1. AIDS ialah penyakit yang boleh (menghapuskan / melumpuhkan) keupayaan semula jadi badan untuk melawan penyakit. 2. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk ( merintis / meneroka / mencari) peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka. 3. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya (bergelora / bercelaru / bergemuruh / bergelombang) melihat tetamu yang ramai. Manakah jawapan yang betul? Terima kasih. | 1. AIDS ialah penyakit yang boleh (menghapuskan / melumpuhkan) keupayaan semula jadi badan untuk melawan penyakit. - perlu rujuk fakta sebenar tentang AIDS, jika menghilangkan sama sekali jawapan yang betul ialah menghapuskan, tetapi jika hanya melemahkan ... maka jawapannya ialah melumpuhkan. 2. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk meneroka/mencari peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka. 3. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya bergelora/bercelaru melihat tetamu yang ramai. | Tatabahasa | 04.07.2011 |
1. Bolehkah bina ayat untuk membezakan makna 'mencatat' dengan 'mencatatkan'? 2. Sila buat penjelasan lanjut tentang kosa kata tersebut. | Mencatat bermaksud 1. menulis atau merakamkan sesuatu (dalam buku dan lain-lain) untuk peringatan (perhatian pada masa hadapan dan lain-lain 2. membuat, merintis, memelopori 3. mencapai, memperoleh, mendapat (kemenangan, kejohanan, hasil, dan lain-lain ). Mencatatkan pula bermaksud 1. menuliskan atau merakamkan sesuatu (dalam buku, fail, dan lain-lain ) untuk peringatan (tatapan pada masa hadapan dll) 2. mendaftarkan (diri, nama). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Pelajar. | Makna | 28.09.2017 |
Apakah erti 'melopori'? Saya tak dapat cari erti perkataan ini dalam kamus | Istilah melopori tidak ditemui dalam mana-mana buku rujukan kami. Mungkin istilah yang saudara kehendaki ialah mempelopori (daripada kata dasar pelopor) yang bermaksud: 1 mendahului (dlm pekerjaan, perjalanan dsb); mengepalai. 2 membuka jalan; merintis: Golongan tualah yg ~ pergerakan itu. | Istilah | 19.02.2010 |
Apakah ada perbezaan di antara MERENTAS dan MERENTASI? | Kata dasar untuk perkataan tersebut ialah RENTAS yang membawa maksud lintang; garis(an) ~ garis(an) yg melintang; keratan ~ keratan yg melintang; merentas 1. meretas, membuka, memutuskan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), memintas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. merintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) memintas jalan; 4. ki mencakup atau merangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu; rentasan garisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~ graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~; perentas (Mat) garisan lurus yg memotong dua atau lebih garisan lurus; ® retas. (Kamus Dewan Edisi Keempat). 1"> Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan dengan kata dasar. Proses ini menghasilkan perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan kedudukan imbuhan itu dalam perkataan. Empat jenis imbuhan ialah awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Perkataan MERENTAS dan MERENTASI ialah kata kerja terbitan yang mengalami proses pengimbuhan awalan dan apitan. Contoh:1"> - Awalan kata kerja me- (me+rentas)1">
- Apitan kata kerja me-...-i (me+rentas+i)1">
Perkataan merentas dan merentasi membawa maksud yang sama, contoh penggunaannya: - Jejambat yang merentas/merentasi jalan kereta api itu penuh sesak.
- Dia merentas/merentasi padang yang penuh dengan lalang.
1"> | Tatabahasa | 07.02.2019 |