| Perkataan yang sepatutnya samada mewar-warkan atau menguar-uarkan. Contoh ayat "Satu sidang akhbar akan diadakan pada 1/2/2016 untuk menguarkan-uarkan perkara tersebut" | Jawapan yang tepat ialah 1. menguar-uarkan. | Istilah | 16.02.2016 |
| 1. Adakah perkataan war-war / mewar-warkan boleh digunakan dalam ayat sebagai pemberitahuan atau menyampaikan sesuatu maklumat kepada orang ramai. 2. Bagaimanakah ayat yang sesuai digunakan untuk perkataan tersebut. | Perkataan/ejaan yang betul ialah uar-uar, menguar-uarkanĀ atau wara-wara, contoh penggunaannya: Adat lama yang diuar-uarkan Belanda tidak lagi dipakai setelah kedatangan Islam. | Tatabahasa | 28.05.2012 |
| Ejaan manakah yang betul? mewar-warkan atau mengwar-warkan atau menguar-uarkan? | Ejaan yang betul ialah menguar-uarkan. | Ejaan | 12.07.2022 |