Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.yu] | مرايو

Definisi : 1. menyedapkan hati (menawan hati, mempersenang hati) dgn hiburan dll: irama lagu Melayu ~ hati; 2. memikat hati, memujuk: ia menulis surat ~ gadis itu supaya menerimanya sbg suami; 3. memajukan permohonan, mengemukakan permintaan (pertimbangan): jika seseorang tidak puas hati dgn keputusan Mahkamah Tinggi, maka bolehlah ia ~ kpd Mahkamah Ulang Bicara; mereka ~ kpd kerajaan supaya bertindak segera membasmi nyamuk dan lalat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.yu] | مرايو

Definisi : berasa pilu, terharu (sedih, hiba, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.yu] | مرايو

Definisi : 1 menyedapkan hati dgn hiburan dll: Irama lagu Melayu ~ hati. 2 memikat hati; memujuk: Ia ~ gadis itu dgn kata-kata manis. 3 memajukan permohonan: Saya ~ kpd mereka supaya mempertimbangkan keputusan itu semula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rayu2
Kata Terbitan : merayu, rayuan, perayu, merayu,

Puisi
 

Tuan menyuluh Batu Kayu,
     Tanam lada dari Acheh;
Bunyi guruh saya merayu,
     Tidak disangka bercerai kasih.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam tatabahasa Melayu, kata kerja transitif sepatutnya diikuti objek. Adakah "merayu" itu kata kerja transitif?kerana saya terjumpa 2 frasa yang berbunyi demikian 1...merayu gadis itu... 2...merayu kepada kerajaan... Yang manakah yang lebih gramatis? Terima Kasihkata kerja transitif dikuti oleh objek dan menggunakan imbuhan meN- iaitu merayu dan objeknya ialah gadis atau kerajaan. Oleh itu yang lebih gramatis ialah merayu kerajaan atau merayu gadis.Tatabahasa06.12.2010
Kita merayu/memohon kepada Tuhan? Sila beri penjelasan kepada jawapan.Kedua-duanya betul kerana merayu juga bermaksud memajukan permohonan. Lihat merayu">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=merayu untuk maklumat lanjut.Tatabahasa21.02.2012
Kesalahan bahasa dalam ayat berikut: 1. Kerajaan merayu kepada rakyat agar mereka sanggup berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara. 2. Datuk Nicol telah menjadi pemain skuasy yang handa sejak dari bangku sekolah lagi.Kedua-dua ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah:
1. Kerajaan merayu rakyat berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara.
2. Datuk Nicol telah menjadi pemain skuasy yang handal sejak bangku sekolah lagi.
Tatabahasa05.07.2013
Guru besar menyeru murid-murid agar menjaga kebersihan sekolah. Pilih perkataan seerti bagi menyeru. A. mengajak B. merayu C. mencegah D. menyuruhPerkataan yang paling hampir ialah menyuruh. Kamus Pelajar mentakrifkan menyeru sebagai meminta supaya; menyuruh: Pesuruh Allah ~ manusia taat kepada Allah.Tatabahasa22.01.2013
Rahman Haji Yusof Aug 21st, 12:32pm Assalamualaikum. Saya Rahman Haji Yusof pemenang ketiga sayembara novel Citra Malaysia 2013 merayu kepada KP DBP agar diterbitkan segera novel-novel yg menang. Saya sudah tua ingin melihat karya saya diterbitkan sebelum saya meninggal. Terima kasih dan salamWaalaikummusalam, Tuan, berkenaan perkara ini, kami akan panjangkan kepada KP DBP. Walau bagaimanapun, terbitan ini novel bergantung pada manuskrip dan diluluskan oleh pihak jawatankuasa penerbitan. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung dengan Ketua Buku Sastera, Datin Hajijah Jais di talian 03-21479697 atau e-mel hajijah@dbp.gov.my.Lain-lain21.08.2014
Selamat sejahtera, Tuan. Saya mahu bertanya. Adakah perkataan "tolong" dan "jangan" tak boleh digunakan bersama-sama? Contoh ayat, "tolong jangan tinggalkan saya." Situasi ini lebih kepada merayu dan sedih, jadi saya merasakan lebih sesuai jika menggunakan perkataan "tolong" juga. Terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Perkataan jangan tergolong dalam kata larangan yang digunakan di dalam ayat larangan. Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, atau usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.

Perkataan tolong pula tergolong dalam kata permintaan yang digunakan dalam ayat permintaan. Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan. Ayat larangan juga dapat dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya. Contoh: Harap jangan tinggalkan saya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa18.04.2018
Merealisasi atau merealisasikan? Tolong berikan contoh apabila me...(diakhiri dengan) kan dan me... tidak diakhiri dengan kan seperti menyepak bola dan alasan kenapa ia begitu. Ada di diakhiri dengan kan ada yang tidak, tolong jelaskan.Merealisasi atau merealisasikan , keduanya-duanya boleh digunakan. Terdapat sebilangan kecil kata yang menerima apitan meN-…-kan dan meN…-i, penggunaanya silih berganti tanpa membezakan makna, contohnya: Ali sedang membaiki/membaikkan keretanya yang rosak. Kami masih dalam proses merealisasi/merealisasikan cita-cita kami.  Perkataan merealisasi sebenarnya terdiri daripada kata dasar realisasi yang menerima apitan meN-…-i (merealisasii) tetapi telah digugurkan satu i. Kata kerja boleh dihasilkan  dengan proses pengimbuhan sama ada imbuhan awalan , akhiran, apitan dan sisipan. Kata kerja yang terbentuk daripada imbuhan awalan meN-  (variasinya: me-, mem-, men-, meng-) menerbitkan dua makna: 1) melakukan perbuatan atau 2) menyatakan keadaan. Bagi makna melakukan perbuatan dipecahkan kepada lima maksud iaitu i) melakukan sesuatu , contohnya: merayu, membuka, mentadbir, mengheret, menjahit (Emak menjahit baju). ii) mengeluarkan suara, contohnya: mengaum, mengiau; iii) membuang, contohnya: merumput; iv) menuju sasaran, contohnya: menepi, mendarat; v) menjadi seperti atau menyerupai sesuatu, contohnya: membusut. Bagi makna menyatakan keadaan  dipecahkan kepada dua iaitu i) hidup sebagai, contohnya: membujang, menjanda; ii) menjadi, contohnya: memanjang.  Kata kerja yang terbentuk daripada apitan meN …kan  menghasilkan maksud : i) membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar, contohnya:  Dia merundingkan hal itu tadi. ii) kausatif atau menyebabkan, contohnya: Aril memanjangkan bacaan doanya. iii) manfaat, contohnya: Emak menjahitkan adik baju kurung.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 143 – 223.

Tatabahasa18.05.2011

Kembali ke atas