Penjodoh bilangan sepucuk senapang (betul/salah) sepucuk meriam (betul/salah) selaras senapang (betul/salah) selaras meriam (betul/salah) | Penjodoh bilangan yang betul ialah selaras senapang dan selaras meriam. | Tatabahasa | 04.04.2012 |
Apakah yang dimaksudkan dengan " angina meriam"? | Tidak ada maklumat tentang angina meriam dalam pangkalan data kami. Sedikit maklumat yang dapat kami berikan adalam dalam bidang perubatan istilah angina diterjemahkan kepada angina, iaitu penyakit yang menyebabkan kesakitan dan kesesakan nafas. | Lain-lain | 17.08.2013 |
bunyi untuk meriam = degum-degam betul ke salah atau dentam-dentum bunyi utuk ape? | Degum-degam untuk meriam, dentam-dentum untuk bunga api. | Tatabahasa | 16.09.2008 |
Assalamualaiukum.. Bolehkah penggunaan penjodoh bilangan "laras" digunakan untuk pistol dan meriam ? | Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada penggunaan penjodoh bilangan untuk meriam. Walau bagaimanapun melihat kepada bentuknya yang besar (dan tidak tentu saiznya) penjodoh bilangan yang sesuai ialah buah. | Tatabahasa | 26.01.2011 |
Assalamualaikum. ayat ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? kata kerja tersebut sy lihat boleh dipasifkan, tapi ayat tersebut diikuti dgn 'bahawa', 'untuk', 'ke' & 'daripada'. 1)menyatakan bahawa tajuk 2)merancang untuk merampas 3)bedilan meriam 4)membuktikan bahawa Kerajaan 5)mencatatkan bahawa askar 6)berbeza daripada majoriti rakyat 6)tenggelam ke dasar lautan / tenggelamnya sebuah meriam 7)jatuh ke tangan Siam | 1) menyatakan bahawa tajuk - kata kerja aktif transitif 2) merancang untuk merampas - kata kerja aktif transitif 3) bedilan meriam - kata nama 4) membuktikan bahawa Kerajaan - kata kerja aktif transitif 5) mencatatkan bahawa askar - kata kerja aktif transitif 6) berbeza daripada majoriti rakyat - kata kerja transitif berpelengkap 6) tenggelam ke dasar lautan / tenggelamnya sebuah meriam - frasa kata kerja 7) jatuh ke tangan Siam - frasa kata kerja Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, tajuk pembentukan kata kerja. | Tatabahasa | 27.03.2012 |
apakah maksud cerompong? | Menurut Kamus Dewan Bahasa, Cerompong membawa maksud muncung meriam (senapang). | Makna | 28.01.2013 |
merujuk kepada soalam saya sblm ini...saya jelas tentang penjodoh bilangan tentang meriam..tetapi ada satu lagi soalan yang blm dijelaskan iaitu bolehkah laras digunakan untuk pistol ? | Penjodoh bilangan bagi pistol ialah pucuk, iaitu sepucuk pistol. Terima kasih | Lain-lain | 01.02.2011 |
Assalamualaikum, saya ingin mendapat kepastian penggunaan kata 'mengenai' dan 'tentang' dalam ayat.. Harap pihak tuan dapat menjelaskan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut. Terima kasih. Meriam Yahaya Assalamualaikum, saya ingin mendapat kepastian penggunaan kata 'mengenai' dan 'tentang' dalam ayat.. Harap pihak tuan dapat menjelaskan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut. Terima kasih. | Kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum seperti ayat "Mereka berbincang tentang masalah Negara". Kata sendi nama tentang sering juga digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada seperti ayat Bola yang ditendangnya mengenai palang gol. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 278. | Tatabahasa | 20.05.2013 |
menebang pokok yang cenderung.. tuan, mengikut kamus, cenderung bermaksud 2 tidak tegak; condong; senget adalah ayat ini betul? bolehkah tuan kasi contoh yang sesuai untuk kegunaan cenderung dalam aspek tidak tegak. TQ | contoh ayat yang diberikan adalah betul. contoh lain ialah : meriam besi itu cenderung ke arah baruh. | Tatabahasa | 17.09.2011 |
sila tutup dengan perlahan-lahan sila tutup dengan perlahan antara dua ayat ini yang mana 1 betul dan diterima oleh pihak dbp | Perlahan bermaksud = perlahan-lahan 1. tidak terburu-buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lambat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 01.10.2010 |