saya mewakili syarikat memerlukan terjemahan sesuai untuk perkataan berikut: - 1) walk-in wardrobe 2) built-in cabinet 3) penthouse 4) perbezaan antara lanai, balkoni dan serambi sekian terima kasih | Kami cadangkan padanan perkataan walk-in wardrobe ialah almari pakaian terbuka dan built-in cabinet ialah kabinet pasang siap. Padanan penthouse ialah emper. Lanai bermaksud dataran, balkoni bermaksud anjung kecil pada tingkat atas rumah bertingkat dan serambi bermaksud selasar yang panjang (bersambung dengan ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit). | Tatabahasa | 14.06.2012 |
Salam, saya mewakili koperasi islah malaysia berhad ingin bertanya berkaitan pengesahan bahasa daripada DBP untuk kami memasang "signboard" di pejabat kami. Bagaimana caranya? | Sila kemukakan iklan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa. Sila klik domain KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA dan daftar untuk pelanggan yang baharu mendaftar. Kemudian lampirkan visual iklan dan segala maklum balas akan diberikan melalui e-mel yang didaftarkan. | Lain-lain | 03.04.2015 |
Ali yang mewakili belia Perlis memperkatakan sesuatu ketika membahaskan usul perumahan rakyat. Bagaimana ayat pasifnya? | Selamat ptg. Ayat pasif ialah Sesuatu telah diperkatakan oleh Ali yang mewakili belia Perlis ketika membahaskan usul perumahan rakyat. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 17.11.2016 |
Saya telah memohon untuk menjadi Munsyi Sastera bagi mewakili institusi saya (Institut Aminuddin Baki) yang kini bertambah luas cawangannya iaitu di Sabah, Sarawak, Kedah, Genting dan Enstek Nilai. Kami di IAB ada menerbitkan majalah bercorak sastera seperti cerpen dan puisi. Oleh itu Munsyi Sastera amat diperlukan di institusi saya bagi memberikan apa juga bentuk nasihat yang diperlukan. Namun begitu sehingga kini saya masih lagi belum menerima sebarang maklum balas. | Saya telah memohon untuk menjadi Munsyi Sastera bagi mewakili institusi saya (Institut Aminuddin Baki) yang kini bertambah luas cawangannya iaitu di Sabah, Sarawak, Kedah, Genting dan Enstek Nilai. Kami di IAB ada menerbitkan majalah bercorak sastera seperti cerpen dan puisi. Oleh itu Munsyi Sastera amat diperlukan di institusi saya bagi memberikan apa juga bentuk nasihat yang diperlukan. Namun begitu sehingga kini saya masih lagi belum menerima sebarang maklum balas. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, mohon Puan Saadian menghubungi terus Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran iaitu Puan Siti Aisah Murad melalui talian 03-21479222, e-mel aisah@dbp.gov.my atau pegawainya Encik Mohd Jusoh Majid 03-2147 9216, e-mel jusoh@dbp.gov.my. | Lain-lain | 23.01.2014 |
Assalamualaikum.. Saya mohon pencerahan apakah perkataan yang tepat bagi mewakili organisasi polis: "Organisasi Kepolisan" atau "Organisasi Kepolisian". Dan apakah perbezaan maksud bagi kedua-dua perkataan tersebut? Terima kasih atas maklumbalas.. | Menurut Kamus Dewan, kedua-dua perkataan tersebut, iaitu kepolisan dan kepolisian bermaksud yang berkaitan dengan polis (pada pelbagai aspek). Kata dasar bagi kepolisian ialah polisi, iaitu kata yang berasal dari bahasa Indonesia Belanda. Kami mencadangkan pihak tuan menggunakan Organisasi Kepolisan untuk mewakili organisasi polis di Malaysia. Kepolisan menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah yang berkaitan dengan polis (pd pelbagai aspek), berkaitan dengan urusan (tugas dan tanggungjawab, kegiatan, dll) polis: Polis Diraja Malaysia akan memberikan latihan ~ kepada orang ramai bagi mencegah jenayah; Institusi ~. | Makna | 18.04.2014 |
salam sejahtera: untuk pengetahuan tuan,pasukan forum kami berjaya ke peringkat kebangsaan mewakili n.sarawak ke perak.. terima kasih atas nasihat yang diberikan!... soalan seterusnya:adakah pertandingan di peringkat kebangsaan menggunakan tajuk yang sama? sekiranya ada saringan,adakah kami tetap menggunakan tajuk yang sama?? saya berharap kami dapat membawa sesuatu dari sana lebih-lebih lagi ini kali pertama kami masuk ke peringkat kebangsaan..dan pengetua serta seluruh warga sekolah mengharap sesuatu daripada kami.. :0 | Tahniah kerana pasukan sekolah saudara telah berjaya ke Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2009 mewakili negeri Sarawak. Untuk makluman saudara, tajuk untuk pertandingan peringkat kebangsaan akan menggunakan tajuk yang berlainan, tidak sama dengan tajuk pada peringkat negeri. Tajuk untuk peringkat kebangsaan akan tentukan oleh pihak urus setia melalui undian. | Lain-lain | 14.05.2009 |
selamat pagi, saya mewakili syarikat Peace Collections untuk menanyakan soalan tentang permohonan Sijil Pengesahan Bahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk iklan syarikat atau banner, Permohonan sekali dan di gunakan seluruh Malaysia atau kena buat permohonan setiap Daerah ? Sekian terima kasih | Sila buat permohonan untuk setiap pihak berkuasa tempatan yang berlainan. Contohnya, satu untuk DBKL, satu untuk MBSA dan lain-lain. | Lain-lain | 03.10.2014 |
Salam mesra, saya mewakili guru-guru BM sekolah saya meminta jasa baik tuan untuk menerangkan maksud petikan prosa tradisional 'Hikayat Siak' dalam antologi Dirgahayu Bahasaku (hlm48) kerana terdapat percanggahan pendapat tentang maksudnya: Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu, bersama-sama akan sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka berperanglah. Tuan Bujang masuk perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya. Sekian, terima kasih. | Sdr dicadangkan menghubungi pihak yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan jawapan yang Sdr perlukan. | Lain-lain | 18.04.2011 |
Assalamualaikum / Salam Sejahtera, Saya mewakili CGC ingin bertanya mengenai penggunaan Bahasa Malaysia yang terbaik untuk papan tanda bangunan kami. Di bawah adalah beberapa pilihan yang telah kami senarai pendek: 1) CGC Penjamin Kredit 2) Penjamin Kredit 3) Syarikat Jaminan Kredit 4) Jaminan Kredit Dengan email ini kami lampirkan beberapa gambar contoh. Untuk makluman pihak DBP, CGC menyediakan jaminan kredit dan juga pinjaman terus kepada PKS Malaysia. Ribuan terima kasih. | Waalaikumussalam. Perkataan yang yang sesuai ialah Perkhidmatan Jaminan Kredit CGC. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.02.2017 |
Kepada Yang Berkenaan, Saya mewakili syarikat Mayland Properties Sdn Bhd ingin membuat penyemakan nama bangunan yang akan kami gunakan pada sebuah kompleks membeli-belah di Putrajaya. Berikut merupakan nama-nama tersebut: 1. Sentro 2. Sentrum 3. Sierra Kami berharap agar pihak Tuan/Puan dapat membantu dalam memberikan penjelasan serta pandangan mengenai maksud nama-nama tersebut. Ini bagi memudahkan serta mempercepatkan lagi proses permohonon yang akan dihantar kepada pihak berkuasa. Segala kerjasama dan perhatian Tuan/Puan amatlah kami hargai. Sekian, Terima Kasih. | 1. Sentro = tiada dalam istilah Melayu 2. Sentrum = pusat bandar 3. Sierra = ejaan bahasa Melayu ialah "siera" Tuan boleh menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa dalam Talian untuk mendapatkan sijil pengesahan, tetapi DBP tidak mengesahkan nama logo atau logo. | Istilah | 22.04.2015 |