Bagi kata sukuan, kalau makan tengah hari ialah 'merarau,' kalau minum pagi ialah 'kudapan'. Saya ingin tahu, apa pula dipanggil kalau minum petang dan makan malam ? Perkataan merarau dan kudapan ini datangnya daripada bahasa sukuan apa? Terima kasih. Musa Rashim | Perkataan merarau ialah kata daripada bahasa sukuan di Sarawak. Mengikut kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kudapan digunakan untuk minum pagi, minum petang dan selepas makan malam dan merupakan kata dalam bahasa Melayu. | Istilah | 09.05.2008 |
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan: 1. merarau 2. cicipan 3. kudapan 4. gabi Asal kesemua perkataan itu dari negara mana? Terima kasih. | Kamus Dewan memberikan makna "merarau" sebagai "makan tengah hari" daripada bahasa sukuan di Sarawak; "mencicip" ialah merasa (mencuba) masakan, contoh ayat mencicip gulai untuk mengetahui sedap tidaknya; manakala "gabi" ialah "makan malam" juga asalnya daripada bahasa di negara Malaysia. | Makna | 03.02.2014 |
Tuan, dalam Kamus Dewan ada termuat perkataan merarau (makan tengah hari) dan kudapan (kuih-muih). Bagaimana pula dengan perkataan 'cicipan' yang kian leluasa diguna pakai oleh sesetengah juruacara untuk merujuk kepada makan kuih pada waktu petang sedangkan dalam Kamus Dewan tidak memuatkan kata 'cicipan' yang merujuk kepada makan kuih pada waktu petang? Mohon penjelasan tuan. Terima kasih. | Encik Nik, Perkataan yang betul ialah cecap yang bermaksud menjilat dan mengecap makanan untuk mengetahui rasanya. Perkataan ini sudah pun dimasukkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, lihat halaman 253 dan 278. Perkataan cicip/mencicip bermaksud berbunyi seperti bunyi burung. | Makna | 05.07.2010 |
Cara sebutan 'e' dalam kata enduruk. Sumber: https://www.nst.com.my/news/2016/04/142184/dbp-anwar-introduced-kudapan-merarau-meal-time-names-80s | Perkataan enduruk tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. | Lain-lain | 16.10.2017 |
Amal Ahmad NasarudinView Profile Actions Apr 27th, 11:35pm Amal Ahmad Nasarudin Amal Assalamualaikum, Tuan/Puan, baru-baru ni viral di FB gambar perkataan baru seperti berikut: Sarapan Kudapan Merarau Cicipan Makan malam Gabi Soalan sy, benarkah kita akan/sedang mengguna pakai penamaan baharu itu, atau ia sekadar gurauan? Terima kasih | Perkataan ini telah lama diperkenalkan kepada umum sebagai pilihan kepada perkataan yang sedia ada, bukanlah penamaan baharu atau menggantikan ungkapan yang sedia ada. | Tatabahasa | 07.05.2016 |
"Apakah terdapat istilah khusus untuk i. Breakfast ii. Tea Break iii. Lunch iv. High Tea v. Dinner vi. Supper " | Berikut padanan dalam bahasa Melayu yang diperlukan: i. Breakfast - sarapan/ makan pagi ii. tea-break - waktu rehat iii. Lunch - merarau/ makan tengah hari iv. High tea - minum lewat petang v. Dinner - makan malam vi. Supper - makan lewat malam | Istilah | 27.05.2013 |
Salam 1Malaysia, 1. Gelaran Munsyi Faizah atau Faizah Munsyi yang betul? 2. Dalam Kamus Dewan, perkataan 'pemuafakatan' untuk disesuaikan dengan 'memuafakatkan' tidak ada. Mengapa? 3. Dalam buku atur cara, perkataan 'persegaran' diguna pakai sedangkan dalam Kamus Dewan tidak ada. Mengapa? 4. Perkataan merarau = makan tengah hari. Bagaimana pula dengan makan petang dan makan selepas jam 10.00 malam? 5. Adakah maksud peribahasa melepaskan batuk/batok di tangga sama? Terima kasih. | 1. Gelaran yang betulan ialah Munsyi Faizah 2. Perkataan permuafakatan digunakan untuk merujuk perihal bermuafakat dan perihal muafakat bermaksud kemuafakatan. 3. Persegaran tidak digunakan kerana tidak merujuk perihal bersegar sebaliknya yang betul ialah penyegaran bermaksud perihal menyegarkan sesuatu. 4. Bagi makan petang lebih sesuai digunakan minum petang atau kudapan dan selepas pukul 10.00 ialah makan lewat malam. 5. Maksud peribahasa melepaskan batuk/batok di tangga sama? | Tatabahasa | 27.04.2012 |
Semasa saya mengajar di Sabah dahulu, sering kali saya terbaca perkataan "meraru" dan "kudapan" dalam atur cara majlis untuk makan atau minum. Apakah maksud dengan perkataan tersebut dan ketika mana patut digunakan. Untuk minum petang pula apakah perkataan yang boleh digunakan. Sekian, tq | Makna perkataan "merarau" ialah makan tengah hari, manakala kudapan ialah snack atau dengan kata nama lain digunakan bagi minum pagi atau minum petang dengan kuih muih. Harap maklum. | Makna | 24.10.2007 |
SEKADAR BERTANYA. MASYARAKAT SABAH DAN SARAWAK KAYA DENGAN DIALEK TEMPATAN. ADAKAH DIALEK INI DIGUNA PAKAI SEBAGAI BAHASA MELAYU BAKU WALAUPUN TIDAK TERDAPAT DI DALAM KAMUS DEWAN. KALAU TIDAK, CADANGAN SAYA ADALAH LEBIH BAIK KITA GUNAKAN DIALEK TEMPATAN INI DIKAJI DAN DIJADIKAN SEBAGAI BAHASA MELAYU BAKU AGAR TIDAK PUPUS DIALEK INI. WALAUPUN KITA TAHU INI MERUPAKAN KEKUATAN SESUATU ETNIK, NAMUN INI LEBIH BAIK DARIPADA DIALEK INI PUPUS SUATU HARI NANTI. LAGIPUN ADALAH LEBIH MUDAH DARIPADA KITA MENGGUNAKAN BAHASA ASING UNTUK DISERAPKAN KE DALAM BAHASA MELAYU... TERIMA KASIH | Beberapa kosa kata Sarawak ada digunakan dalam bahasa Melayu , contohnya merarau. Namun, penggunaannya belum meluas. Pihak kami akan mengemukakan cadangan ini kepada pihak atasan untuk mendapatkan pandangan. | Lain-lain | 03.11.2008 |