| Tuan, kata sendi nama "dari" atau "daripada" lebih sesuai digunakan dalam ayat di bawah? 1. Air mata terus merembes keluar dari/daripada mata saya. Pada saya, "mata saya" ialah sejenis tempat yang mengeluarkan air mata, jadi kata sendi nama "dari" patut digunakan. Apakah pandangan tuan? | Ayat yang betul ialah Air mata terus merembes keluar daripada mata saya. Frasa mata saya merupakan sumber bagi air mata, bukannya punca tempat (negeri, bandar, pekan, kampung dan sebagainya). | Tatabahasa | 29.11.2014 |
| While blinking, our eyelids spread tears evenly on our eyes in order to moisten the eyeballs. Terjemahan: Apabila kelopak mata berkelip, air mata akan merebak keseluruh mata untuk melembapkan bola mata. Adakah perkataan "merebak" sesuai digunakan untuk terjemahan tersebut? | Jika dirujuk kepada ayat yang diberikan, perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan situasi tersebut ialah "merembes" yang bermaksud meresap masuk atau keluar (berkenaan benda cair). | Makna | 27.09.2018 |