Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ter] | ميتر

Definisi : (méter) 1. ukuran panjang yg ber­samaan dgn 39.37 inci; 2. = meteran Id alat utk mengukur atau merakamkan banyak­nya air (tenaga elektrik dsb) yg telah mengalir melaluinya (iaitu yg telah digunakan); 3. = ~ laju alat yg dipasang di dlm kenderaan bermotor utk menunjukkan kelajuan per­gerakannya; 4. alat (pd teksi) utk menunjuk­kan tambang yg harus dibayar; ~ lembapan (Hut) alat utk menyukat kandungan lembapan kayu secara langsung, sama ada dgn me­masukkan elektrod ke dlm kayu atau meletak­kannya pd permukaan kayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ter] | ميتر

Definisi : /méter/ ukuran jarak yg panjangnya 39.37 inci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mé.ter] | ميتر

Definisi : /méter/ alat utk mengukur atau utk menyukat sesuatu (jarak, jumlah yg digunakan dll): ~ air; ~ elektrik. bermeter menggunakan meter atau telah dipasang dgn meter: Perkhidmatan teksi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meter


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
boelhkah saya menggantikan semua perkataan Inggeris 'self' kepada 'swa'. misalnya 'self monitoring glucose meter' kepada 'meter glukosa swapantau'Untuk makluman awalan asing "swa" memang telah diterima dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Oleh itu, meter glukosa swapantau adalah betul dan boleh digunakan.Istilah14.03.2013
Assalamualaikum... yang mana satu betul, tiga meter setengah atau tiga meter setengah... keliru. Tolong tuan jelaskan. Terima kasih.Jawapan yang betul ialah tiga setengah meter. Dalam konteks ini, nombor atau bilangan diletakkan dahulu sebelum unit. Contoh lain adalah seperti dua setengah kilometer, dua setengah inci dan dua setengah minit.Tatabahasa15.07.2013
METER ROOMBILIK METERIstilah03.03.2011
tuan, saya masuk ruang rujukan . ada kesilapan ejaan pada 4.14 ( laima meter persegi)....kalau betul is mesti lima meter persegi. tolong pereksa ayat tersebut. sekian terima kasih. adrian suresh 0163282710 ajs_ent@hotmail.comBerdasarkan rujukan tidak ada kata laima dalam pangkalan data kami kecuali Mega-laima haemacephala indica, nama saintifik sejenis burung. Sila hubungi kami semula dan nyatakan butiran lengkap rujukan tersebut.Lain-lain29.07.2011
Manakah yang betul? Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi ( larian, acara larian, acara lumba lari, pertandingan ) 200 meter.Jawapan yang betul ialah: Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi acara lumba lari 200 meter.Tatabahasa30.03.2012
Sekumpulan ahli payung terjun____ di udara pada paras 4 000 meter. A terayun-ayun B terumbang-ambing C terawang-awang D terolang-aling Munsyi, apakah jawaban yang lebih tepat? TKJawapan yang betul ialah C. terawang-awang (Sekumpulan ahli payung terjun terawang-awang di udara pada paras 4 000 meter.)Tatabahasa05.04.2012
Tuan , saya ingin tahu sama ada penggunaan kata pemeri dalam ayat-ayat berikut adalah betul atau sebaliknya. 1. Kayu yang sesuai ialah yang berukuran 20 meter. 2. Pukat payang yang sesuai untuk sesetengah perairan adalah yang berukuran 200 meter panjang. Harap dapat penjelasan daripada tuan. Terima kasih.Penggunaan kata pemeri dalam ayat pertama betul. Walau bagaimanpun penggunaan kata pemeri dalam ayat kedua tidak gramatis kerana kata pemeri adalah hadir di hadapan kata adjektif atau kata sendi nama. Untuk maklumat lanjut lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 265.Tatabahasa10.06.2012
Yang mana lebih tepat : 1. "Daripada soal selidik yang dijalankan didapati ..." atau "Dari soal selidik yang dijalankan didapati ...." 2. "Dari aspek kemudahan masyarakat pula ....." atau "Daripada aspek kemudahan masyarakat pula" 3. "... dengan diameter antara 7 hingga 8 meter" atau "... dengan diameter di antara 7 hingga 8 meter"Yang betul ialah - 1. "Daripada soal selidik yang dijalankan didapati ...",  2. "Dari aspek kemudahan masyarakat pula ....."  3. "... dengan diameter antara 7 hingga 8 meter" .Tatabahasa15.04.2009
Adakah kedua-dua cara penulisan unit meter ini boleh digunakan dan yang manakah lebih sesuai (nilai dan unit dijarakkan atau rapat) seperti : 25 km/jam atau 25km/jam dan 10km atau 10 km

Puan Jamilah,

Mengikut gaya penulisan dalam  buku Gaya Dewan, terbitan DBP, halaman 68;

Angka dan unit hendaklah dijarakkan:

3000 kaki per saat

25 km per jam

10 km

11 000 orang

Tatabahasa27.02.2009
Saya ingin tahu maksud bilangan bahan batu (pasir) -meter padu dalam bahasa InggerisPertanyaan saudara tidak jelas. Sila nyatakan maksud pertanyaan saudara dengan lebih terperinci bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini.Lain-lain14.03.2010
12

Kembali ke atas