Salam, Saya ingin bertanya tentang terjemahan perkataan 'vermilion'. | Istilah bahasa Melayu untuk "vermilion" ialah vermilion. Dalam Kamus Inggeris-Melayu-Dewan, maksud "vermilion" ialah warna merah merona. | Istilah | 21.08.2014 |
Salam sejahtera, Terima kasih atas jawapan tuan sebelum ini. Namun saya masih kurang pasti jika perkataan vermilion boleh digunakan untuk menunjukkan tanda merah di dahi orang Hindu. Contoh: Pemakaian vermilion melambangkan seseorang wanita itu sudah berkahwin. Adakah betul penggunaan seperti ini? Di sini saya lampirkan semula fail untuk pertanyaan saya yang seterusnya. Terima kasih atas perhatian pihak tuan. | Puan dicadangkan untuk menggunakan perkataan tanda merah merona bagi merujuk maksud vermilion. | Makna | 23.08.2014 |