Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.rang.kai.kan] | مرڠکايکن

Definisi : menghubungkan berangkai-rangkai, memautkan, mengaitkan: tulang belakang terjadi drpd beberapa kerat tulang yg dirangkaikan oleh urat tendon; Indonesia sedang ~ kerjasama dgn dua lagi anggota OPEC; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.rang.kai.kan] | مرڠکايکن

Definisi : menghubungkan supaya berangkai-rangkai; mengaitkan: Awalan spt ber-, me-, ter- dirangkaikan dgn kata yg mengikutinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkai
Kata Terbitan : serangkai, berangkai-rangkai, merangkaikan, rangkaian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah tanda sempang digunakan untuk merangkaikan unsur bahasa Melayu dengan unsur bahasa asing. Contoh : meng-upgrade-kan di-chartertidak boleh. contoh penggunaan yang betul ialah ke-21.Tatabahasa03.11.2007
mengenal pasti atau mengenalpasti. horamat menghormati atau hormat-menghormati. terangkan sedikit tentang penggunaan tanda sempang.Penggunaan sempang i. kata ulang cth. anak-anak,ii. menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris,iii. memperjelaskan ungkapan,iv. merangkaikan huruf besar dgn huruf kecil, cnth. hamba-Mu, pro-Malaysia,v. merangkaikan ke dgn angka, cnth., ke-125, ke-2000. vi. hbgn. antara kata-kata pd rangkai kata setara tertentu atau istilah. cnth. alat pandang-dengar. Terima kasih.Lain-lain19.11.2006
ejaan kata sendi naaKata sendi bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain. Contoh kata sendi ialah di, ke, dari, kepada, daripada, dalam, akan, bagi, untuk, hingga, seperti dan oleh. Ejaan kata sendi 'di' sering dieja salah, misalnya bagi maksud menunjukkan arah , contoh di utara dan di Kuala Lumpur ; dan bagi membentuk kata kerja, contoh dimakan dan ditulis.Tatabahasa01.03.2008
Assalamualaikum Tuan/puan/cik, 1.Boleh atau tidak tanda sempang- digunakan untuk merangkaikan unsur bahasa Melayu dengan unsur bahasa asing.Contohnya: meng-upgrade-kan,meng-emel-kanBahasa Melayu tidak boleh dicampuradukkan dengan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain seperti contoh yang diberikan, ini juga dikenali sebagai bahasa rojak.Lain-lain20.01.2009
adakah muat turun dan muat naik ialah kata majmuk?Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Oleh itu, "muat turun" dan "muat naik"  ialah kata majmuk.Tatabahasa10.03.2013
ubahsuai (akronim)?Ubah suai ialah kata majmuk. Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu , dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Contohnya, kapal terbang dan gambar rajah. Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata. Contohnya, cerpen dan Bernama.  Tatabahasa04.07.2011
saya ber nama Afeeyah karoomo,sedang belajar Melayu dasar, ingin bertanya Tatabahasa,Apakah maksud kata majmuk, Terima kasihKata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya  kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan  unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72.Tatabahasa07.11.2013
'Se-Malaysia' atau 'Semalaysia' atau 'SeMalaysia'?Ejaan yang betul ialah Se-Malaysia. Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan se- dengan kata berikutnya yang dimulai dengan huruf besar.Ejaan27.05.2012
Bolehkah tuan berikan saya jenis-jenis kata majmuk dalam Bahasa Melayu utk kegunaan diri dan pelajar saya?

Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Jenis-jenis kata majmuk terbahagi tiga iaitu:

1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya.

2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks.

3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas.

Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 131.

Tatabahasa16.01.2008
Bagaimana nak beakan kata majmuk istilah khusus dengan rangkaian bebas? contoh 'ular sawa'.Syukran maassalaamah Tuan.Tatabahasa Dewan menerangkan kata majmuk ialah kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Tidak ada pembahagian kata majmuk istilah khusus dan kata majmuk rangkaian bebas kerana dalam bentuk penulisan umum kata tersebut berfungsi sebagai kata majmuk, manakala dalam penulisan ilmiah yang khusus kepada bidang tertentu kata tersebut dianggap sebagai istilah.Tatabahasa20.05.2011
1234

Kembali ke atas