Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.rang.kap] | مرڠکڤ

Definisi : 1. memakai dua atau tiga lapis (baju dll), mengembarkan dua tiga helai men­jadi satu: dua helai kain dirangkap utk pe­nutup motokar ini; kuliah-kuliah itu boleh dirangkap beberapa kuliah disatukan; 2. yg juga (memegang dua atau tiga tugas sekali gus, atau mempunyai dua atau tiga fungsi sekali): Timbalan Perdana Menteri ~ Menteri Pertahanan; pengarah baru Proton ~ pengu­­rus besar bahagian korporat; bilik tidur ~ bilik makan; bilang ~ Pr membilang dua-dua sekali (sekali sepasang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.rang.kap] | مرڠکڤ

Definisi : 1. menelungkup dgn tapak tangan yg dilengkungkan; 2. menang­kap dgn kedua-dua belah tapak tangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.rang.kap] | مرڠکڤ

Definisi : memegang dua tiga jawatan sekali; menjalankan dua tiga tugas sekali: guru besar ~ guru sains. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkap
Kata Terbitan : merangkap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Seorang ADUN dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). Jawatan ADUN ialah hakiki, sedangkan EXCO ialah lantikan, lebih tinggi dari jawatan ADUN. Bolehkan disebut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dungun?Boleh disebut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dungun.Lain-lain01.10.2014
Mohon mendapat jawapan Lihat lampiran soalan yang dikemukakan (Rusli bin Kamaruddin) PA Y.B. Dato' Speaker merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. 04-2611955

Lihat Lampiran

Tatabahasa19.10.2011
Tuan, Apabila kita berurusan dengan Menteri Pelajaran sekarang apakah gelaran tepat yang mesti digunakan'YB' atau 'YAB' kerana pada hakikat sebenar beliau juga adalah YAB (TPM)? T.Kasih Hassan Sheikh SeylanYAB Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Dalam hal ini kita mengambil gelaran tertinggi beliau, walaupun kadangkala urusan yang dilakukan atas kedudukan beliau sebagai Menteri Pelajaran. Oleh itu, gelaran yang tepat ialah YAB.Lain-lain23.06.2011
antara perkataan ( Penggaraan ) dan ( Penyelenggaraan ) Kaedah yang bagaimana untuk kita menggunakan perkataan PENYENGGARAAN dan PENYELENGGARAAN. CONTOH: 1. (a) Kumpulan Wang Amanah Penyenggara Jalan atau (b) Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan CONTOH: 2. (a) PENYENGGARA jalan-jalan negeri atau (b) PENYELENGGARAAN jalan-jalan negeri 3. (a) JAWAPAN atau JAWABAN Mohon Mendapat jawapan seberapa segera. Terima Kasih. (Rusli Bin Kamaruddin) PA Yang di-Pertua Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG.1. Penyenggara Jalan  dan penyelenggara jalan, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata selenggara dan senggara pada asasnya mempunyai mana yang sama. Hal ini demikian, kerana kata selenggara dan senggara ialah sesuatu perbuatan mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan. Perkataan senggara apabila menerima sisipan 'el' di tengah-tengahnya menjadi selenggara.

2. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab.
Tatabahasa27.02.2014
1. Apakah kata dasar bagi perkataan "Permohonan" Pohon atau Mohon. 2. Untuk membentuk ayat bagi tajuk surat yang betul, yang mana saya sesuai dan betul penulisannya. Sama ada i) POHON KHIDMAT KAUNSELING ii) MEMOHON KHIDMAT KAUNSELING atau iii) PERMOHONAN KHIDMAT KAUNSELING 3) Untuk membentuk ayat yang betul, yang mana saya betul sam ada, i) Dipohon kerjasama tuan atau ii) Dimohon kerjasama tuan. mohon mendapat penjelasan secepat mungkin. terima kasih. t.t. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker merangkap Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG.

1. Kata dasar permohonan ialah mohon. 

2. Ayat yang paling tepat untuk tajuk surat ialah "PERMOHONAN KHIDMAT KAUNSELING"

Tatabahasa18.07.2011
1) Perkataan berganda contoh ( Buah-buahan Tempatan Malaysia ) atau ( Buah-Buahan Tempatan Malaysia ) - sama ada huruf b yang kedua itu ( b - huruf kecil atau B huruf besar) - sama juga seperti Penasihat Undang-Undang. huruf u yang kedua itu huruf besar atau huruf kecil. 2) Perkataan negeri. di tulis dengan huruf kecil atau besar. - Kalau Negeri Melaka. perkataan negeri itu di tulis dengan huruf besar. - kalau negeri sahaja tanpa diikuti dengan nama khas. Adakah ia juga ditulis dengan huruf kecil atau huruf besar. terima kasih. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. 04-2611955

1) Perkataan kedua dalam kata ganda ditulis dengan huruf kecil seperti contoh Buah-buahan Tempatan Malaysia, begitu juga dengan Penasihat Undang-undang.

2) Perkataan negeri ditulis dengan huruf kecil seperti negeri-negeri di Malaysia dan negeri Melaka kecuali nama yang telah diwartakan seperti Negeri-Negeri selat (kata gandanya hururf besar dan negeripun huruf besar).

Ejaan24.12.2011
Saya ingin tahu. Perkataan dalam Bahasa Inggeris, kalau (NAMA KHAS) khas adakah ianya perlu di italic kan atau tidak? Selain daripada (NAMA KHAS) saya rasa ia perlu di italic kan. BETUL ATAU TIDAK. Lihat petikan ini yang saya dapat dalam laman web DBP Minda Tertutup Memori Terhakis Dunia Bahasa, Pilihan Utama Penyokong PPSMI yang hingga kini enggan mengakui kalah, cuba mengelirukan penggubal dasar dan orang ramai tentang penggunaan bahasa Inggeris dengan penguasaan sains dan matematik. SOALAN: 1) Saya ingin tahu. Perkataan bahasa Inggeris. Mana satu penulisannya yang betul. (a) Bahasa Inggeris ATAU (b) bahasa Inggeri. Perkataan bahasa itu ( huruf besar atau huruf kecil). 2) Rujuk kepada sains dan matematik. Perkataan sains dan matematik itu semestinya huruf besar (a) Sains dan (b) Matematik. TETAPI dalam petikan web DBP ditulis dengan huruf kecil? Mohon penjelasan. terima kasih. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. 04-26119551. Berdasarkan gaya penerbitan DBP, nama khas dalam bahasa Inggeris seperti nama tempat, nama orang, nama jalan, nama bangunan dan sebagainya tidak diitalikkan. Walau bagaimanapun, nama buku dan petikan ayat dalam bahasa Inggeris perlu diitalikkan.

2. Sekiranya perkataan tersebut merujuk kepada nama mata pelajaran, perkataan itu mesti bermula dengan huruf besar, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran, huruf 'b' tidak perlu menggunakan huruf besar (bahasa Inggeris). Begitu juga dengan perkataan sains dan matematik, contohnya ahli sains dan ahli matematik.
Ejaan11.02.2012

Kembali ke atas