| Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Mohon pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menjelaskan sama ada perkataan "mendonia" telah didaftarkan ke dalam Kamus Dewan secara rasmi kerana rancangan siaran langsung Selamat Pagi Malaysia telah menggunakan perkataan tersebut dalam salah satu tajuk segmen temu bual pada tarikh 17 April 2025. | Salam sejahtera, Ejaan yang betul ialah mendunia, bukan mendonia. Kata mendunia agak banyak penggunaan dalam korpus dan sudah terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) yang bermaksud 'merangkum atau meliputi seluruh dunia'. Antara contoh penggunaannya ialah: 1. Internet merupakan jaringan komputer yg mendunia, menghubungkan pemakai komputer dr suatu negara ke negara lain. 2. Jenama ini sudah mendunia. 3. ... tarian tradisional yang mendunia. 4. Malaysia mendunia. 5. Dengan mengaplikasikan teknologi pendigitalan, lagu rakyat mampu mendunia , seiring dan sejalan dengan lagu genre lain. | Makna | 17.04.2025 |