Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betulkah penggunaan frasa 'merasai'dan 'merasakan' di bawah: 1) Saya biarkan kamu merasai sedikit tekanan dengan membayar upah rendah bagi setiap jam. 2) Akhirnya saya memandang ke arah lain selepas merasakan yang saya sudah memahami mesejnya.Penggunaan kedua-dua perkataan (merasai dan merasakan) dalam ayat tersebut betul. Untuk maklumat lanjut lihat merasakan">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=merasakan.Tatabahasa08.03.2012
Tuan, minta teliti ayat ini. 1. Saya berasa / merasai / merasakan bahawa kita tidak patut malu menanyakan sesuatu yang tidak kita fahami semasa guru sedang mengajar. Dalam ayat (1), kata kerja yang harus digunakan ialah "berasa", "merasai" atau "merasakan"?Kata kerja yang harus digunakan dalam contoh ayat saudara ialah "Saya merasakan bahawa kita tidak patut malu menanyakan sesuatu yang tidak difahami semasa guru sedang mengajar."Tatabahasa30.12.2014
Tuan, dua ayat di sebelah yang manakah betul? 1. Wit cuba mengagak peristiwa itu. 2. Wit mencuba mengagak peristiwa itu. Saya merasakan bahawa "mencuba" lebih sesuai, kerana "mencuba" bermaksud berusaha untuk mencapai maksud. Jadi, "mencuba mengagak peristiwa itu" bermaksud "berusaha untuk meneka peristiwa itu". Adakah pendirian saya betul? (Sumber: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 19, terbitan Syarikat Pelangi)Kata mencuba lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut. Mengambil ayat daripada sumber karya kreatif sebagai contoh untuk memahamkan aspek tatabahasa, perlu dielak kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa.Tatabahasa20.03.2015
Tuan, sila lihat ayat di sebelah dulu. 1. Malaysia terkenal dengan aneka makanan yang enak. Saya hendak bertanya, kata sendi nama "dengan" dalam ayat (1) bermaksud apa? Adakah "dengan" bermaksud bersama-sama, atau menyatakan keadaan perbandingan yang sama? Saya merasakan ayat ini salah, kerana ayat ini tidak menepati semua maksud kata sendi nama "dengan". Saya berpandangan bahawa ayat ini harus dibetulkan menjadi: 2. Malaysia terkenal oleh aneka makanan yang enak. Dalam ayat (2), kata sendi nama "oleh" bermaksud kerana, jadi "aneka makanan yang enak" menjadi sebab "Malaysia terkenal". Oleh sebab itu, kata sendi nama "oleh" saya fikirkan lebih sesuai digunakan dalam ayat yang saya berikan.Malaysia terkenal dengan aneka makanan yang enak. Ayat ini betul dan telah mantap digunakan dalam kalangan masyarakat, berbanding dengan ayat Malaysia terkenal oleh aneka makanan yang enak. Penggunaan kata sendi nama dengan dalam ayat tersebut boleh membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan, iaitu cara Malaysia dikenali, lihat ayat 310 dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa31.01.2015
Tuan, adakah ayat di sebelah ini betul? 1. Saya minta maaf dengan cikgu. Saya merasakan ayat ini salah kerana kata sendi nama "dengan" digunakan. Berdasarkan maksud pertama "dengan", "dengan" bermaksud bersama-sama. Jadi, seluruh ayat (1) bermaksud saya minta maaf terhadap seseorang bersama-sama cikgu. "Seseorang" itu tidak dinyatakan. "Cikgu" menjadi teman "saya" minta maaf. Ayat ini salah, kerana "cikgu" bukan teman saya minta maaf, tetapi sasaran saya melakukan perbuatan "minta maaf". Oleh itu, untuk menyatakan sasaran manusia, kata sendi nama "kepada" dan "terhadap" lebih tepat. Ayat (1) patut dibetulkan menjadi: 2. Saya minta maaf kepada cikgu. ATAU 3. Saya minta maaf terhadap cikgu. Tetapi, saya ada satu soalan lagi. Bukankah "maaf" itu datang daripada "cikgu"? Jadi, "cikgu" ialah sumber "maaf". Sekarang, saya minta "maaf" daripada "cikgu", jadi, maaf itu datang daripada cikgu. Sekiranya anggapan ini betul, patutkah kata sendi nama "daripada" digunakan? Ayat berbentuk begini: 4. Saya minta maaf daripada cikgu. Antara beberapa ayat, ayat yang manakah paling jitu (tepat)?Ayat yang gramatis ialah "Saya minta maaf kepada cikgu" kerana cikgu menjadi sasaran selepas kata sendi nama kepada. Ayat "Saya minta maaf dengan cikgu" lazimnya digunakan dalam percakapan.

 
Tatabahasa31.01.2015
Perbezaan kata rasa, berasa dan merasa. Contoh ayat 1)Sarah berasa sangat gembira kerana memenangi pertandingan itu. 2)Namun tidak semua merasa gembira dengan pencapaian tersebut. 3)Zetti rasa tercabar kerana selama ini dia merasakan dirinya paling terkenal di sekolah itu.

Rasa ialah apa-apa yang dikecap oleh lidah, apa-apa yang dialami oleh bahagian tubuh dan apa yang dirasakan di hati.

Berasa bermaksud mempunyai rasa dalam hati, mempunyai rasa tertentu yang dapat dikesan oleh lidah dan berada dalam keadaan hairan, insaf dan sebagainya dalam hati.

Merasa bermaksud mengecap untuk mengetahui (rasa makanan dan minuman) dengan lidah, mengalami (rasa sakit atau panas) pada tubuh dan meraba atau menjamah sesuatu dengan tangan atau kaki.

Ayat 1 dan 3 betul. Ayat 2 diberikan penambahbaikan seperti yang berikut: “Namun, tidak semua berasa gembira dengan pencapaian tersebut.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1826-1827.

Tatabahasa03.10.2024
Assalamualaikum, Saya ingin bertanyakan kerasionalan penggunaan huruf besar/kecil bagi perkataan "iblis". Dalam DBP memang dinyatakan penggunaan huruf kecil. Namun, jika dilihat pada ayat al-Quran dan ahli syariah, secara peribadinya saya merasakan PENGGUNAAN HURUF BESAR LEBIH TEPAT. Contoh 1: Ertinya: “Iblis berkata, ‘Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).’ (14) Allah berfirman, ‘Sesungguhnya, engkau daripada golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu).’ (15) Kemudian, iblis berkata, ‘Oleh sebab Engkau (wahai Tuhan) telah menyebabkan aku tersesat, (maka) sesungguhnya aku akan berusaha menghalangi mereka (daripada menjalani) jalan-Mu yang lurus. (16) Kemudian, aku benar-benar akan mendatangi mereka dari arah hadapan atau belakang mahupun dari arah kanan atau kiri mereka. Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. (17)’” (Surah al-A‘raf 7: 14-17) Contoh 2: Menurut Ibn ‘Abbas, iblis dinamakan ‘Azazil dalam kalangan malaikat. Dia ialah malaikat yang tinggi darjatnya, paling kuat beribadat dan memiliki empat sayap. Namun setelah dilaknat, dia dikenali sebagai iblis. Ayat-ayat tersebut menunjukkan iblis sebagai individu jin bukannya sekumpulan jin/syaitan jahat. Jadi, mungkinkah sewajarnya ejaan iblis itu dieja dengan huruf besar (Iblis)? Sekian, terima kasih.Iblis dikategorikan sebagai kata umum sama seperti malaikat. Iblis dieja dengan huruf besar sekiranya disandarkan dengan jenis iblis seperti Iblis Zalanbur, begitupun lazimnya disebut Zalanbur sahaja. Malaikat juga dieja dengan huruf kecil, namun nama malaikat ditulis dengan huruf besar seperti Izrail.Tatabahasa08.08.2020
Tuan, ayat di sebelah yang manakah betul? 1. Bujei mula menaruh hati kepada Adila. 2. Bujei bermula menaruh hati kepada Adila. 3. Bujei mulai menaruh hati kepada Adila. Saya berpendapat ayat yang paling tepat ialah ayat (2) dengan penggunaan kata "bermula", kerana kata "bermula" ialah kata kerja, sedangkan maksud yang hendak disampaikan oleh ayat ialah Bujei mempunyai perbuatan mula menaruh hati kepada Adila. Kata "mula" salah digunakan kerana kata "mula" ialah kata nama. Kata nama tidak dapat menjelaskan perbuatan seseorang. Kata "mulai" tidak dijumpai dalam Kamus Pelajar, jadi saya hendak bertanya, adakah bentuk "mulai" salah? Saya merasakan bentuk "mulai" salah kerana sesuatu kata tidak dapat diimbuhkan dengan akhiran-i (seperti kata "mulai") kecuali kata itu kata kerja pasif. Kelihatan bahawa kata "mulai" tidak nampak seperti kata kerja pasif, tetapi kata kerja tak transitif. Apakah pandangan tuan?Ayat yang betul ialah Bujei mula menaruh hati kepada Adila. Kata "mula" dalam ayat ini kata prafrasa yang bertugas untuk menambahkan makna pada frasa kerja "mula menaruh hati kepada Adilla". 
Tatabahasa15.01.2015
Makna perkataan Menguis dan menggaliMakna perkataan Menguis dan Menggali menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, terbitan DBP. Menguis: 1. Menolak (menepis, menyepak) ke tepi: dikuisnya sampah itu dengan kakinya; 2. mengais (spt. ayam); Menggali: 1. membuat sesuatu dr dlm tanah. dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dengan menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya untuk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dala,. nan digantung tinggi prb yang sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan.Tatabahasa04.04.2014
saya ingin bertanya dalam penulisan minit mesyuarat, apakah perkataan lain yang sesuai dgunakan selain "memaklumkan"? ini kerana saya merasakan perkataan "memaklumkan" berulang terlalu banyak dan menjadi redundant. sekian, terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi memaklumkan ialah 1. membuat maklum, men­jadikan maklum, memberitahukan, mengkha­barkan, menyatakan; 2. mengumumkan sesuatu (keputusan dll), menyatakan (perang dll), mengisytiharkan (kemerdekaan dll). Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, definisi memaklumkan ialah memberitahukan; mengkhabarkan; menyatakan.

Oleh itu, sekiranya bersesuaian dengan konsep penulisan tuan, perkataan-perkataan ini boleh digunakan untuk menggantikan perkataan memaklumkan.1">

Lain-lain11.07.2019
12

Kembali ke atas