1.Kita mesti lintas di lintasan belang. 2.Kita mesti lintas( jalan) di lintasan belang. Adakah kedua-dua ayat ini betul? | Kedua-dua ayat adalah betul dan boleh digunakan. 1.Kita mesti lintas di lintasan belang. 2.Kita mesti lintas jalan di lintasan belang. | Tatabahasa | 03.05.2013 |
Ejaan Urus setia adalah terpisah. Kenapa bila mengeja Urus setia, mesti U dan S mesti huruf besar? Sebab Urus setia adalah gabungan yang berpisah dari 'urusetia' maka, 'setia' saya rasa wajar jika menggunakan huruf kecil pada S, seperti ejaan bandar raya; Bandar raya Melaka. Mohon komen tuan munsyi juga | Perkataan urus setia ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil. Perkataan bandar raya juga kata nama am dan dieja dengan huruf kecil kecuali perkataan tersebut hadir dalam frasa kata nama khas seperti Bandar Raya Melaka Bersejarah. | Ejaan | 01.03.2012 |
Ayat aktif: Kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Ayat pasif 1: Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram. Ayat pasif 2 : Sayur-sayuran mesti kamu siram di belakang rumah. Ayat pasif 1 atau ayat pasif 2 betul dan kenapa? | Kedua-dua ayat pasif tersebut adalah betul. Ayat yang kedua ialah ayat pasif songsang. | Tatabahasa | 14.02.2011 |
apakah perbezaan antara PERLU dan MESTI | Merujuk Kamus Dewan bermaksud tidak boleh tidak atau wajib, dan mesti juga boleh membawa maksud pasti, tentu dan patut. Contoh ayatnya, 1. Saya mesti pergi hari ini juga dan 2. Orang yang kaya tidak semestinya hidup bahagia. Perlu pula ditakrifkan sebagai keharusan (yang tidak dapat dielakkan), atau disebut juga kemestian (untuk mendapatkan sesuatu), dan perlu juga membawa maksud harus ada (diperoleh), berguna, mustahak dan penting. Contoh ayatnya, 1. Setiap borang permohonan perlu ditandatangani oleh pemohon, dan 2. Kerjasama petani-petani adalah perlu untuk menjayakan rancangan tersebut. Kedua-dua kata tersebut membawa banyak makna, ada makna dalam kedua-dua kata tersebut sukar untuk dibezakan penggunaannya(seperti contoh ayat pertama tiap-tiap kata) dan makna yang boleh dibezakan penggunaannya (seperti contoh ayat kedua). | Makna | 11.01.2011 |
kita mesti menuruti piawaian BMI untuk menjamin kesihatan kita. Ayat ini betul? | Perkataan menuruti tidak sesuai dalam ayat. Perkataan yang lebih sesuai ialah mematuhi. Sila rujuk Kamus Dewan untuk rujukan makna. | Tatabahasa | 27.07.2013 |
1. Kita mesti membuang sampah ( ke / di ) dalam tong sampah. 2. Berpeluh-peluh Ali menolak motosikalnya yang rosak ketika ( mendaki / mengharung ) bukit yang tinggi itu. Apakah jawapan yang paling betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih. | Saudara Gina, jawapan yang betul ialah i. ke dalam tong sampah ii. mendaki bukit | Tatabahasa | 27.05.2010 |
Saya agak keliru dengan penukaran ayat pasif kepada ayat aktif. Conthonya seperti ayat di bawah; Ayat aktif: Kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Ayat pasif 1: Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram. Ayat pasif 2 : Sayur-sayuran mesti kamu siram di belakang rumah. Sekiranya soalan tersebut dikemukakan dalam peperiksaan SPM, adakah kedua-dua jawapan di atas boleh diterima? terima kasih | Merujuk Tatabahasa Dewan dan seperti yang dijelaskan dalam pertanyaan sebelum ini, kedua-dua ayat pasif tersebut adalah betul. Jika hal ini berkaitan dengan peperiksaan, saudara perlu merujuk Majlis Peperiksaan Malaysia. | Tatabahasa | 03.03.2011 |
Saya agak keliru dengan penukaran ayat pasif kepada ayat aktif. Conthonya seperti ayat di bawah; Ayat aktif: Kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Ayat pasif 1: Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram. Ayat pasif 2 : Sayur-sayuran mesti kamu siram di belakang rumah. Bagaimanakah caranya untuk mengenal pasti sama ada ayat pasif 1 atau ayat pasif 2 betul? | Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat: Murid-murid sekolah itu sedang belajar. Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat: Kucing itu dikejar oleh anjing. (daripada: Anjing mengejar kucing) Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 14.02.2011 |
Kita mesti menyimpan ubat ( di / ke ) dalam peti kecemasan. Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah Kita mesti menyimpan ubat di dalam peti kecemasan. | Lain-lain | 29.05.2010 |
kalau dalam ayat 'Demi kemakmuran negara, rakyat mesti bekerjasama dan bersatu padu' atau 'Demi menjaga kemakmuran negara, rakyat mesti bekerjasama dan bersatu padu'. yang mana satu betul??? | Puan, Kedua-dua ayat betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.10.2010 |