Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.re.mang] | مرمڠ

Definisi : mengalir per­lahan-lahan, meleleh, bersimbah (peluh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.mang] | مرمڠ

Definisi : tegak atau berdiri (bulu badan atau roma), seram: ~ bulu suak di tengkuknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.mang] | مرمڠ

Definisi : tegak berdiri (bkn bulu badan); seram: ~ bulu roma saya mendengar cerita itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
remang
Kata Terbitan : meremang, meremangkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
air matanya meremang sewaktu melihat jenayah isteri dan anak kecilnya. soalan saya ialah mengikut kamus dewan edisi ketiga, maksud meremang kedua ialah mengalir perlahan-lahan, meleleh, bersimbah (peluh). bolehkah meremang bagi pernyataan di atas. air mata boleh digunakan?Air matanya meremang sewaktu melihat jenayah isteri dan anak kecilnya. Maksud meleleh atau bersimbah peluh tidak lazim digunakan untuk meremang, makna yang lazim ialah tegak atau berdiri (bulu badan atau roma), kata lainnya seram. Oleh itu kata meremang tidak sesuai digunakan dalam ayat itu, yang betul ialah "Air matanya mengalir sewaktu melihat jenazah isteri dan anak kecilnya"Tatabahasa22.06.2008
Ketika kami melalui di kawasan yang gelap lagi sunyi itu, bulu roma kami mulai meremang lalu menyebabkan kami mempercepat langkahan kaki. Jika saya menukarkan "melalui di" kepada "melalui", betulkah jawaban saya? Jika salah, boleh tuan berikan penjelasan yang selanjutnya? Terima kasih.Ya, penggunaan "melalui" sahaja boleh digunakan.Makna14.03.2018

Kembali ke atas