Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merentas 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum.. 1. Tolong berikan pen ini kepada Alif. 2.Dia sering teringatkan adiknya di kampung. 3. Larian merentas desa itu akan saya sertai. Adakah ayat di atas betul, jika sebaliknya harap dapat penjelasan. Kata ganti nama bagi ibu, dia atau beliau. Terima kasih.Ketiga-tiga ayat contoh yang diberikan adalah betul.Tatabahasa23.07.2012
(1) Salam tuan...sering kali kita mendengar orang menggunakan perkataan 'potluck' untuk makan beramai-ramai.Apa istilah bahasa Melayu yang paling tepat untuk menggantikan perkataan ini? Begitu juga perkataan 'check point' untuk acara merentas desa. (2) Kebiasaan saya dapati orang menulis b. untuk bin dan bt. untuk binti.Adakah cara penulisan tersebut betul?Harap dapat membantu.T.kasih tuan.1. Istilah bahasa Melayu untuk "potluck" ialah juadah bawaan.
2. Istilah untuk "check point" ialah tempat pemeriksaan.
3. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan singkatan untuk bin dan binti ialah b. dan bt.
Istilah28.04.2012
apakah beza melintas dengan melintasi?
 perbezaannya dapat dilihat melalui definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Empat seperti berikut;

melintas = 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun;

melintasi = 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2. pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; 3. meng­hindarkan (kesulitan dll), mengatasi;

Tatabahasa20.10.2012
salam saya mempunyai masalah mengenai mencari tema untuk majlis makan malam konvokesyen 2011. terdapat beberapa tema yang di uatrakan.. namun tidak mendapat sambutan. bolehkan oihka tuan dapat memberi sedikit idea istilah-istilah sastera yang ada kena mengena tentang graduan agar kami dapat membina ayat untuk majlis makan malam kami.... mohon perhatian pihak tuan/puan

Perkataan yang dicadangkan  boleh dikaitkan dengan ilmu dan masa hadapan iaitu: 1. Mengungkai (mencari-cari untuk diselidiki) 2. Merentas 3. Meranduk (menempuh), misalnya Meranduk ranjau, meranduk arus  4. Mengorak   5. Gapura, Lawang (Pintu Gerbang)  6. Menyemai 7. Citra (imej)

Istilah22.04.2011

Kembali ke atas