Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.yau] | مراياو

Definisi : , merayau-rayau 1. me­raba-raba (kerana mencari atau mengambil sesuatu): gadis itu menyandarkan badannya pd tubuh Farid dan dibiarkannya tangan pemuda itu ~; tangan kanannya merayau-rayau memungut serdak cucur kodok dan ondeh-ondeh; 2. pergi ke mana-mana utk mencari sesuatu, berkeliaran (mencari mangsa dll), mengembara: ia ~ di bandar Melaka; saya tak kuasalah merayau-rayau ke rumah orang atau mengintip-intip apa yg dibuat orang; 3. tidak tenang (tenteram), cemas, gelisah: matanya merayau-rayau me­mer­hatikan keadaan di dlm rumah; maka ~lah fikirannya, meninjau-ninjau masa hadapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.yau] | مراياو

Definisi : 1 pergi ke mana-mana; berkeliaran utk mencari sesuatu: Jangan membiarkan kanak-kanak ~ di tepi lombong itu. 2 meraba-raba kerana mencari atau mengambil sesuatu: Tangannya ~ mengambil serdak kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rayau
Kata Terbitan : merayau, perayau,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bila anda di sini, anda tidak perlu pusing ke seluruh KL untuk mencari hiburan, kerana semua itu boleh didapati di sini. betulkah ayat ini?Apabila anda berada di sini, anda tidak perlu merayau-rayau ke seluruh KL untuk mencari hiburan, kerana semua itu boleh didapati di sini.Tatabahasa25.06.2008
Salam sejahtera, Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk merujuk haiwan, khususnya kambing "bersiar-siar" di padang? Bolehkah "bersiar-siar" digunakan untuk merujuk haiwan atau adakah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan? Sekian, terima kasih.Bersiar-siar lazimnya dikaitkan dengan perbuatan manusia yang berjalan-jalan untuk mengambil angin atau untuk berehat-rehat.  Oleh itu, bersiar-siar tidak sesuai digunakan untuk merujuk binatang yang berkeliaran di padang. Perkataan yang sesuai ialah berkeliaran atau merayau.Tatabahasa31.01.2011
Salam sejahtera, saya masih kurang pasti untuk membezakan kiasan sandar dengan kiasan terus. Bolehkan Munsyi Dewan menjelaskan perbezaan antara dua jenis kiasan ini dan bagaimanakah untuk membezakannya. Adakah kedua-dua kiasan ini merupakan simpulan bahasa? Sekian, terima kasih.

Tiada maklumat berkaitan dengan kiasan sandar dan kiasan terus dalam pangkalan DBP. Namun daripada maklumat daripada web, kiasan sandar ialah kiasan yang dikaitkan dengan benda lain yang serupa dengan perkara yang dikiaskan. Contohnya :mandi kerbau (mandi seperti kerbau, tidak bergosok dan sebaliknya menambah daki); tidur ayam (tidur tidak lelap betul); pening lalat dan jinak merpati.

Kiasan terus pula ialah kiasan yang menyatakan sesuatu perkara secara terus dengan perkara lain. Contohnya kutu embun (orang yang suka merayau-rayau dengan tidak tentu tujuan pada malam hari), mabuk laut dan naik darah.

Makna08.08.2014
Salam sejahtera,boleh tak pihak tuan/puan untuk menyemak penggunaan kata(dalam kurungan) sesuai atau tidak dalam ayat tersebut? 1. Tangan dan kaki pendaki Gunung Everest itu menjadi kejur kerana cuca di sana terlalu sejuk. (kejur) 2. Badan nenek saya semakin bengkok apabila umurnya meningkat 80 tahun. (bengkok) 3. Rakyat negara ini gempar apabila sebuah pangsapuri yang didirikan di lereng bukit itu rebah. (rebah) 4. Ibu mengarahkan kami mengumpulkan baju-baju usang yang tersimpan di dalam almari untuk didermakan kepada anak-anak yatim. (usang) 5. Kanak-kanak berkeliaran apabila disergah oleh lelaki yang kurang siuman itu. (berkeliaran) Selain itu,apakah perbezaan antara orang-orang dengan orang-orangan? Sekian,terima kasih1. Tangan dan kaki pendaki Gunung Everest itu menjadi kejur kerana cuca di sana terlalu sejuk. - Kejur bermaksud keras dan kaku, boleh digunakan dalam ayat tersebut. 
2. Badan nenek saya semakin bengkok apabila umurnya meningkat 80 tahun. - Bengkok bermaksud tidak lurus dan tidak sesuai digunakan kepada tubuh badan manusia. 
3. Rakyat negara ini gempar apabila sebuah pangsapuri yang didirikan di lereng bukit itu rebah. - Rebah bermaksud tumbang dan lazimnya digunakan untuk manusia manusia dan pokok.  
4. Ibu mengarahkan kami mengumpulkan baju-baju usang yang tersimpan di dalam almari untuk didermakan kepada anak-anak yatim. - Usang bermaksud  lama terpakai atau tersimpan dan sesuai digunakan dalam ayat tersebut. 
5. Kanak-kanak berkeliaran apabila disergah oleh lelaki yang kurang siuman itu. - Berkeliaran bermaksud merayau dan boleh digunakan dalam ayat tersebut.
Saudara boleh menyemak sendiri makna perkataan dan memastikan sama ada penggunaannya sesuai atau tidak dalam konteks ayat tersebut melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, dan taipkan perkataan tersebut dalam ruangan Carian Spesifik.
Tatabahasa09.05.2012

Kembali ke atas