Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.séj] | ميسيج

Definisi : (méséj) 1. pesanan (berita, kata-kata singkat) yg hendak disampaikan kpd sese-orang dsb: Don Norton mengingati ~ telefon yg telah diterimanya drpd pengurus itu; 2. sesuatu (gagasan, pengajaran, dll) yg hendak disampaikan dlm sesuatu karya sastera dll: ~nya jelas, mudah difahami dan perasaannya dipenuhi oleh nilai-nilai yg mulia; dlm kelucuan pemerihalan ini jelas kpd kita ~ disebaliknya; bermesejkan mempunyai atau mengan­dungi sesuatu sbg mesej: rakaman album-album yg ~ cinta dan kemanusiaan; mem-perbanyak iklan yg ~ patriotisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.séj] | ميسيج

Definisi : /méséj/ 1 pesanan, berita, kata-kata singkat dll drpd sesorang (sesuatu pihak) yg hendak disampaikan kpd seseorang dsb: Dia terus menyampaikan ~ yg diterimanya melalui telefon kpd rakannya itu sebaik sahaja melihat beliau masuk ke pejabat. 2 buah fikiran, idea, pengajaran dll yg hendak disampaikan dlm sesuatu ucapan, karya dll: ~ Ketua Pengarah dlm amanat yg disampaikannya itu begitu jelas dan mudah difahami. ~ ralat ist pesanan khusus yg memberitahu pengguna bahawa ralat telah dikesan pd komputer. bermesejkan mempunyai sesuatu sbg mesej: Ucapannya ~ semangat cinta akan agama, bangsa dan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesej (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan pesanan: pesan

2. Bersinonim dengan maklumat: amanat, nasihat, bingkisan.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang dimaksudkan sebagai mesej dan pandangan penulis dalam sesebuah karya sastera sama ada dalam sastera tradisional atau moden. Ada berapa jenis mesej dalam penulisan sastera. Bagaimana mebuat analisis pemikiran yang digarap oleh penulis sesebuah karya sastera. Siapakah sarjana dalam sasteraMesej ialah pengajaran atau moral cerita yang merangkumi keseluruhan cerita tersebut kesan daripada pembacaan karya sastera atau kesan daripada menikmati serta menghayati karya sastera. Mesej atau pandangan penulis ini bergantung pada cerita atau karya tersebut, contohnya menghormati ibu bapa dan buat baik dibalas baik. Untuk lebih memahami tajuk ini kami cadangkan saudara merujuk buku Glosari Sastera dan Kamus Puisi, terbitan DBP serta buku Landasan Kreativiti, karya Othman Puteh, terbitan DBP.Sastera01.07.2011
Perbezaan antara mesej dan pengajaran .Adakah kedua-duanya sama atau berlainan serta contoh penggunaannya.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan mesej bermaksud pesanan(berita) yang hendak disampaikan kepada seseorang. Perkataan pengajaran bermaksud perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar. Cth. Dia menerima mesej tentang  kawannya melalui telefon. 2. Pengajaran bahasa Melayu di sekolah masih menghadapi kesulitan.Makna02.02.2009
SMS, istilah BM Sistem Pesanan Ringkas. Kenapa tidak kita terima Sistem Mesej Singkat? Singkatannya juga SMS. Saya rasa Puan Noresah Baharom pernah menggunakannya.

Y.Bhg. Datuk,  terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Memang betul Puan Noresah pernah menggunakan Sistem Mesej Ringkas tetapi setelah diteliti dan juga setelah dibincangkan kita telah membuat keputusan bahawa Sistem Pesanan Ringkas adalah lebih tepat dan lebih berbunyi Melayu daripada Sistem Mesej Ringkas. Terima kasih.

Istilah18.09.2009
Isu penggunaan singkatan dalam Sistem Mesej Singkat ( SMS ) amat membimbangkan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Apakah tindakan Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) dalam hal ini ? Pada pandangan peribadi saya, penggunaan singkatan adalah untuk menjimatkan wang kerana mesej yang panjang akan menyebabkan syarikat telekomunikasi mengenakan caj yang berlebihan. Namun, penggunaan singkatan itu mestilah berpada-pada dan tidak keterlaluan.Penggunaan bahasa Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang tidak terkawal dan sewenang-wenangnya oleh pengguna SMS telah melahirkan kerisauan kepada ahli bahasa kerana  gejala ini telah memberikan kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu. Atas kesedaran tersebut, DBP telah menganjurkan "Seminar Penyelidikan: Perkembangan dan Pengaruh SMS Terhadap Bahasa Melayu" pada 19 April 2005. Lanjutan daripada seminar tersebut, DBP telah menerbitkan risalah Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu. Risalah ini diharapkan dapat dijadikan panduan dalam penulisan SMS yang standard.  Istilah07.12.2009
senaraikan kesan yang dihadapi apabila tidak mengagungkan bahasa yang baikApabila tidak menggunakan bahasa yang baik komunikasi tidak dapat berjalan dengan lancar kerana mesej tidak dapat disampaikan atau tidak difahami. Kemungkinan berlaku salah faham atau salah tafsiran kepada kenyataan yang dibuat. Ini boleh menyebabkan tindakan atau maklum balas tidak dapat dibuat kerana mesej tidak sampai atau tidak jelas.Lain-lain10.10.2006
apakah yang dimaksudkan slogan sebagai mesej yang tersurat dan tersirat?Slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan atau panduan sesuatu pertubuhan, kempen dan sebagainya. Slogan mestilah jelas dan mudah difahami dan lazimnya membawa maksud yang tersurat sahaja.  Makna13.01.2011
Saya cuba membuat pencarian kata tetapi mesej berikut terpapar : ERROR [08004] [IBM] SQL30061N The database alias or database name "SPMB " was not found at the remote node. SQLSTATE=08004 Apakah masalah dan cara penyelesaiannya?

Masalah ini adalah masalah  teknikal dan pihak kami akan mengajukan perkara ini kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan lanjut.

Lain-lain19.06.2009
Apakah istilah paling tepat untuk Instant Messaging? Bolehkah saya terjemahkan sebagai Penghantaran Mesej Semerta?Istilah bahasa Melayu untuk "instant messaging" ialah pemesejan segera.Istilah11.03.2013
1)Apakah yang dimaksudkan dengan asas fotografi dan berikan huraian tentang... -komposisi -mesej -teknik fotografi (mengikut prinsip fotografi)

Terima kasih atas soalan anda. Sila rujuk bahan seperti dibawah :

 1. Filem dan Fotografi oleh Ian Graham . terbitan DBP : 2005   2. Fotografi olehSujana Mohd Rejab terbitan DBp tahun 1993
Lain-lain25.02.2009
penggunaan tanda baca dan fungsinya dalam bahasa melayuTanda baca sama pentingnya dengan ejaan kerana kedua-duanya menentukan keberkesanan penyampaian mesej penulis kepada pembaca. Penggunaan tanda baca yang tidak tepat akan mengelirukan pembaca.Lain-lain08.06.2007
123

Kembali ke atas