Betulkah penggunaan frasa 'merasai'dan 'merasakan' di bawah: 1) Saya biarkan kamu merasai sedikit tekanan dengan membayar upah rendah bagi setiap jam. 2) Akhirnya saya memandang ke arah lain selepas merasakan yang saya sudah memahami mesejnya. | Penggunaan kedua-dua perkataan (merasai dan merasakan) dalam ayat tersebut betul. Untuk maklumat lanjut lihat merasakan">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=merasakan. | Tatabahasa | 08.03.2012 |
BOLEHKAH SAYA KAITKAN MASALAH REMAJA DENGAN MASALAH SOSIAL SEMASA MENULIS KARANGAN. KATA MANAKAH YANG SESUAI? (A) MERASA DIRI (B) MERASAKAN DIRI | Masalah remaja adalah sebahagian daripada masalah sosial. Untuk maklumat lanjut sila bincangkan tajuk ini dengan guru mata pelajaran Bahasa Malaysia. Ungkapan yang betul ialah 'merasakan diri'. | Tatabahasa | 04.04.2011 |
oleh itu betul ke oleh sebab itu betul? merasakan keperitan betul ke? ke berasa keperitan? | Frasa 'oleh itu' dan 'oleh sebab itu' kedua-duanya betul. Kata keperitan sahaja sudah membawa maksud rasa/peri hal perit, maka tidak perlu lagi berasa keperitan. | Tatabahasa | 22.03.2011 |
Kak Imah ________________gulai yang dimasaknya itu sangat masin. A. berasa B. perasa C. merasakan D. merasa | D. Merasa | Tatabahasa | 27.07.2010 |
KENAPA DBP TIDAK MENERBITKAN SEMULA BUKU-BUKU DARIPADA TAHUN 1980-an HINGGA 1990-an TERUTAMANYA BUKU-BUKU YANG BERKAITAN DENGAN AGAMA ISLAM, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN? SAYA MERASAKAN BUKU-BUKU INI PERLU DITERBITKAN SEMULA KERANA SEBAGAI PELAJAR UNIVERSITI TERLALU SUKAR UNTUK MEMILIKINYA SEBAGAI BAHAN BACAAN SEDANGKAN BUKU-BUKU INI TIDAK BERADA LAGI DALAM PASARAN.DI HARAP DBP DAPAT MENGAMBIL BERAT TENTANG HAL INI. | DBP ada mencetak ulang buku-buku daripada tahun 1980-an hingga 1990-an mengikut keperluan. Saudara boleh mencadangkan judul-judul untuk dicetak ulang untuk dipertimbangkan oleh DBP. Cadangan boleh dikemukakan kepada Pengarah Penerbitan, Jabatan Penerbitan, Tingkat 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 03.05.2008 |
Pada 07/06/10 saya telah mengemukakan pertanyaan apakah istilah yang sesuai untuk perkataan 'PENGURUSAN JENAZAH' di dalam bahasa inggeris. Jawapan yang dicadangkan adalah 'bury the dead'. Saya merasakan cadangan tersebut merupakan perbuatan "verb". Jadi saya ingin bertanya apakah istilah 'PENGURUSAN JENAZAH' di dalam bahasa inggeris yang sesuai (dalam bentuk nouns). Adakah 'management of deadth' boleh digunapakai? terima kasih | Kami tidak mempunyai rujukan bagi istilah tersebut. Cadangan yang diberi, "bury the dead" bermaksud menjenazahkan yang juga mempunyai makna yang sama dengan pengurusan jenazah. Pengurusan jenazah ialah kerja yang dilakukan ke atas mayat orang Islam dan budaya ini tiada dalam orang Inggeris (yang bukan Islam). Oleh itu mereka tiada istilah yang sepadan dengannya. Walau bagaimanapun, saudara boleh menghubungi Pusat Bahasa Inggeris di IPTA/IPTS untuk mendapatkan istilah yang lebih tepat dalam bahasa Inggeris. | Istilah | 08.06.2010 |
Assalamualaikum, Saya ingin tahu samada penggunaan perkataan "terbabit" dalam contoh ayat berikut adalah betul dan tepat penggunaannya: "Pihak PIBG sekolah akan membantu mempromosikan aktiviti terbabit". Sejak kebelakangan ini, saya mendapati perkataan "terbabit" sering digunakan oleh pembaca berita televisyen dan radio. Adakalanya saya merasakan penggunaannya itu tidak sesuai dengan konteks sesuatu ayat, contohnya "terbabit" digunakan di akhir ayat untuk menggantikan perkataan "tersebut", seperti contoh ayat di atas. Saya harap pihak tuan dapat memberi penjelasan. Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan terbabit bermaksud terlibat dalam sesuatu perkara.Perkataan terlibat bermaksud terbabit. Oleh itu, penggunaan perkataan dalam ayat tersebut betul. | Makna | 16.05.2008 |
Salam sejahtera, Saya ingin memohon penjelasan tuan tentang penggunaan imbuhan me - kan. Bila dan dalam situasi apakah kita boleh menggunakan 'menemui' dan bila pula boleh menggunakan 'menemukan'? Harap tuan dapat membantu saya. | Encik Suhaimi terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Apitan meN-kan boleh mendukung berbagai-bagi makna . Antaranya ialah : i) menyebabkan atau menjadikan ii)melakukan sesuatu untuk seseorang iii)menjadikan sebagai iv) menggunakan sebagai Manakala meN-i digunakan untuk membawa makna: bertindak sebagai ii) menuju ke arah iii) bergerak di atas iv) merasakan v) menyebabkan Jadi dalam ayat menemui ia membawa makna menyebabkan sesuatu ditemui manakala bagi ayat menemukan ia membawa makna melakukan sesuatu untuk orang lain. Untuk maklumat yang lebih jelas sila rujuk buku tatabahasa DBE. terima kasih. | Tatabahasa | 06.07.2009 |
saya seorang yang suka berkarya tetapi tidak berani menunjukkan bakat yang saya miliki...soalan,bagaimana saya boleh memberanikan diri untuk berdepan dengan pengkarya seperti saya ini????? | Pertamanya, saya ingin mengucapkan syabas kepada saudari kerana mempunyai keberanian untuk bertanya tentang bakat dan potensi diri kepada pihak kami. Sebagai seorang manusia, setiap daripada kita mempunyai bakat yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada setiap hamba-Nya untuk kita melalui perjalanan hidup ini di muka buminya. Justeru, seseorang itu harus mencari dan meneroka bakat ada ada pada diri sehingga seseorang itu tahu bahawa itulah potensi dirinya yang sebenar dan seterusnya memberikan fokus kepada bakat tersebut. bakat yang dimaksudkan di sini ialah pelbagai jenis kemahiran semula jadi seperti memasak, bertukang, menjahit, dan termasuklah menulis atau mengarang. Memang semua perkara tersebut boleh dipelajari, namun bakat semula yang ada pada seseorang itu akan menjadi sesebuah hasil itu lebih baik dan tinggi mutunya. Persoalan di sini sekarang ialah saudari merasakan diri seorang mempunyai bakat dan saudari juga telah menulis, tetapi yang menjadi masalah sekarang ialah ketidak beranian saudari untuk menonjolkan karya saudari itu di khalayak ramai atau pembaca. Bagi kami, langkah pemula yang harus saudari ambil ialah yakin bahawa saudari harus menghantar karya saudari itu kepada mana-mana pihak penerbit. Langkah kedua, saudari boleh menyertai mana-mana bengkel penulis atau kursus penulisan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Langkah ketiga, saudari boleh mengikuti mana-mana seminar yang berkaitan dengan kesusasteraan atau penulisan. Semua langkah yang diberi ini akan menambahkan keyakinan saudari terhadap diri sendiri dan bakat yang ada. Seterusnya, saudari juga harus berani bertemu atau menelefon mana-mana pihak penerbit untuk bertanya dan berbincang tentang karya yang saudari hasilkan itu sama ada sesuai atau tidak untuk diterbitkan. Jika saudari tidak melakukan, bakat dan potensi diri saudari itu akan terhakis sedikit demi sedikit. Oleh itu saudari harus memulakan. Semua bergantung kepada diri saudari sendiri. Bagi pihak DBP, kami mencadangakan saudari merujuk laman web DBP untuk mengetahui bengkel, kursus atau seminar yang dianjurkan oleh pihak kami. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 06.10.2009 |