Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata metabolism


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan "metabolisme" dalam Bahasa Melayu. Saya ada rujuk dalam PRPM, pihak DBP ada menjawab kekal kepada metabolisme, tetapi ada jawapan "metabolisma". Pada pendapat saya perkataan "metabolisme" sama seperti "organism" yang mana menjadi orgnisma. Kalau "metabolism" yang lebih tepat "metabolisma". Jika "metabolisme" sebutannya bagaimana pula? Adakah sesuai dengan sebutan Bahasa Melayu. Terima kasih.Untuk makluman, merujuk kepada Pedoman Tambahan Pembentukan Istilah Biologi yang berkaitan dengan akhiran -ism terdapat dua (2) ketetapan seperti yang berikut:
 
a) Akhiran -ism yang membawa makna abstrak dan fenomena menjadi -sme.
b) Akhiran -ism yang membawa makna benda yang konkrit menjadi -sma

Oleh yang demikian, padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi metabolism ialah metabolisme.
Istilah16.11.2024
saya ingin mendapatkan terjemahan untuk frasa dibawah yang berkaitan tentang produk kecantikan dan kesihatan: 1) life enhancing product 2)This is what we do best 3)metabolism maintenance 4) Financial freedom 5) shellfish allergies 6) transformation From the inside out 7) start living your healthy life today 8) Joint comfort 9) highly bioavailable 10) powerfulUntuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan ayat, kecuali perkataan/istilah yang belum mempunyai padanan dalam bahasa Melayu. Sila terjemahkan ayat tersebut terlebih dahulu dan kami akan menyemak penggunaannya dalam bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan24.05.2015

Kembali ke atas