Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.sa] | مراس

Definisi : 1. mengalami rasa dgn lidah: air itu dirasanya masin; 2. mengalami rasa (sakit dll) pd tubuh: setelah Raja Zainal ~ luka, maka baginda pun meraba keris; nanti setelah lepas Pulau Penuba, sebelah petang, kita akan ~ angin Laut China; 3. = merasa-rasa mencuba dgn lidah utk mengetahui manis masam (pahit tidaknya dll): ia ~ gula itu; dua tiga orang sudah pun sampai dan ~ air kopi itu; 4. = merasa-rasa meraba-raba (menjamah dll) utk mengetahui kasar halus­nya (berat tidaknya dll): licin tidaknya dapat dirasa sendiri dgn tangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.sa] | مراس

Definisi : mengecap utk mengetahui rasa makanan atau minuman dgn lidah: Ibu hendak ~ kuih yg saya buat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merasa

Puisi
 

Burung serindit di dalam perahu,
     Bunga bayam di dalam dulang;
Hati adik merasa rindu,
     Kerana berjauhan dengan abang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sudah merasa maka (= baru) santun.

Bermaksud :

Baru ada belas kasihan sesudah menderita kesusahan. santun = baik budi bahasa.

 

Lihat selanjutnya...(44)

71

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Siapa yang kena cubit, dialah yang merasa sakit

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa yang kena cubit, dialah yang merasa sakit!" tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara merasa dengan merasa-rasa? Nampaknya maksud dua perkataan ini sama sahaja.Menurut Kamus Pelajar, merasa diberikan makna mengecap untuk mengetahui rasa makanan atau minuman dengan lidah, contoh ayat:  Ibu hendak merasa kuih yang saya buat. Manakala merasa-rasa  pula diberikan makna meraba-raba (menjamah) untuk mengetahui kasar halus­nya  atau berat ringannya sesuatu benda.Tatabahasa18.03.2014
Tuan, tolong jelaskan perbezaan antara merasa dan berasa?keadaan bilakah diperlukan untuk menyebut perkataan merasa dan bilakah pula keadaan untuk menyebut perkataan berasa?Saya keliru dengan perkataan ini dan tidak dapat membezakan situasi penggunaannya.Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan  perasaan/rasa hati), manakala merasa dikaitkan dengan perbuatan menikmati/mencuba sesuatu dengan lidah umpamanya.Tatabahasa10.01.2012
betulkan pemahaman saya mengenai istilah berasa dan merasa berasa ialah sesuatu perasaan terhadap benda atau perkara (sesuatu yang dirasai daripada tubuh badan) merasa pula ialah sesuatu perbuatan dengan menggunakan anggota badan

Berasa dan merasa terbit daripada kata rasa. Kedua-dua perkataan ini digunakan dalam konteks ayat yang berbeza. Dengan merujuk kamus, pengguna akan dapat memahami makna sesuatu perkataan dan dapat menggunakan sesuatu perkataan dengan betul. Dalam Kamus Dewan Perdana (KDP:1826):

 

Makna berasa yang pertama ialah mempunyai rasa dalam hati seperti takut, sedih dan gembira. Contoh ayat: Salina berasa kasihan melihat kucing itu dan mengusap-usap kepalanya.

Makna berasa yang kedua ialah mempunyai rasa tertentu yang dapat dikesan oleh lidah seperti manis, pedas dan sedap. Contoh ayat: Kopi ini berasa pahit kerana sedikit sangat gulanya.

Makna berasa yang ketiga ialah berada dalam keadaan hairan, sedih, insaf dan sebagainya dalam hati. Contoh ayat: Dia berasa hairan melihat kelakuan majikannya yang tiba-tiba sahaja marah-marah tidak tentu pasal.

 

Makna merasa yang pertama ialah mengecap untuk mengetahui (rasa makanan, minuman dan sebagainya) dengan lidah. Contoh ayat: Ibu hendak merasa kuih yang saya buat.

Makna merasa yang kedua ialah mengalami (rasa panas, sakit dan lain-lain) pada tubuh. Contoh ayat: Seluruh tubuhnya merasa gatal-gatal krn dilekati miang rumput ketika terjatuh di tepi longkang.

Makna merasa yang ketiga ialah meraba atau menjamah (sesuatu) dengan tangan atau kaki. Contoh ayat: Dia memegang tanganku dan merasa denyut nadi.

 

Kamus boleh dijadikan panduan atau rujukan bagi memastikan sesuatu perkataan yang digunakan betul.

Makna05.05.2025
Kak Imah ________________gulai yang dimasaknya itu sangat masin. A. berasa B. perasa C. merasakan D. merasaD. MerasaTatabahasa27.07.2010
Salam sejahtera khairun nisa', Soalan : apakah perbezaan makna bagi perkataan "berasa" dan "merasa" Jawapan : Menurut Kamus Dewan, berasa bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit ; (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka. Manakala merasa pula bermaksud (i) mengalami rasa dengan lidah seperti manis, masin ; (ii) mengalami rasa (sakit dan lain-lain) pada tubuh. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Merujuk kepada jawapan daripada pihak tuan/pn, boleh disimpulkan bahawa maksud perkataan "berasa" dan "merasa" adalah sama. Penggunaan bahasanya juga adalah sama. contohnya, Saya berasa sakit. Saya merasa sakit. Saya berasa gembira. Saya merasa gembira. Adakah kenyataan saya betul?Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan makna (i) dan (iii), manakala merasa pula biasanya dikaitkan dengan makna (i)Tatabahasa06.12.2007
saya merasa kesulitan tentang beberapa perkara yang tabu di malaysia, sedangkan di indonesia tidak tabu...seperti butuh...bisakah tuan memberi contoh dan asal katanya...t`maksihPerkataan-perkataan yang mempunyai makna atau konotasi buruk dan negatif dalam masyarakat Malaysia tidak boleh digunakan walaupun perkataan tersebut mempunyai makna yang sebaliknya di negara asal. Langkah-langkah ini diambil bertujuan untuk menjaga sensitiviti masyarakat Malaysia yang kaya dengan tatasusila dengan menjunjung agama Islam sebagai agama yang suci.Tatabahasa25.07.2010
Ayat yang manakah gramatis? Dia berasa berat atau dia merasa berat?Salam sejahtera,

Tuan,

Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan).

Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan  perasaan/rasa hati), manakala merasa dikaitkan dengan perbuatan menikmati/mencuba sesuatu dengan lidah umpamanya. 

Berdasarkan ayat yang diberikan, ayat yang gramatis: Dia berasa berat.

Sekian, terima kasih.
Istilah13.06.2017
Wanita itu merasa/berasa/rasa terhina.Wanita itu rasa terhina.Tatabahasa26.03.2012
Perbezaan kata rasa, berasa dan merasa. Contoh ayat 1)Sarah berasa sangat gembira kerana memenangi pertandingan itu. 2)Namun tidak semua merasa gembira dengan pencapaian tersebut. 3)Zetti rasa tercabar kerana selama ini dia merasakan dirinya paling terkenal di sekolah itu.

Rasa ialah apa-apa yang dikecap oleh lidah, apa-apa yang dialami oleh bahagian tubuh dan apa yang dirasakan di hati.

Berasa bermaksud mempunyai rasa dalam hati, mempunyai rasa tertentu yang dapat dikesan oleh lidah dan berada dalam keadaan hairan, insaf dan sebagainya dalam hati.

Merasa bermaksud mengecap untuk mengetahui (rasa makanan dan minuman) dengan lidah, mengalami (rasa sakit atau panas) pada tubuh dan meraba atau menjamah sesuatu dengan tangan atau kaki.

Ayat 1 dan 3 betul. Ayat 2 diberikan penambahbaikan seperti yang berikut: “Namun, tidak semua berasa gembira dengan pencapaian tersebut.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1826-1827.

Tatabahasa03.10.2024
Adik merasa kuah sup ayam itu . Adakah terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat.Ayat "Adik merasa kuah sup ayam itu" betul.Tatabahasa16.01.2014
1234

Kembali ke atas