Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.re.nung] | مرنوڠ

Definisi : diam memikirkan se­suatu, termenung memikirkan sesuatu: be­berapa lama ia tinggal ~ di dlm biliknya; ~ hari depan memikir-mikirkan masa depan­nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.nung] | مرنوڠ

Definisi : 1. memerhatikan dgn teliti, menatap: direnungnya muka anaknya lama-lama; 2. menjenguk, menjengul: ia ~ ke luar jendela; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.nung] | مرنوڠ

Definisi : memandang dgn teliti atau dgn sungguh-sungguh; memperhatikan baik-baik: Dia ~ muka anaknya dan kemudian memanggil isterinya keluar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
renung
Kata Terbitan : merenung, merenungi, renungan,

Puisi
 

Kalau kulurut padi manila,
     Burung merenung menjadi kumbang;
Kalau kuturut hati suka,
     Kupujuk-pujuk bawa pulang.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Intan Ds Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum wbt... Pertama, dengan lafaz setinggi kesyukuran ke hadrat ALLAH swt dengan limpah kurnianya, Saya amat berbesar hati atas penerimaan APC petang semalam, Setinggi penghargaan dan ucapan Terima Kasih kepada pihak Pengurusan APC Dewan Bahasa & Pustaka kerana mengundang saya bagi mewakilkan penghargaan atas pihak Allahyarham Eddie Norman... Merenung sejenak dan amat terharu, waktu bergerak dengan pantas, pemergian Allahyarham sudah hampir 7bulan dengan meninggalkan pahit dan manis ketika berkhidmat di DBP tapi masih lagi ada rezeki untuk saya dengan pencapaian kecermerlangan Allahyarham tahun yang lalu...Tiada kata untuk diberi , hanya sebak didada telah memenuhi hati... Tidak lupa juga, Dengan merakamkan Setinggi ucapan Terima Kasih kepada semua staff Bhg.Pusat Dokumentasi Melayu kerana telah bekerjasama dan memberi tunjuk ajar kepada Allahyarham selama beliau berkhidmat...saya amat hargai pengorbanan kamu semua.. it... dan terima kasih juga pada staff yang lain yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham... Dengan kata-kata itu sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Hari Inovasi DBP 2013...Insyaallah, Semoga Kualiti & Kecemerlangan Terus Menjadi Teras Kepada Budaya Kerja Kita... "ANDA TIDAK TEWAS KALAU ANDA TERJATUH, NAMUN ANDA TEWAS JIKA ANDA TIDAK BANGKIT SEMULA" From : Balu Allahyarham Eddie NormanInsya-Allah. Allahyarham seorang staf yg berdedikasi dan beliau layak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang DBP. Semoga DBP dekat di hati Adik Intan. Salam buat keluarga Eddie. Admin.Lain-lain08.11.2013
tolong semak ayat saya... adakah ayat yang saya senaraikan ini mengandungi frasa kerja tak transitif? 1. lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu. 2. kelihatan di sedang menulis sesuatu di kertas iitu dan dihulurkan kepada lelaki itu. 3. lelaki itu membaca dan kemudian menggelengkan kepala. 4. perempuan itu merenung tajam ke arah lelaki itu. 5. dia diam seketika, sambil matanya terkelip-kelip memandang syiling wad yang kaku itu. 6. siang dan malam lelaki itu menunggu perempuan itu dengan tabah dan sabar. 7. anak di rumah, pandai-pandai sahaja unutk mengurus diri sendiri. 8. sambil tersenyum, dia menegurku mesra. 9. dia tidak sanggup meninggalkan isterinya tanpa ditemani walau sesaat pun. 10. dua belas tahun yang lalu di telah dibedah di Singapura. 11. aku sangat kagum dengan lelaki itu dan terkesan dengan kesabarannya melayani karenah isterinya yang pelbagai macam itu. 12. calang-calang suami tidak akan sanggup membelai isterinya yang terbujur di katil itu. 13. perlahan-lahan dia duduk di atas kerusi di sisi katil isterinya. 14. saya gembira ibu melawat saya. 15. ketika akau melangkah pulang aku melihat bahawa dia masih tersenyum riang. 16. dia mencapai tanganku dan menciumnya. 17. hati kecilnya tidak putus-putus mendoakan semoga dia akan pulih. 18. kita janganlah lupa untuk terus beristighfar dan reda dengan apa-apa yang berlaku,. 19. aku terkesima dan kagum dengan ketabahan isterinya,.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Walau bagaimanapun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, namun unsur ini bukanlah dianggap sebagai objek (tidak boleh dipasifkan), sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap.

Contoh kata kerja tak transitif berpelengkap: beransur (pulih), tinggal (di bandar), menjadi (guru), berbuat (baik), ada (keluarga) dan berbantalkan (lengan)

Contoh kata kerja tak transitif tak berpelengkap: bangun, tumbang, pulang, menangis, menjerit, berkibaran, berjalan, tersenyum, terpegun, menguning, melancong dan meninggi.

Sebagai seorang bakal guru saudara perlu lebih mengenali pelbagai aspek tatabahasa termasuklah kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Merujuk ayat  Lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu - menghulurkan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap. Untuk ayat yang seterusnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 88-90 dan halaman 385-394.

Tatabahasa24.03.2011
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Peristiwa (suram) itu terjadi 10 tahun yang lalu. (b) Tulisannya sukar dibaca kerana sangat (kotor). (c) Rumah nenek nampak (segar) selepas dipasang kain langsir. (d) Anita Lim baru (segar) daripada demam. (e) Saya tidak suka makan daging kambing kerana baunya (manis). (f) Lembu jantan itu merenung kami dengan wajah yang (manis). (g) Kami tidur (rapat) kerana khemah itu sempit. (h) Lori itu (rapat) melanggar sebuah motosikal. (i) Ibu bangun lebih awal untuk (panas) lauk untuk kami.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
Kami menerima dua jawapan yang berbeza daripada pihak tuan. Mohon pencerahan, yang manakah yang paling tepat antara ayat di bawah (kedua-dua ini adalah jawapan yang diberikan oleh pihak DBP: a) Jawapan : Selepas tanda petikan, mulakan dengan huruf besar. "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung, "Mungkin dia diperangkap." -24 Nov 2011 b) b) Jawapan : Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "kau perlu ingat apa yang pernah berlaku."-27 Januari 2012 Berdasarkan jawapan pada 24 November 2011, selepas tanda petikan, mulakan dengan huruf besar. Jawapan 27 Januari 2012 tidak selari dengan kenyataan pada 24 November 2011.Sila rujuk petikan di bawah yang diambil daripada novel Kuntum Tulip Biru, karya SN Arena Wati, terbitan DBP dan bandingkan dengan ayat contoh yang saudara sertakan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.
"Mariani rindu makanan Asia," kata David sambil ketawa. "Kami harap segera dapatkan rumah, biar saya rasamasakannya sebelum saya pulang ke Amerika."
"Kalau tidak kuat, hentikan. Macam saya. Kaulihat. Kerja saya banyak. Saya tinggalkan!" Ninik kembali merenung Pamela. "Kau akan kemukakan supaya kejadian hari ini dibincang?"
Berdasarkan petikan tersebut setiap ayat dalam pengikat kata dimulakan dengan huruf besar, namun tanda baca yang sebelum pengikat itu juga perlu jelas, iaitu noktah bukan tanda koma (walaupun ayatnya pendek). Maka huruf dalam pengikat tersebut dimulakan dengan huruf besar besar. Pada masa akan datang kami cadangkan saudara merujuk buku Gaya Dewan dan juga buku terbitan DBP yang banyak menggunakan tanda baca seperti buku teks dan novel.
Ejaan31.01.2012
Kami menerima dua jawapan yang berbeza daripada pihak tuan. Mohon pencerahan, yang manakah yang paling tepat antara ayat di bawah (kedua-dua ini adalah jawapan yang diberikan oleh pihak DBP: a) Soalan : Mohon tuan yang bijaksana semak ayat yang manakah menggunakan tanda baca yang betul?: (1) a) "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung, "mungkin dia diperangkap." b) "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung. "Mungkin dia diperangkap." Jawapan : Selepas tanda petikan, mulakan dengan huruf besar. "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung, "Mungkin dia diperangkap." -24 Nov 2011 b) Soalan : Mohon penjelasan pihak tuan/puan. Ayat berikut adalah ayat yang diucapkan secara putus-putus. Yang manakah lebih tepat? a) Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "kau perlu ingat apa yang pernah berlaku." b) Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "Kau perlu ingat apa yang pernah berlaku." Jawapan : Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "kau perlu ingat apa yang pernah berlaku."-27 Januari 2012Sila rujuk petikan di bawah yang diambil daripada novel Kuntum Tulip Biru, karya SN Arena Wati, terbitan DBP dan bandingkan dengan ayat contoh yang saudara sertakan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.
"Mariani rindu makanan Asia," kata David sambil ketawa. "Kami harap segera dapatkan rumah, biar saya rasamasakannya sebelum saya pulang ke Amerika."
"Kalau tidak kuat, hentikan. Macam saya. Kaulihat. Kerja saya banyak. Saya tinggalkan!" Ninik kembali merenung Pamela. "Kau akan kemukakan supaya kejadian hari ini dibincang?"
Berdasarkan petikan tersebut setiap ayat dalam pengikat kata dimulakan dengan huruf besar, namun tanda baca yang sebelum pengikat itu juga perlu jelas, iaitu noktah bukan tanda koma (walaupun ayatnya pendek). Maka huruf dalam pengikat tersebut dimulakan dengan huruf besar besar. Pada masa akan datang kami cadangkan saudara merujuk buku Gaya Dewan dan juga buku terbitan DBP yang banyak menggunakan tanda baca seperti buku teks dan novel.
Ejaan31.01.2012

Kembali ke atas