mertua atau mentua. mana yang betul ejaan. | Jawapan yang betul ialah mentua. Terima kasih kerana menggunakan khidmat nasihat bahasa DBP. | Ejaan | 13.11.2006 |
Tuan, Mertua atau mentua. Yang mana satu tepat penggunaannya di Malaysia? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah mentua. | Ejaan | 12.10.2011 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan berkaitan perkataan Mentua dan Mertua. Yang mana satu yang sesuai digunakan? saya telah rujuk kamus dan mengatakan Mentua itu asal dari perkataan jakarta. Saya lebih selesa menulis menggunakan perkataan Mertua. adakah ia salah atau ada maksud lain? Saya menulis untuk artikel majalah. | Ejaan yang betul ialah mentua, seperti yang terakam dalam Kamus Dewan mertua ialah perkataan dalam bahasa Indonesia yang sama maksudnya dengan mentua. | Tatabahasa | 11.11.2011 |
antara Mentua dan Mertua, yang mana satu yang betul penggunaannya? | Yang betul ialah mentua. | Ejaan | 17.11.2011 |
bapa mentua atau bapa mertua? terima kasih. | Ejaan yang betul ialah mentua. | Tatabahasa | 11.07.2013 |
1. Apakah penggunaan yang betul mertua ataupun mentua? 2. Dalam bab Fonologi, bolehkan tuan jelaskan tentang hentian glotis [ ? ] misalnya untuk perkataan [ kata?] dengan glotis untuk perkataan [ sa/at ] 3. Seperti yang umum tahu terdapat penggunaan kata 'untuk' yang kadang-kadang digunakan sebagai kata sendi nama dang boleh juga berfungsi sebagai Kata Hubung Pancangan Komplemen. Bolehkah tuan membezakan penggunaan kedua-duanya. | Bagi membantu saudara menyelesaikan permasalahan ini, mohon agar dapat dibuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi (Arbak Othman) dan Tatabahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 26.10.2007 |
1. dolak-dalik atau dolak-dalih ? 2. mertua atau mentua ? 3. ucaptama atau ucap utama ? 4. agama atau ugama ? 5. taekwando atau tae kwan do ? | Ejaan yang betul ialah dolak-dalik, mentua, agama dan tae kwan do. Bagi perkataan ucaptama dan ucap utama kedua-duanya betul kerana ucaptama ialah akronim, iaitu hasil gabungan dua perkataan (ucap tama) dan diujarkan sebagai satu perkataan. Walau bagaimanapun, masyarakat diberi pilihan untuk menggunakan rangkai kata ucap utama dan hendaklah ditulis dua perkataan. | Lain-lain | 31.01.2010 |
tidak berbelah bagi ke tidak berbelah bahagi? mentua ke mertua? jawapan atau jawaban? | Kedua-duanya boleh digunakan, tidak berbelah bagi atau tidak berbelah bahagi. Ejaan yang betul ialah mentua. Perkataan jawaban dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga adalah betul. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. | Tatabahasa | 30.07.2010 |
Saya masih keliru dgn menggunakan frasa ibu mentua atau ibu mertua. Kedua2nya ada dlm kamus. Jd yg manakah frasa yg tepat? | Ejaan yang tepat ialah ibu mentua, iaitu ibu kepada isteri atau suami sendiri. Hanya ibu mentua sahaja yang diberikan takrifan dalam Kamus Dewan dan Kamus Pelajar. | Ejaan | 01.01.2015 |
Hidayahtul Najiihah Jul 11th, 10:24am Salam. Boleh saya tanya ? Antara ibu mentua dan ibu mertua yang mana satu betul? | Mengikut buku Kamus Dewan, ejaan yang tepat ialah ibu mentua, iaitu ibu kepada isteri atau suami sendiri. | Ejaan | 11.07.2014 |