Adakah perlu diletakkan tanda noktah selepas penutup kurungan. Contoh: 1. Merekodkan maklumat bilangan peserta. (Maklumat penting sekiranya berlaku kecemasan). | Penulisan yang betul ialah "Merekodkan maklumat bilangan peserta (maklumat penting sekiranya berlaku kecemasan). " | Tatabahasa | 21.04.2014 |
Yang manakah penggunaan kata yang betul: 1. Diselenggara atau Diselenggarakan 2. Menyelenggara atau Menyelenggarakan 3. Merekod atau Merekodkan 4. Ketakdedahan atau Ketidakdedahan | Perkataan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Diselenggarakan 2. Menyelenggarakan 3. Merekodkan 4. Ketakdedahan | Lain-lain | 12.10.2021 |
Selamat petang. Adakah cara menulis rujukan dalam ayat berikut betul? "Sumber China, Buku Dinasti Han, Jilid ke-28, Bab “Geografi” telah merekodkan buat pertama kali laluan laut dari pesisir pantai selatan China ke India melalui Semenanjung Melayu. " Terima kasih. | Kaedah penulisan rujukan yang di cadangkan “Dalam sumber China, Buku Dinasti Han, telah merekodkan buat pertama kali laluan laut dari pesisir pantai selatan China ke India melalui Semenanjung Melayu. " Rujukan penuh seperti jilid dan bab “Jilid ke-28, Bab “Geografi” boleh ditulis sama ada pada nota kaki atau nota bab. | Lain-lain | 14.06.2023 |
Penggunaan perkataan perekodan: ... diserahkan kepadanya untuk tujuan perekodan data. | Perekodan bermaksud perbuatan atau hal merekodkan sesuatu, data dan sebagainya. Oleh itu frasa tersebut di atas, iaitu "untuk tujuan perekodan data" boleh digunakan. | Tatabahasa | 22.03.2010 |
Apakah makna perkataan ini adan bagaimana penggunaannya. Mencatat, Mencatatkan, catatan, catatkan? Bagi petikan dibawah, perkataan yang manakan daripada senarai diatas yang sesuai untuk digunakan? Nilai jualan bagi sektor Perdagangan Edaran pada suku pertama 2014 merekodkan RM231.2 bilion dengan catatan pertumbuhan sebanyak 8.1% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. | Nilai jualan bagi sektor Perdagangan Edaran pada suku pertama 2014 merekodkan RM231.2 bilion dengan catatan pertumbuhan sebanyak 8.1% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Untuk melihat makna kata dan contoh penggunaannya sila manfaatkan laman web kami, contohnya http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=catatan, puan dapat melihat makna kata dan contoh penggunaannya dalam ayat. | Tatabahasa | 16.06.2014 |
Apakah perkataan yang paling panjang dalam bahasa Melayu yang pernah direkodkan | Tidak ada sumber rujukan DBP yang merekodkan perkataan bahasa Melayu yang paling panjang.Oleh itu, kami sarankan saudara merujuk Kamus Melayu untuk melihat kata Melayu yang paling panjang sama ada kata dasar atau kata terbitan. | Lain-lain | 03.07.2008 |
Apakah perkataan dalam bahasa Melayu yang paling panjang ejaannya ? | Tidak ada sumber rujukan DBP yang merekodkan perkataan bahasa Melayu yang paling panjang.Oleh itu, kami sarankan saudara merujuk Kamus Melayu untuk melihat kata Melayu yang paling panjang sama ada kata dasar atau kata terbitan. | Tatabahasa | 24.05.2011 |
Alhamdulillah.. Berbanyak banyak Berterima kasih seikhlas kesetiaan Budi Baik Bicara kepada Keluarga Syarikat kndbp.com sudi membantu memulihkan semula segala pembayaran Panduan Pengguna Maklum Balas Pengguna.. Disini, Telah Banyak Saya Merekodkan segala Maklumat Dan Maklum Balas yg sewajarnya..harus Diutamakannya..semuanya Tidak satu pun Diwujudkan..Dari segi Website Aaplikasi Pembayaran HADIAH Dan APE sahaja..Didalam Aaps mengatakan Anda Akan Mendapat kan semua hadiah Ini..dalam tempoh 4 hari Atau 2/3 dalam waktu bekerja..Tetapi bila sudah sampai waktunya..tiada ape yg diberitahu..selepas itu .Handfone saya DiRalat Discammer DiRosakkan..Sdh Banyak kali..ianya terjadi kepada saya disini, ✅ Bayangkan Sdh Berpuluh puluh tahun Saya,Terananya oleh Pengguna DiLuar sana..Apalagi No Alamat | Sila nyatakan soalan tuan dengan jelas untuk kami membantu tuan. | Lain-lain | 18.01.2024 |
Mengapa kata RAHMAH tidak terdapat dalam tesaurus DBP? Adakah ini bermakna kata RAHMAH sinonim dengan kata RAHMAT? Mohon pencerahan | "Rahmah" dan "Rahmat" berasal daripada bahasa Arab, iaitu رحم dan kamus DBP merekodkan perkataan rahmat sahaja. Oleh itu, "Rahmah" bersinonim dengan "Rahmat". | Lain-lain | 23.02.2023 |
Saya mohon pembetulan dibuat pada PRPM jika ada kesilapan dalam takrif atau contoh. isi rumah = Definisi : seluruh penghuni rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat) - https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=isi+rumah Dan bezakan antara rumah / isi rumah. Contoh" household appliance sepatutnya alatan rumah dan bukan alatan isi rumah. Di sini: household appliance = alatan rumah (https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=household+appliance&d=226112LIHATSINI) Kebanyakan carian merekodkan household = rumah (sebagai bukan manusia (bukan isi rumah). https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=perkakas+rumah&d=102572LIHATSINI Walaupun boleh dijustifikasi bahawa alatan isi rumah itu betul, tetapi "isi" tidak diperlukan kerana kita faham barang2 itu di dalam rumah, maka memang untuk isi rumah gunakan. Harap mendapat perhatian segera. Terima kasih. Harap pembetulan ini disegerakan kerana saya lihat pengunaan isi rumah dalam konteks yang salah sudah meluas contohnya dalam katalog dalam talian | Terima kasih, kami ambil maklum saranan puan. Pihak kami akan memanjangkan isu ini kepada bahagian yang bertanggungjawab untuk penambahbaikan. | Lain-lain | 18.10.2021 |