan yang telah didaftarkan. Penyemakan boleh dilakukan melalui kunjungan ke ARAS 25, BAHAGIAN PENGUATKUASAAN, MENARA DBP atau melalui laman http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk pengesahan iklan.
2. Kami hanya menyemak penggunaan bahasa dan tiada bayaran dikenakan setakat hari ini. 
Lain-lain07.11.2016
Apakah perbezaan antara kata rencana dan rancang? Adakah perbezaan dari segi semantiknya?

Perkataan "rencana" membawa maksud karangan, catatan, rancangan dan acara. Manakala perkataan "rancang" pula membawa maksud mengatur, merencana, menjadualkan, merangka, menyusun, mempersiapkan dan menyediakan. Perbezaan dari segi semantik dilihat berdasarkan konteks penggunaan perkataan tersebut dalam ayat.

Tatabahasa18.01.2020
Soalan ini telahpun diajukan dan jawapan yang diberikan ialah Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Terima kasih Tetapi bagi saya soalan itu tidak dijawap secara tepat. Apabila ditanya KAPAN BAHASA MALAYSIA DIJADIKAN BAHASA NASIONAL maka perlu dijawab dengan memberitahu tahun dan kemudian barulah dinyatakan dimasukkan dalam perlembagaan. Jadi mohon jasa baik pihak yang menjawab soalan peka dengan soalan yang ajukan. SEKALI LAGI SOALAN YANG DIAJUKAN. Hardian Nugraha Saya hendak bertanya? Sejak kapan bahasa malaysia dijadikan sebagai bahasa nasional , ti mungkin tidak ya dulu isi sumpah pemuda (sebelum indonesia merdeka) malaysia masuk wilayah indonesia Ety Nur HayatiPada tahun 1956, Suruhanjaya Reid yang bertanggungjawab untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah memperakukan Perkara 152, iaitu bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Hal ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada 31 Ogos 1957. Kedudukannya terus kukuh apabila Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Malaysia terus terpelihara hingga kini.Lain-lain09.09.2015

Kembali ke atas