| Selamat pagi, tuan. Berkenaan dengan kata kerja transitif dan tak transitif. (2 soalan) 1. merangkak - kata kerja tak transitif? Contoh Ayat(a) : Adik yang berumur 6 bulan sudah pandai merangkak. (b): Dia merangkak di bawah pokok. Adakah kedua-dua ayat penggunaan merangkak adalah betul? 2. bertempiaran - Adakah bertempiaran ialah kata kerja tak transitif? - Dia berlari bertempiaran. salah? kerana berlari : berlari (kata kerja) + bertempiaran(kata kerja) sepatutnya menjadi : lari bertempiaran. Dengan demikian, lari sekarang menjadi kata kerja dan bertempiaran ialah kata adverd. Adakah pemahaman saya ini betul? harap pencerahan. Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu. | 1. Perkataan “merangkak” merupakan kata kerja tak transitif. Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul. 2. Perkataan “bertempiaran” ialah kata kerja tak transitif. Walau bagaimanapun, contoh ayat yang diberikan tidak betul. Ayat yang betul ialah “Mereka bertempiaran apabila dikejar anjing.” Perkataan “berlari” tidak perlu digunakan kerana “bertempiaran” sudah membawa maksud berlari ke sana ke mari dengan tidak tentu arah atau haluan. | Tatabahasa | 21.04.2022 |
| Salam sejahtera, Berdasarkan gambar yang saya kirimkan apakah perbuatan yang sedang dilakukan? merangkak atau menyusur | Perbuatan yang tepat bagi gambar tersebut ialah "merangkak". | Lain-lain | 14.08.2009 |
| Adakah ayat berikut gramatis? 1. Anjing berlari pantas tetapi kura-kura merangkak perlahan. berbanding dengan ayat kedua seperti di bawah: 2. Anjing berlari dengan pantas tetapi kura-kura merangkak dengan perlahan. Bolehkah ayat pertama digunakan sebagai ayat yang bagus? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah anjing berlari dengan pantas tetapi kura-kura bergerak dengan perlahan. | Lain-lain | 17.01.2018 |
| penyu mengesot atau merangkak? | Jawapan yang betul ialah penyu berjalan perlahan. | Lain-lain | 13.03.2010 |
| MERONOT | Meronot bermaksud menyusup dengan merangkak (seperti bergerak di bawah rumah yang rendah lantainya). | Lain-lain | 30.06.2010 |
| Apakah kata kerja yang digunakan ke atas pergerakan cacing tanah dan siput? Merayap atau merangkak? | Kata kerja merayap paling sesuai untuk menggambarkan pergerakan cacing dan siput. Merayap merujuk perbuatan berjalan (untuk binatang kecil spt semut dll). | Lain-lain | 29.10.2008 |
| Seekor penyu sedang...........naik keatas pantai untuk mencari tempat bertelur yang sesuai A) menyusur B) mengesot C) merangkak D) melompat Apakah jawapan paling tepat sekali bagi tempat kosong tersebut. Sekian terima kasih | Jawapan yang sesuai ialah mengengsot. (éngsot); berengsot, berengsot-engsot 1. bergerak (beralih) sedikit-sedikit (perlahan-lahan), berkesot; 2. memulakan satu barisan cetakan atau tulisan lebih jauh dr garis tepi, inden; tidak ~ drpd bibir prb selalu disebut-sebut; mengengsot 1. berengsot: ia ~ menuju ke meja itu; 2. = mengengsotkan menggeserkan, mengesotkan perlahan-lahan. Lihat pula definisi mengesot kerana berbeza walaupun hampir sama. menegsot = bergerak (beralih) dgn menggeserkan atau mengengsotkan punggung, berengsot: anaknya belum boleh berjalan, baru pandai mengesot; dgn mengesot sedikit anak muda Inggeris itu menghampiri Doris; | Tatabahasa | 25.10.2012 |